Sunday, April 18, 2010

BENAR SEPERTI DAKWAAN.....

Minum arak cerita lama - Zaid Ibrahim

18/04/2010 7:35pm

HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.

Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah,” katanya.

Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog. - Bernama

*******************************************************************************

SEBAB TAKUT HAL INI TERBONGKAR, AKHIRNYA BELIAU SENDIRI YANG MENGAKUINYA....SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA.....KEPADA SEMUA PENGUNDI PRK HULU SELANGOR...FIKIRLAH ...

No comments: