Thursday, April 22, 2010

LAGI 300 KELUAR PARTI...


  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kehilangan seorang lagi pemimpin apabila Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Klang, M. Palanibalakumar hari ini mengumumkan keluar parti.
  • 300 ahli PKR Cabang Klang, majoritinya di Jalan Ke
  • Mereka mengambil keputusan itu kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR serta rasa tertipu dan dipergunakan oleh pemimpin parti itu semasa pilihan raya umum lalu.

"Setelah dua tahun PRU-12, kami masih hidup susah, tidak ada kerja manakala ibu tunggal dan anak-anak yatim tidak pernah diberi perhatian oleh PKR.

"Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Exco yang menjaga kebajikan kaum India, Xavier Jayakumar hanya datang menjenguk bila ada perayaan dan semasa kempen pilihan raya sahaja tetapi selepas itu kami terus diabaikan.

"Kami tidak mahu terus ditipu dan hari ini kami mengambil keputusan keluar parti serta-merta dan menyertai MIC," katanya kepada pemberita di Jalan Kem, Pelabuhan Klang di sini malam ini.

*********************************

WAH...PAKAT RAMAI2 KELUAR PARTI PAKATAN RAKYAT....NANTIKAN LEPAS NI SIAPA PULAK YANG AKAN KELUAR...

No comments: