Saturday, April 24, 2010

INGKAR TITAH SULTAN...

Hassan Ali salah guna masjid

HULU SELANGOR 23 April - Keghairahan pembangkang menjadikan masjid sebagai medan berpolitik walaupun berulang kali ditegah pihak berkuasa menerima natijahnya hari ini.

Semuanya bermula apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang bertindak sebagai khatib semasa membaca 'khutbah' politik di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa terlupa membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang merupakan rukun khutbah solat Jumaat.

Akibatnya, kira-kira 3,000 jemaah yang hadir ke masjid itu bagi menunaikan solat Jumaat yang merupakan kewajipan bagi lelaki Islam bertukar kepada hanya sembahyang Zuhur sahaja kerana 'khatib' tidak menuruti rukun solat Jumaat.

Bagaimanapun, jemaah hanya bersembahyang dua rakaat sebagaimana solat Jumaat biasa.

Hassan dalam khutbah politiknya itu menyeru pengundi di Hulu Selangor supaya tidak mudah terkeliru dengan fahaman politik Barisan Nasional (BN) yang dakwanya cenderung menyokong kuasa Barat.

Dakwanya, banyak kesilapan dilakukan oleh kerajaan BN yang hanya bertindak mengejar keduniaan dan bukannya mengikut sunah Rasulullah.

"Rakyat kini berada di persimpangan jalan, mereka perlu memilih satu jalan selamat iaitu laluan hijau yang masih suci bersih.

"Manakala jalan membawa perubahan sejak 52 tahun kemerdekaan negara perlu ditinggalkan demi mendapat keberkatan Allah kepada umatnya.

"Kemajuan pembangunan di bawah Kerajaan Pusat hanya mengundang bala dan maksiat besar termasuk peningkatan kadar anak luar nikah," katanya di sini hari ini.

Tambah Hassan, pengundi perlu memilih barisan kepimpinan Pas yang dakwanya diberkati Allah dan perlu menolak jalan berliku yang penuh noda serta dosa di bawah kepimpinan Kerajaan Pusat.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masjid dan surau di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik.

Baginda juga melarang institusi tersebut dijadikan tempat bagi mengadakan demonstrasi negatif.

Menurut baginda, masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat, serta mengeratkan silaturahim dan bukannya berpolitik.

Sementara itu, Dewan Muslimat Pas turut mengambil peluang menyebarkan pelbagai risalah dan video cekera padat (VCD) yang kononnya didakwa sebagai fatwa tokoh ulama terkemuka, Dr. Yusuf Al-Qaradawi di masjid yang sama.

Semua risalah itu diselit di cermin kereta para jemaah sama ada yang diletakkan di dalam pekarangan masjid mahu pun di luar masjid.

PutriMalaysia: bila dah terdesak sanggup lingkar titah sultan....apa nak jadi dengan pembangkang ni...

No comments: