Thursday, June 19, 2008

Apa dah jadi ni SAPP?


Ali Rustam gesa MP BN tolak usul


Oleh Bernama
Khamis, 19 Jun 2008
MELAKA: Semua anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) perlu menolak usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Isnin ini, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Beliau berkata semua anggota parlimen BN perlu mempertahankan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.
"Tindakan untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri di parlimen (dijangka Isnin ini) adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak demokratik," katanya dalam kenyataan di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari ini bahawa partinya telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah dan dua anggota parlimennya Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul itu.
Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata "Yong Teck Lee dan SAPP perlu dipecat daripada menjadi anggota BN".
Beliau berkata semua anggota parti komponen BN mesti ada disiplin dan mesti membincangkan hal-hal parti.
"Dalam mesyuarat BN beliau (Yong) menyatakan sokongan kepada Abdullah sebagai Perdana Menteri dan presiden BN bagaimana di luar beliau menyatakan hilang keyakinan kepada Perdana Menteri yang juga Presiden BN," katanya.
Di PUTRAJAYA, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Shahrir Abdul Samad berkata beliau yakin tindakan yang diambil oleh SAPP itu tidak akan menyebabkan parti komponen lain dalam BN mengambil tindakan yang sama.
"Saya tidak fikir begitu. Saya tidak fikir mereka dengan tiba-tiba satu keadaan di mana anggota BN lain akan meninggalkan parti ini.
"Saya tidak fikir mereka mempunyai kepimpinan atau pun mereka konsisten dalam isu mereka kerana anda dengar pelbagai komen yang dibuat oleh anggota Parlimen berlainan daripada parti itu.
"Ia agak tidak jelas apa mereka lakukan. Jadi, kita tidak pasti apa yang mereka buat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata beliau tidak nampak usul yang akan dibawa oleh dua anggota Parlimen Sabah pada sidang Parlimen minggu depan akan mendapat sambutan.
Beliau berkata ini kerana wakil kerajaan akan membentangkan usul mengenai kenaikan harga barang dan petrol, termasuklah isu subsidi dan inflasi untuk dibahaskan pada sidang tersebut.
"Ia masih belum jelas apa sebenarnya yang akan berlaku. Mungkin akan ada perkara lain akan berlaku. Tentunya tidak wajar buat kenyataan masih kabur, saya sendiri tidak pasti apa pendirian SAPP.
"Tetapi pokoknya dalam sistem Parlimen, bagaimana nak menguruskan usul undi tak percaya itu? Kalau ia seperti usul atau perbahasan, kita lihatlah. Pokoknya memang ada usul kerajaan pada hari Isnin dan kita lihat bagaimana sambutan kepada usul ini," katanya.
Mengulas mengenai kepimpinan Abdullah, Shahrir berkata : "Beliau telah menemui pemimpin akar umbi dan dalam keadaan baik bagi seseorang yang dilihat dan nampaknya diserang dari setiap sudut.
"Beliau masih membuat keputusan yang agak jelas dan tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri," kata Shahrir.
----------------------------------------------------------------------

Berehat Sebentar....

Perpaduan bukan saje dapt dicapai melalui ekonomi, pendidikan, sukan dan lain-lian lagi faktor. Melalui lagu jugak ia dapt dipupuk. Jadi rehatkan minda sebentar meh la tengok video clip rasa sayang ni. Tiba-tiba pulak putri teringant kerajaan indonesia pernah mengatakan akan menyaman Malaysia kerana mengambil hak milik lagu ini. Tapi kes tu senyap aje.hmmm.ape-apa pun, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama, sepakat membawa berkat,asas hidup bermasyarakat, Semoga kita sepakat, Selamat dunia akhirat-(petikan lagu raihan- kalau tak silap putri lah)

Rasa Sayang....................

Wednesday, June 18, 2008

SAPP isytihar hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah
18/06/2008 3:45pm

KOTA KINABALU 18 Jun - Komponen Barisan Nasional (BN), Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan ia hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan bersedia untuk menyokong sebarang undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen.
Presidennya, Datuk Yong Teck Lee memberitahu satu sidang akhbar di sini hari ini, keputusan itu dibuat kerana kepimpinan SAPP berpendapat kerajaan BN lewat menyelesaikan semua isu membabitkan Sabah. - Utusan
------------------------------------------------------------------------------------------
Coretan putri
Putri agak terkilan dengan kenyataan pengisytiharan yang dikeluarkan oleh SAPP ini. Mana tidaknya sebelum ini BN lah yang banyak membantu mereka menjadi parti yang dipercayai. Di harap mereka terjaga sebelum sesuatu yang diluar dugaan berlaku. Please be rasional........
Royalti: Terengganu tarik balik saman terhadap kerajaan dan petronas

18/06/2008 3:51pm

KUALA TERENGGANU 18 Jun - Kerajaan Terengganu akan menarik balik saman terhadap kerajaan Persekutuan dan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berhubung tuntutan pengembalian royalti minyak yang dibuat tujuh tahun lepas.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan menarik balik saman itu selepas menerima surat rasmi daripada kerajaan Persekutuan berhubung pengembalian semula royalti minyak kepada Terengganu. - Utusan
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Coretan putri
Nampaknya Kerajaan Terengganu mengambil tindakan yang amat bijak dalam hal ini. Syabas diucapkan dan teruslah menyokong kerajaan.Tahniah juga di atas pengembalian semula royalti tersebut.

Sekadar pendapat...

Nampaknya pelbagai usaha yang sesetengahnya boleh diterima oleh rakyat dan tidak kurang juga yang tidak dapat diterima oleh rakyat berhubung tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung kesan kenaikan harga minyak yang membawa kepada pelbagai isu-isu lain yang mampu dimainkan oleh pihak pembangkang.
Apa yang putri nak bincangkan di sini adalah mengenai pembayaran gaji dua kali sebulan yang dikatakan akan berkuat kuasa pada bulan Ogos ini. Pihak kerajaan harus mengkaji semula cadangan tersebut kerana dilihat ia tidak disenangi oleh kakitangan awam. Ada yang mengganggap tindakan itu hanya membawa lebih kesusahan daripada kesenangan.
Mengikut kaedah ini, separuh gaji pertama akan dibayar pada pertengahan bulan manakala separuh lagi gaji kedua akan diberi pada akhir bulan. Segala potongan termasuklah cukai pendapatan dan KWSP akan dibuat pada akhir bulan.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam pembayaran gaji dua kali sebulan itu diputuskan kerajaan bagi membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dengan lebih berkesan lagi berikutan kenaikan harga minyak dan barangan makanan.
Nampaknya beberapa perkara perlu diperhalusi agar tindakan ini tidak mendatangkan berang kakitangan awam. Apa-apa pun kita tungglah apa yang bakal terjadi. Pokoknya semua pihak harus menerima dengan hati terbuka dan berfikiran rasional agar apa yang dilakukan ini akan membantu dan bukannya lebih membebankan.
-putriMalaysia-

Monday, June 16, 2008

Coretan Putri

Agak lama rasanya putri tak menulis dalam blog ni.Dalam masa putri mendiamkan diri ni banyak perkara dah berlaku kepada negara kita. Antaranya Kenaikan harga minyak yang boleh putri katakan amat mendadak dan memberi impak yang amat mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Ada yang menentang, ada yang menerima dengan hati terbuka dan ada juga yang tidak ambil tahu mengenai isu ini. Apa pun putri harap sebagai rakyat Malaysia yang berfikiran rasional kita menstilah menerimadan berusaha untuk menjadi lebih baik dan berubah ke arah kesejahteraan hidup dan bukannya hanya menyalahkan pihak kerajaan sahaja di atas segala yang berlaku. Moga apa yang terjadi ini membuka lembaran baru buat diri anda semua dan semoga negara kita kekal aman di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia yang disayangi.
-PutriMalaysia-