Kamalanathan janji rampas semula Parlimen Hulu Selangor
2010/04/15
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan berikrar akan bekerja keras bagi merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil 25 April ini.
Katanya, sebagai calon BN, beliau juga adalah calon 1Malaysia yang akan berkhidmat untuk rakyat Hulu Selangor.
Namanya diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu dan juga kepemimpinan tertinggi BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Muhyiddin kerana memberi kepercayaan kepada saya.
"Saya berjanji akan berkhidmat bersungguh-sungguh dan amat berharap penduduk Hulu Selangor akan memberi peluang kepada BN untuk membantu mereka," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat MIC di sini.
Katanya, beliau juga berjanji akan bersama jentera BN untuk kembali merampas Selangor daripada pakatan pembangkang.
Sumber dari http://www.bharian.com.my
Guan Eng Mungkin Ke Kabinet Lepas PRN Johor Atau N.Sembilan
-
Aku berada di beberapa tempat di Johor, kali ni aku datang bukan untuk
bertugas, tapi sebagai pelancong politik, tugas politik dah bertahun aku
tinggalka...
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment