Saturday, April 17, 2010

KELENTONG.....KELENTONG....KELENTONG.....


PKR dan kelentong nampaknya memang tak dapat dipisahkan..penipuan demi penipuan dibuat dan fokusnya hanya satu untuk menimbulkan huru hara dan memburukkan nama BN dan UMNO khususnya bagi mendapat sokongan rakyat.

Putri amat setuju dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menggelarkan PKR sebagai "Parti Kelentong Rakyat". Gelaran itu amat sesuai diberikan kepada Anwar ekoran pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh bekas pemimpin PKR sebelum ini yang memperlihatkan sikap sebenar pemimpin tertinggi parti itu.

Semalam, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Noor mendedahkan bahawa beliau tidak pernah melihat dan mengetahui isi kandungan kotak rahsia milik bekas ketuanya itu, yang dikatakan mengandungi kegiatan rasuah pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Ezam, dia hanya menggunakan isu tersebut sebagai modal ceramah politiknya apabila diarahkan oleh Anwar untuk menghebahkan kepada rakyat di seluruh negara. Pendedahan tersebut jelas membuktikan Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk berbohong untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Ini terbukti yang dia memang sengaja mengada-adakan cerita untuk mengelirukan rakyat dan menakutkan kerajaan dengan mengatakan bahawa dia menyimpan banyak rahsia kerajaan.

ANTARA PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH ANWAR DAN PKR:-

  • Kalau dulu semasa berada dalam tahanan ISA, dia pernah mendakwa diberikan suntikan racun arsenik sedangkan sehingga sekarang saya lihat dia masih lagi hidup
  • Rasanya ramai yang ingat kata - kata Anwar dari Parti Kelentong Rakyat ni bahawa pada 16 September 2008 akan berlaku peralihan kuasa Kerajaan Persekutuan. Namun,sampai sekarang hapak pun tak ade..
  • Bekenaan isu pasir pula, Kerajaan Negeri Selangor dahulu berjanji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta pada tahun 2009. Namun hanya 3% sahaja yang bejaya dikutip. Tersasar jauh bagai langit dan bumi...
  • Rata-rata Manifesto PKR Selangor gagal ditunaikan. Contohnya kegagalan kerajaan negeri menurunkan cukai taksiran sebanyak 20%. Takat cakap saje tapi tanpa fikir situasi yang ada..
Kalau nak diikutkan banyak lagi penipuan yang dilakukan...Jadi kepada semua pengundi Hulu Selangor. Buatlah pilihan yang bijak dengan memangkah calon BN...Takkan la kita nak diri tertipu dengan semua agenda-agenda jahat PKR.....Undilah BN

No comments: