Saturday, April 24, 2010

YBK SAMAN MB SELANGOR...

YBK tuntut ganti rugi Khalid, Exco kerana fitnah

2010/04/24

Plaintif dakwa MB Selangor buat tuduhan dalam akhbar

SHAH ALAM: Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) memfailkan saman ganti rugi yang tidak dinilaikan, terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan seorang Exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam, kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu kenyataan media pada Februari lalu.
Menurut writ saman yang difailkan tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua, YBK adalah plaintif pertama, manakala Permodalan YBK Sdn Bhd dan pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom adalah plaintif kedua dan ketiga. Saman yang difailkan itu adalah tindakan mahkamah yang ketiga difailkan YBK terhadap kerajaan Selangor.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif antara lain mendakwa Abdul Khalid dan Yaakob membuat kenyataan berunsur fitnah antaranya aset YBK bernilai RM100 juta dicagar kepada bank dan YBK digunakan untuk kepentingan peribadi.

Plaintif mendakwa, satu laporan akhbar Suara Keadilan edisi 2, melaporkan kenyataan media yang dibuat defendan pertama, Abdul Khalid pada 24 Februari 2010, bertajuk 'Maklumat Terbaharu Mengenai YBK' yang antara lain menyatakan pada 8 Mac 1995, kerajaan negeri terdahulu meluluskan tanah seluas 2,165 ekar kepada plaintif kedua dan melantik dua pemaju, Shah Alam Properties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd, untuk memajukan tanah berkenaan.

Kenyataan akhbar itu juga mendakwa, data terkini yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan PYBK bukan dimiliki sepenuhnya plaintif pertama dan plaintif pertama hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK (plaintif kedua).
Kenyataan akhbar itu juga menyebut saham lain dimiliki Prihatin Ehsan Sdn Bhd (6,200 unit saham) dan Fajar Synergy Sdn Bhd (6,250 unit saham) dan mendakwa plaintif ketiga sebagai salah seorang pengarah Prihatin Ehsan Holding.

Ia juga menyebut Pengarah PYBK adalah seorang bernama Kamarudin Ahmad dan plaintif ketiga serta seorang lagi individu yang bernama Mohd Tamin Mohd Yusof, selain PYBK membuat gadaian tanah kepada bank yang bernilai RM100juta.

********************************************************************************

No comments: