Thursday, December 18, 2008

Najib umum calon BN esok


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diumumkan Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau mengesahkan mengenai perkara itu ketika ditanya oleh pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) projek Edible Garden di antara Felda dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini hari ini.
Bagaimanapun, Najib enggan mengulas lanjut mengenai calon BN yang akan diumumkan Sabtu ini.
Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.
Pada pilihan raya 8 Mac lalu, Razali menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dengan majoriti 628 undi.
Berikutan kekosongan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh pilihan raya kecil kawasan itu manakala 6 Januari sebagai hari penamaan calon.
dipetik dari Utusan Malaysia

Tuesday, December 2, 2008

BN akan hadapi saingan sengit


KUALA LUMPUR 1 Dis. - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengakui Barisan Nasional (BN) akan berhadapan saingan sengit pembangkang dalam usaha mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya kecil nanti.
Katanya, ini kerana tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Burok dalam Parlimen itu dimenangi Pas pada pilihan raya umum Mac lalu, manakala hanya satu kerusi DUN dimenangi BN iaitu Bandar.
"Kita akui mungkin berhadapan pertandingan sengit tapi kita akan tetap pertahankan," katanya.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Projek Buku Elektronik antara Kerajaan Terengganu, syarikat Top IT Industries Sdn. Bhd., Intel Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong apabila penyandangnya yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat lalu, kerana diserang sakit jantung.
Ditanya mengenai calon kerusi tersebut nanti, Ahmad berkata, buat masa ini beliau masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya lagi.
"Sudah tentu kita akan pilih calon yang ada potensi untuk menang. Bila sudah ada senarai calon nanti saya akan serah kepada Perdana Menteri. Keputusan akhir beliau yang akan buat," katanya.
Beliau berkata, BN tidak memikirkan soal calon dari parti pembangkang mana yang akan berlawan dengan calon BN tetapi akan lebih menumpukan kepada persiapan jentera BN bagi pilihan raya kecil itu nanti.
Katanya, mesyuarat mengenai gerak kerja pilihan raya kecil itu akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan semua aspek yang akan memastikan BN mendapat kemenangan.
Ahmad berkata, terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil.
"Tetapi kalau bulan ini mungkin agak sulit sedikit sebab keadaan banjir di Terengganu. Tetapi apa pun terpulang kepada SPR," katanya.
Kerusi Parlimen Kuala Terengganu dimenangi Allahyarham Razali pada pilihan raya umum 2004 menewaskan calon Pas, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan majoriti 1,933 undi.
Pada pilihan raya umum Mac lalu, Razali mengekalkan kerusi tersebut setelah menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Ingatan Muhyiddin kepada Kayveas



PUTRAJAYA 1 Dis. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M. Kayveas agar tidak mengeluarkan kenyataan berupa ugutan kepada Barisan Nasional (BN).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, ingatan itu perlu kerana ia tidak memberi gambaran yang baik tentang perpaduan dan kesatuan parti-parti komponen dalam BN.
Malah, tegasnya, ia juga selaras dengan janji yang pernah dibuat oleh semua pemimpin parti komponen BN sebelum ini yang mahu 'tenggelam dan timbul bersama BN'.
''Selepas menghadapi pilihan raya umum lalu, kita tahu ada pelbagai isu dan perkara yang perlu diperkukuh dan diperbaiki bagi memantapkan kembali kedudukan BN.
''Jadi saya fikir adalah lebih baik Kayveas membawa apa yang dirasakan tidak puas hati ke mesyuarat Dewan Tertinggi BN daripada membuat sebarang kenyataan berupa ugutan ke atas perkara yang belum dibincangkan lagi," katanya.
Dipetik dari Utusan Online

Friday, November 28, 2008

Hari Raya Haji 8 Disember


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

Thursday, November 27, 2008

ATASI ISU PEKERJA ASING

Dipetik dari Utusan Malaysia Online (Oleh NIZAM YATIM)

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Seorang Ahli Parlimen hari ini melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing yang sudah bertahun-tahun membelenggu negara ini.Malah dengan nada berang, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menempelak Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad kerana memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela-jela berhubung isu itu.‘‘Jawapan panjang tetapi tidak sampai ke lubuk hati. Saya tak nak berlakon dalam perkara ini.‘‘Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu satu penyelesaian dicari terhadap tanggapan bahawa negara ini adalah syurga bagi warganegara asing untuk mencari nafkah tetapi neraka bagi rakyat kita sendiri,” katanya semasa mencelah pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurut Mohamad, sudah bertahun-tahun kementerian itu memaklumkan akan menyelesaikan isu kehadiran ramai pekerja asing tetapi sehingga kini tiada tindakan konkrit dibuat.Beliau yang sudah 18 tahun menjadi wakil rakyat termasuk sembilan tahun sebagai Ahli Parlimen juga kesal kerana sehingga kini tiada sebarang langkah tegas diambil bagi memastikan pekerja rakyat tempatan mendapat gaji munasabah iaitu lebih tinggi berbanding golongan miskin tegar.Tindakan Mohamad yang berkali-kali meninggikan suara kepada Noraini itu ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mahukan sikap sedemikian dihentikan.Dalam pada itu, Noraini yang menjawab soalan asal Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) menjelaskan, pendapatan purata asas setiap pekerja di negara ini adalah berbeza mengikut sektor dan ia juga berdasarkan proses rundingan antara persatuan majikan dan kesatuan sekerja.Katanya, pendapatan purata asas adalah sebanyak RM573 sebulan bagi pekerja kedai kopi, RM628 sebulan (pertanian), RM697 sebulan (perhotelan), RM853 sebulan (pasar raya) dan RM952 sebulan (pembinaan).Sementara itu, sesi soal jawab bertukar suasana kepada ceria apabila Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) yang bangun untuk mengemukakan soalan seterusnya, memaklumkan bahawa hari ini adalah tarikh lahirnya.
***************************************************************************************\

Isu pekerja asing ni kalau difikirkan lama dah wujudnya. Putri yakin semua rakyat Malaysia mengalami ketidakselesaan walaupun berada di negara sendiri kerana jumlah mereka yang terlalu ramai seperti tidak disekat kemasukannya dan kadangkala mendatangkan masalah.
Daripada sudut lain memang diakui mereka sebenarnya diperlukan tetapi kalau jumlahnya semakin ramai dan tidak terkawal sehingga semua sektor nak di pelopori macamana dengan nasib rakyat Malaysia sendiri yang tidak ada pekerjaan. Tengok saja di warung-warung, kedai makanan segera,hotel-hotel, itu belum lagi kita tengok sektor pembinaan.Memang pekerja asing sajalah yang penuh.
Putri rasa semua setuju pihak yang bertanggungjawab perlu membuat tindakan yang drastik tentang isu ini. Jangan nanti isu ini semakin besar baru nak tersedar.Tetapi putri yakin pihak kerajaan akan bertindak dengan bijak menangani isu ini.

Perak tubuh Sekretariat Blogger sebar dasar kerajaan negeri

Dipetik dari Berita Harian online

IPOH: Dengan alasan tidak mendapat liputan adil media arus perdana, kerajaan Perak menubuhkan Sekretariat Blogger bagi menyebarkan maklumat dan dasar kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata hasil pertemuan beliau dengan Persatuan Blogger Perak semalam, kesemua 26 penulis blog yang hadir berjanji menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan negeri menyebarkan maklumat menerusi tulisan mereka. “Segala maklumat dan berita akan disebarkan secara meluas sehingga ke seluruh dunia menerusi penulis-penulis blog ini,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat negeri Perak di sini malam tadi.

Mohammad Nizar berkata seketariat itu, yang diketuai oleh setiausaha akhbar beliau, Anuar Hashim, dapat menepis tomahan, kritikan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri.

Putri: Jangan salah gunakan kebebasan yang diberi dalam menyampaikan maklumat sudahla...diharap mereka tak memutar belitkan kenyataan untuk kepentingan parti dan individu semata-mata...

Usul potong gaji menteri sebanyak RM10 ditolak


USUL memotong gaji Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebanyak RM10 yang dikemukakan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) ditolak dalam persidangan Dewan Rakyat semalam. Teo dalam usulnya meminta gaji Menteri Pelajaran dipotong kerana didakwa gagal memenuhi janji kementeriannya membina enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan keputusan terhadap usul mengikut Peraturan Mesyuarat 66 (9) itu selepas sebahagian besar Ahli Parlimen mengundi secara bersuara menolak usul itu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, ketika menggulung usul itu berhujah kerajaan memandang serius isu itu dan sedang menjalankan usaha berperingkat mengikut lunas undang-undang bagi membolehkan pelaksanaannya disegerakan. "Memang benar pada 30 Januari lalu, kita ada mengumumkan akan bina sekolah SJKC, antaranya di Bukit Serdang, Serdang, Sungai Long, Kajang serta Emerald, Rawang. "Pada peringkat ini kita sedang mengambil tindakan susulan selepas perkara itu mendapat sokongan dan komitmen penuh kerajaan kerana proses membina sebuah sekolah bukan senang kerana ia membabitkan soal tapak yang sesuai yang membabitkan urusan pengambilan tanah," katanya.

Sementara itu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila menggunakan perkataan 'keling' yang dituju kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) apabila berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya. Berikutan itu, Mohamad Azmin Ali (PKR-Gombak) meminta Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, mengarahkan Tajuddin menarik balik perkataan itu dan tindakan diambil terhadapnya. "Setiap kali berkelakuan begitu, beliau akan terlepas daripada tindakan. Untuk kali ini saya sekali lagi meminta Dewan tidak lagi melepaskannya daripada sebarang tindakan," kata Mohamad Azmin.
Dipetik dari berita harian online

Pemimpin Wanita diminta henti buat kenyataan di akhbar

Pemimpin Wanita Umno diminta segera menghentikan membuat kenyataan di akhbar yang dikhuatiri memburukkan lagi imej pergerakan itu di mata rakyat. Exco Pergerakan Wanita Umno yang juga Ketua Wanita Umno Pahang, Datuk Maznah Mazlan berkata kini terdapat kecenderungan membuat kenyataan yang mendedahkan kelemahan pemimpin pergerakan itu. “Sudahlah membuat kenyataan yang pelbagai dan bertandinglah secara sihat dan penuh kekeluargaan, Saya khuatir lebih banyak membuat kenyataan, lebih banyak pula keburukan diterima,” katanya selepas merasmikan Seminar Alam Sekitar kepada lebih 100 pemimpin wanita yang mewakili Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sini, hari ini.

Maznah berkata banyak perkara lain yang perlu dilakukan pergerakan itu terutama menangani masalah rakyat khasnya membabitkan golongan wanita. Beliau berkata demikian mengulas beberapa kenyataan pemimpin Wanita yang membabitkan keputusan Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz untuk mempertahankan jawatan itu setelah Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan bertanding jawatan nombor satu sayap berkenaan. - Bernama
Petikan dari Berita Harian Online
**********************************
Memang sepatutnya mereka berhenti membuat kenyataan...Jangan membingungkan rakyat dengan kenyataan yang bercanggah. banyak lagi yang perlu difokuskan. Fikir kepentingan rakyat dan kaum wanita amnya...putrimalaysia

PPSMI bukan meminggirkan Bahasa Malaysia

PPSMI. Mungkin ada antara kita yang tidak biasa mendengarnya malahan ada yang tahu tapi tidak tahu maksudnya dan kalau ditanyakan kepada masyarakat desa mungkin mereka tidak pernah langsung tahu mengenainya. Namun, jika ditanyakan kepada guru-guru alah putri apa itu PPSMI putri yakin semua pasti tahu.

Putri pun mulanya tak faham apa iti PPSMI tapi setelah mendengar perbahasan yang dibahaskan oleh MP Gombak berkaitannya barula putri tergerak nak cari apa itu PPSMI. PPSMI ialah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi subjek Matematik dan Sains di sekolah. Jika ditanya sejauh mana keberkesanannya memang putri tak ada figura mengenainya.

Dasar ini telah diperkenalkan pada Julai 2002 dan dilaksanakan pada tahun 2003. Macam-macam anggapan yang diberikan kepada kerajaan selepas sahaja perlaksanaannya. Ada yang menyokong malahan ada juga yang membangkang dan ada juga yang tidak mahu ambil tahu langsung mengenai perkara ini.

Sebenarnya ia adalah salah satu usaha murni pihak kerajaan untuk menambahbaik lagi sistem pendidikan dengan membantu menambahkan lagi pengetahuan pelajar-pelajar serta mengalakkan penggunaan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan Bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Malaysia.

MP Gombak (PKR) dalam perbahasannya mengatakan UMNO lah yang mengkhianati bahasa sendiri kerana membiarkan sahaja pekara ini berlaku. Jelas nampaknya sengaja mempolitikkan perkara ini.

Putri sebenarnya amat bersetuju dengan pelaksanaan PPSMI ini kerana kerajaan tidak akan membuat sesuatu dasar itu sewenang-wenangnya tanpa memikirkan baik buruknya. Jika dilihat apakah lagi cara yang boleh dilakukan untuk memantapkan bahasa Inggeris pelajar-pelajar di Malaysia? maka ini adalah salah satu caranya. Bila sedari sekolah rendah lagi mereka terdedah dengan penggunaan bahasa inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik maka mereka tidak akan ada masalah untuk menguasainya bila mereka menuju ke alam pekerjaan kelak yang semakin lama semakin mencabar.

Namun perlu dipastikan bahawa perlaksanaannya tidak akan memberi kesan kepada penggunaan Bahasa Malaysia. Penilaiaan perlulah dilakukan bagi melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaannya selain cadangan-cadangan perlu diutarakan bagi memantapkan lagi dasar ini dan penambahbaikan juga amat perlu bagi memacu kemajuan serta memantapkan dasar PPSMI tanpa meminggirkan Bahasa Malaysia.
Oleh: PutriMalaysia

Wednesday, November 26, 2008

namewee yang kurang hajor

Hari ni putri dapatla maklumat dari sorang kawan yang bagitau pasal Namewee yang dulunya pernah hangat dengan isu lagu "negarakuku". Belum pun lama tapi dia dah buat hal lagi . Lepas je kawan putri bagitau suruh dengar lagu yang dibagi tajuk kawanku oleh Namewee putri pun terus je bukak youtube.Antara bait bait lagu yang putri rasa agak kurang ajar tu ....

" ok sekarang bumi's (bumiputra) punya turn,
cakap lagi la,
cina balik cina,
kalau semua balik cina,
sini bukan Malaysia,
Saya takut mana kamu,
pergi cari kerja,
tapi biasalah,
orang melayu pun tak suka kerja,
semua masuk hutan,
hidup macam sakai,
mau main gitar pun,
takda kedai mau buka,
mahu jadi mat rempit,
pun tak ada motosikal,
kurang satu holiday,
sebab takde Tahun Baru Cina,
bahasa melayu saya cakap macam tahi.....
Sudah 50 (tahun) tiap-tiap hari tido.......

Punyalah kurang ajo nye warganegara Malaysia ni. Tak habis-habis nak kutuk orang. harap ada tindakan diambil daripada pihak kerajaan. Jangan dibiar orang macam ni. makin menjadi-jadi nanti. Satu dumia dah dengar lagu nihh sebab dah ada kat dalam youtube.Entah berapa lama lagu ni berada kat dalam youtube nihh putri tak pasti tapi yang seeloknya kita ajar saja orang tak sedar dek untung nihhh. ini dah memburukkan nama Malaysia dan mungkin akan bagi kesan walaupun tak secara terus tapi mesti ada juga impaknya pada maruah negara.jagan diamkan perkara ini kita mesti BERTINDAK ....

YOGA HARAM

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amalan yoga secara sistematik iaitu yang membabitkan gerakan fizikal, bacaan mantera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan, bertentangan dengan syariat Islam.

Keadaan politik tidak izinkan saya berundur - Nik Aziz

PETIKAN: UTUSAN ONLINE
KOTA BHARU 25 Nov. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata, keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun.
Namun sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian.
Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti.
''Tiada sampai ke telinga saya setakat ini (desakan) untuk berbuat demikian (berundur) disebabkan saya selalu uzur.
''Kalau betul ada orang Pas mahukan saya undur, saya undur selalu (sekarang), petang ini juga saya buat. Dah lama saya nak buat begini (berundur) tapi orang tak bagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan kononnya ada kalangan pemimpin Pas yang mahukan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berundur tetapi tidak berani menyatakan secara terbuka.
Soal beliau bakal berundur dan siapa bakal penggantinya sudah beberapa kali mencetuskan isu termasuk semasa pilihan raya umum Mac lalu.
Menurut Nik Abdul Aziz, selain desakan agar beliau tidak berundur, ada beberapa faktor lain yang masih menjadi halangan baginya untuk melepaskan jawatan itu.
''Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur.
''Kerajaan pimpinan UMNO sekarang juga dalam keadaan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal. Kalau UMNO dah tak kuat lagi, baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi," ujarnya.
Katanya, tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.
''Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti.
''Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan. Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," jelas beliau.

ATASI ISU PEKERJA ASING

Dipetik dari Utusan Malaysia Online (Oleh NIZAM YATIM)
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Seorang Ahli Parlimen hari ini melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan masih gagal menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing yang sudah bertahun-tahun membelenggu negara ini.Malah dengan nada berang, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) turut menempelak Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad kerana memberikan jawapan terlalu panjang dan berjela-jela berhubung isu itu.‘‘Jawapan panjang tetapi tidak sampai ke lubuk hati. Saya tak nak berlakon dalam perkara ini.‘‘Sebagai rakyat Malaysia, kita mahu satu penyelesaian dicari terhadap tanggapan bahawa negara ini adalah syurga bagi warganegara asing untuk mencari nafkah tetapi neraka bagi rakyat kita sendiri,” katanya semasa mencelah pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurut Mohamad, sudah bertahun-tahun kementerian itu memaklumkan akan menyelesaikan isu kehadiran ramai pekerja asing tetapi sehingga kini tiada tindakan konkrit dibuat.Beliau yang sudah 18 tahun menjadi wakil rakyat termasuk sembilan tahun sebagai Ahli Parlimen juga kesal kerana sehingga kini tiada sebarang langkah tegas diambil bagi memastikan pekerja rakyat tempatan mendapat gaji munasabah iaitu lebih tinggi berbanding golongan miskin tegar.Tindakan Mohamad yang berkali-kali meninggikan suara kepada Noraini itu ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mahukan sikap sedemikian dihentikan.Dalam pada itu, Noraini yang menjawab soalan asal Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) menjelaskan, pendapatan purata asas setiap pekerja di negara ini adalah berbeza mengikut sektor dan ia juga berdasarkan proses rundingan antara persatuan majikan dan kesatuan sekerja.Katanya, pendapatan purata asas adalah sebanyak RM573 sebulan bagi pekerja kedai kopi, RM628 sebulan (pertanian), RM697 sebulan (perhotelan), RM853 sebulan (pasar raya) dan RM952 sebulan (pembinaan).Sementara itu, sesi soal jawab bertukar suasana kepada ceria apabila Datuk Mukhriz Mahathir (BN-Jerlun) yang bangun untuk mengemukakan soalan seterusnya, memaklumkan bahawa hari ini adalah tarikh lahirnya.
***************************************************************************************
Isu pekerja asing ni kalau difikirkan lama dah wujudnya. Putri yakin semua rakyat Malaysia mengalami ketidakselesaan walaupun berada di negara sendiri kerana jumlah mereka yang terlalu ramai seperti tidak disekat kemasukannya dan kadangkala mendatangkan masalah.
Daripada sudut lain memang diakui mereka sebenarnya diperlukan tetapi kalau jumlahnya semakin ramai dan tidak terkawal sehingga semua sektor nak di pelopori macamana dengan nasib rakyat Malaysia sendiri yang tidak ada pekerjaan. Tengok saja di warung-warung, kedai makanan segera,hotel-hotel, itu belum lagi kita tengok sektor pembinaan.Memang pekerja asing sajalah yang penuh.
Putri rasa semua setuju pihak yang bertanggungjawab perlu membuat tindakan yang drastik tentang isu ini. Jangan nanti isu ini semakin besar baru nak tersedar.Tetapi putri yakin pihak kerajaan akan bertindak dengan bijak menangani isu ini.

-putrimalaysia-

Thursday, November 6, 2008

Obama Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat


WASHINGTON 5 Nov. – Barack Obama, hari ini memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.
Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House.
McCain yang bergandingan dengan Gabenor Alaska, Sarah Heath Palin sebagai calon Naib Presiden hanya memperoleh 163 undi BPP.
Keputusan pilihan raya di North Carolina (15 undi) dan Missouri (11) kesemuanya melibatkan sebanyak 26 undi BPP masih belum diputuskan.
Jika undi BPP di kedua-dua negeri itu diambil kira, jumlah undi BPP yang bakal diterima oleh Obama dan McCain akan turut meningkat, tetapi tidak akan mengubah kemenangan Obama.
Senator Joe Biden, Senator dari Delaware akan mengiringi Obama sebagai Naib Presiden.
Kemenangan Obama banyak disumbang oleh pengundi wanita, kulit hitam dan mereka yang berketurunan Hispanik, selain pengundi bebas.
Obama turut berjaya ‘merampas’ undi mencukupi daripada pengundi kulit putih yang selama ini banyak memberi sokongan kepada Parti Republikan, untuk membantunya mengetepikan McCain.
Kejayaan Obama bukanlah satu perjalanan yang mudah buat anak kelahiran Hawaii ini, kerana beliau telah menempuh pertarungan sengit sejak hampir 24 bulan lalu, sebelum menempatkan dirinya sebagai lelaki paling berkuasa di dunia pada masa ini.
Bermula dengan perlumbaan sengit dengan bekas wanita pertama AS, Hillary Rodham Clinton bagi merebut tempat sebagai calon Presiden AS mewakili Parti Demokrat, Obama kemudian meneruskan persaingan dengan tokoh politik veteran, McCain yang sehingga saat akhir tidak berputus asa terus berkempen, walaupun tinjauan pengundi di seluruh AS mendapati Obama telah meninggalkan veteran tahanan perang Vietnam itu jauh di belakang.
Kemenangan Obama bukan sahaja disambut gembira oleh seluruh keluarganya, penyokong Parti Demokrat dan rakyat AS, malahan seluruh dunia yang mahu melihat reformasi yang diutarakan oleh Senator Illinois itu akan membawa perubahan termasuk kepada AS, yang kini mengalami kegawatan ekonomi tetapi juga kepada geopolitik dunia.
Obama bukan sahaja menjanjikan pembaharuan dan perubahan bagi rakyatnya, tetapi juga berjanji untuk mengubah imej AS yang kini terjejas teruk di mata dunia akibat tindak-tanduk kerajaan di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush selama lapan tahun sejak 2000.
Dalam ucapan sulungnya sejurus selepas diumumkan sebagai pemenang lewat tengah malam tadi di Grant Park, Chicago bandar kediamannya, Obama menyeru seluruh rakyat AS bersatu dan bersedia menyahut cabaran untuk membawa perubahan kepada AS.
Pemimpin-pemimpin dunia turut memberi reaksi atas kemenangan Obama dengan kebanyakan mereka mengucapkan tahniah. Iran memberi reaksi yang berbeza apabila tentera negara itu memberi amaran akan mengambil tindakan keras kepada tentera AS di Iraq kerana menceroboh wilayah Teheran.
Kemenangan Obama disambut begitu meriah dengan pelbagai upacara sambutan diadakan di seluruh AS.
Di pekan Kongelo, Kenya tempat asal usul keluarga sebelah bapa Obama turut meraikan kemenangan Obama itu dengan irama lagu dan tarian.
Di Jakarta, sekolah rendah tempat Obama belajar semasa tinggal di ibu kota Indonesia itu sekitar 1960-an turut meraikan kemenangannya.
Pilihan raya Presiden AS kali ini turut diadakan serentak dengan pilihan raya Senat di 33 negeri dan pilihan raya Dewan Perwakilan di semua 50 negeri dan pilihan raya Gabenor di 11 negeri.
Pada pilihan raya Senat, Parti Demokrat mengukuhkan majoriti di kedua-dua dewan Kongres AS, sekali gus menjadikan lebih mudah untuk Obama melaksanakan agenda pembaharuannya.
Demokrat menambah lima lagi kerusi di Senat dalam pilihan raya semalam, untuk meningkatkan majoriti mereka kepada sekurang-kurangnya 56 kerusi di dewan tertinggi yang mempunyai 100 anggota itu.
Sebanyak 35 daripada 100 kerusi itu dipertandingkan semalam.
– AP
*********************************************************************************************
Tahniah diucapkan kepada Obama diatas kemenangannya. putri harap dengan kemenangan ini beliau dapat membawa perubahan dan menyelesaikan krisis - krisis yang melanda dunia khususnya di Iraq, Afghanistan dan Palestin....

Wednesday, October 29, 2008

Tunda beli Eurocopter

Oleh NIZAM YATIM (utusan online)

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC725 sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan itu akan membolehkan perbelanjaan pembelian yang keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion disalurkan untuk projek lain yang boleh memberi faedah secara langsung kepada rakyat tanpa kerajaan membuat sebarang pinjaman baru.

“Keputusan telah dibuat pada Mesyuarat Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan saya pada 13 Oktober lalu supaya Eurocopter tidak dibeli pada waktu ini sebab kita memerlukan peruntukan ini untuk membiayai banyak projek lain yang boleh memberi kesan berganda kepada rakyat.

Thursday, October 23, 2008

Kenapa Hindraf terus diberi muka?

Oleh Zulkiflee Bakar (Utusan Online)

PADA 15 Oktober lalu, kerajaan mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram - satu tindakan yang menetapkan penglibatan sesiapa juga dalam pertubuhan itu merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

Berikutan keputusan itu Hindraf diletakkan sebaris dengan pertubuhan yang pernah diwartakan haram iaitu Parti Komunis Malaya (PKM), Nasrulhaq, Al-Maunah dan Al-Arqam.

Sehari selepas itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menegaskan bahawa polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hindraf jika ia masih menjalankan aktiviti selepas diwartakan sebagai sebuah pertubuhan haram.

Namun begitu apa yang berlaku semalam di pekarangan Parlimen yang menyaksikan sekumpulan penyokong pertubuhan haram itu berhimpun telah menimbulkan persoalan kenapa tindakan tidak diambil ke atas mereka.

Bukan sahaja dibenarkan berhimpun, malah mereka boleh masuk ke bangunan Parlimen.

Ini kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar sudah menegaskan, sesiapa juga yang terlibat dengan pertubuhan berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Tetapi malangnya semalam mereka berkumpul seolah-olah mereka bukanlah sebuah pertubuhan haram dan membuat tuntutan mendesak kerajaan mengembalikan pasport antarabangsa milik Pengerusinya, P. Waytha Moorthy.

Bayangkanlah apa yang akan berlaku seandainya yang berkumpul tersebut ialah anggota-anggota Al-Arqam yang pernah diharamkan oleh kerajaan suatu ketika dulu.

Sebaik Al-Arqam diharamkan, pihak berkuasa melakukan pemantauan rapi dan mereka yang terlibat dalam apa juga bentuk perhimpunan pasti akan meringkuk dalam lokap. Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak turut diangkut sekali oleh pihak polis dan sama-sama disumbatkan ke dalam lokap bersama ibu bapa mereka.

Justeru dalam soal ini, kerajaan dan pihak berkuasa harus tegas serta tidak terlalu berlembut atau memberi muka kepada Hindraf.

Ini kerana pewartaan Hindraf sebagai sebuah pertubuhan haram tidak seharusnya menjadi sekadar satu rekod pentadbiran negara atau untuk memberi amaran semata-mata.

Sebaliknya, ia harus disusuli dengan tindakan tegas supaya orang ramai memahami bahawa Hindraf adalah benar-benar sebuah pertubuhan haram dan tidak boleh aktif sama sekali, bukannya diharamkan di atas kertas sahaja.

Apa yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Hindraf semalam jelas menunjukkan mereka seolah-olah cuba mencabar pihak berkuasa.

Mereka tahu bahawa pertubuhan itu diharamkan dan mengerti apa yang mereka lakukan melanggar undang-undang tetapi mereka lakukan juga.

Ini semua terjadi kerana ada parti politik yang masih terus membela biarpun aktiviti Hindraf seperti mana kata Syed Hamid boleh mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian rakyat keturunan India terhadap kerajaan serta menimbulkan kebencian di antara orang Melayu dan India di negara ini.

Oleh itu apa istimewanya penyokong-penyokong Hindraf ini sehinggakan mereka berkumpul secara terbuka di pekarangan Parlimen pun masih belum ada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa?

Kalau kita masih ingat pada tahun 1994, apabila Al-Arqam diharamkan bukan sahaja semua markas pertubuhan itu diserbu oleh polis dan aset mereka dirampas, malah kita menyaksikan bagaimana berbondong-bondong pengikut Al-Arqam 'diangkut' ke dalam trak polis tanpa mengira siang dan malam.

Mereka dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan ada pula yang dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan.

Malah tindakan terhadap pengikut Al-Arqam itu berterusan hingga hari ini di mana koperasi Rufaqa dan ahli-ahlinya yang dikatakan tunas pertubuhan haram turut dikenakan tindakan undang-undang. Oleh itu kenapa Hindraf tidak diberi layanan yang sama?

Atas nama keadilan dan kesamarataan, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas Hindraf kerana ia tidak harus dilihat seolah-olah mempunyai keistimewaan kerana masih bebas bergerak dan melakukan apa sahaja biarpun ia sudah diwartakan secara rasmi sebagai pertubuhan haram.

Apa yang dibimbangkan jika pihak berkuasa terus berlembut, penyokong-penyokong Hindraf akan terus aktif dan sama sekali tidak akan mempedulikan pewartaan terhadap pengharaman mereka.

Oleh itu sebelum kumpulan tersebut menjadi 'besar kepala' bertindaklah segera. Kita yakin sebahagian besar masyarakat India akan menyokong tindakan tegas kerajaan kerana mereka cintakan kedamaian dalam negara pelbagai kaum ini.

Bahagian Sokongan Keluarga ditubuh

Dipetik dari Utusan Online

PUTRAJAYA 22 Okt. - Malaysia menjadi negara Islam pertama mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah (JKS) bagi mengatasi masalah penguatkuasaan perintah mahkamah berhubung soal pemberian nafkah dan penjagaan anak selepas perceraian

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pewujudan bahagian tersebut adalah komitmen JKS bagi memastikan wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa perceraian mendapat perlindungan serta dapat menjalani kehidupan dengan sempurna.

Menurutnya, ia juga merupakan antara usaha berterusan JKS dalam memartabatkan perundangan Islam di negara ini.

''BSK adalah lambang kepada komitmen JSK untuk menguatkuasakan perintah mahkamah dalam soal pemberian nafkah kepada bekas isteri dan anak-anaknya setelah berlaku perceraian.

''Perintah mahkamah walaupun diterima namun pelaksanaan tidak dapat dilakukan disebabkan kedegilan, kegagalan dan ketidakmampuan suami," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Penubuhan BSK di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie, Datuk Ibrahim Lembut.

Pada majlis itu, JSK menerima RM500,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk diagihkan kepada BSK seluruh negara.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya berharap BSK dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan berkesan, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang agak sukar masa kini.

Malah, kata beliau, ia juga selaras dengan harapan masyarakat Islam mahu melihat institut kekeluargaan Islam di negara ini diurus dengan baik.

''Harapan itu perlu kerana kita tidak mahu lagi melihat perundangan Islam dilihat sebagai sistem alternatif sebaliknya ia harus menjadi tunjang kepada sistem yang ada di dunia ini.

''Saya percaya dalam suasana masalah ekonomi, politik dan sosial yang semakin rumit untuk diselesaikan, kini adalah masa yang sesuai untuk kita tonjolkan kelebihan sistem perundangan Islam," katanya.

************************************************************************************************

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Malaysia dengan tertubuhnya Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah (JKS) bagi mengatasi masalah penguatkuasaan perintah mahkamah berhubung soal pemberian nafkah dan penjagaan anak selepas perceraian. Diharap bahagian ini bukan hanyalah pada nama dan dapat dijalankan dengan jayanya dalam memartabatkan sistem perundangan Islam....

-putrimalaysia-


CUTI 2 HARI UNTUK DEEPAVALI (MP PADANG SERAI)

MP Padang Serai (PKR) melahirkan kesedihan kerana Perayaan Deepavali hanya diberikan cuti sehari sahaja . MP Padang Serai berkata cuti yang diberikan selama satu hari tidak cukup dan menunjukkan kerajaan BN kurang prihatin terhadap masyarakat India dan meminta agar cuti diberikan selama dua hari. MP Padang Serai menyimpang daripada tajuk perbahasan apabila mencelah ketika MP Bandar Kuching berbahas mengenai KWSP dan EPF. Wajar juga apa yang dikatakan oleh MP Padang Serai. Apapun Putri ambil peluang ucapkan Selamat Menyambut Perayaan Deepavali kepada semua kaum India di Malaysia.
-putrimalaysia-

KERANA MULUT, MP BUKIT GELUGOR KARPAL SINGH DIGANTUNG DUA HARI

Oleh : Pemikir

MP Wangsa Maju (PKR) dalam persidangan Dewan 23 Okt, telah menyentuh mengenai rasional mengadakan majlis menyambut hari raya oleh kerajaan. Beliau sepatutnya faham bahawa program hari raya yang telah di adakan bertahun-tahun bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat seluruh Malaysia. Beliau menuduh bahawa program ini sebagai rasuah dalam Dewan sungguh tidak masuk akal. Mp Wangsa Maju perlu menyokong segala usaha untuk mengukuhkan keharmonian rakyat.
MP yang juga Menteri jabatan Perdana Menteri menolak tuduhan karut MP Wangsa Maju. Dewan juga mendengar celahan oleh MP Padang Serai di mana Menteri hanya dengar suara tetapi tidak kelihatan MP tersebut.
Dewan menjadi gamat apabila pembangkang mengalihkan perbahasan apabila MP Gelugor, Karpal Singh meminta Menteri menarik balik perkataan yang kononnya menyentuh status OKU. Karpal Singh menggunakan perkataan kasar seperti kurang ajar dan Speaker tidak serius sehingga Tan Sri Speaker memutus untuk menggantungkan kehadiran Karpal Singh dalam Dewan selama dua hari. MP Permatang Pauh (PKR) merayu agar Tan Sri Speaker menarik balik perintah itu. Speaker berpendapat bahawa pembangkang supaya beradab, jangan biadap dan juga minta maaf . Speaker menyebut bahawa MP Ipoh Timur selalu melanggar peraturan Dewan.
Speaker tidak berganjak dengan keputusannya bahawa MP Bukit Gelugor di bawa keluar Dewan untuk membolehkan perbahasan dimulakan

UMNO SAKIT TUA... (TUN MUSA HITAM)

Dipetik dari Utusan Online

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata UMNO kini berdepan dengan masalah 'sakit tua' yang hanya dapat disembuhkan sekiranya generasi muda diberi peluang menduduki jawatan utama dalam parti itu pada pemilihan Mac depan.

Beliau berkata, pemilihan pemimpin muda untuk jawatan selain Presiden dan Timbalan Presiden itu amat penting bagi membolehkan format pemikiran UMNO diubah supaya ia selari dengan kehendak rakyat.

Katanya, format pemikiran itu baru itu tidak akan dapat dicapai sekiranya UMNO terus diterajui golongan yang tidak mampu berubah disebabkan oleh faktor usia dan budaya politik yang telah ketinggalan zaman.

"Pada hemat saya, UMNO sedang menghadapi 'penyakit tua', 61 tahun umurnya dan penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang-orang yang tua.

"Maksud saya ialah mereka yang nak bertanding dalam UMNO, memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang memiliki idea-idea baru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran media siri dialog yang dikenali sebagai 'Bridges - Dialog Kearah Budaya Keamanan' anjuran Yayasan Keamanan Antarabangsa di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO juga harus menyedari kemerosotan sokongan rakyat terhadapnya pada pilihan raya umum lalu mempunyai kaitan rapat dengan masalah persepsi.

Katanya, antara yang menyumbang kepada masalah persepsi itu adalah isu rasuah, salah guna kuasa dan memikul tanggungjawab yang merupakan satu tuntutan rakyat.

Katanya, rakyat pasti tidak akan menerima apa yang diperkatakan oleh pemimpin jika pemimpin terbabit tidak mempunyai kredibiliti pada pandangan mereka.

"Kalau imej mereka sudah tidak diterima, apa juga yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin itu tidak akan diterima oleh rakyat," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Musa berkata beliau kurang senang melihat cara calon-calon pemilihan UMNO berkempen kerana mereka banyak memperkatakan mengenai isu-isu berkaitan emosi, perkauman dan agama.

Beliau berkata, isu-isu berkaitan masalah ekonomi yang amat penting tidak disentuh oleh para calon sedangkan ia merupakan perkara yang menghantui pemikiran rakyat.

Katanya, isu seperti ekonomi penting untuk membuktikan UMNO sebagai parti yang mengikut perkembangan semasa dan peka dengan dunia luar.
*************************************************************************************
Putri rasakan pendapat Tan Sri Musa Hitam ini ada betulnya. Berilah peluang kepada kepimpinan yang muda untuk merubah corak UMNO mengikut peredaran zaman. Jangan takut menghadapi perubahan. Andainya perubahan itu membawa kepada kebaikan adalah amat perlu ia dilakukan . Generasi muda mempunyai idea-idea baru yang jika kena caranya mampu memberi kebaikan kepada UMNO itu sendiri. Kalau tidak sampai bila pun UMNO akan berada pada takuk lama. Tetapi bukanlah terus meminggirkan orang lama. Kesepaduan antara generasi muda dan orang lama perlu agar UMNO menjadi lebih mantap dan masalah yang dihadapi diselesaikan mengikut acuan baru.
-putrimalaysia-

Thursday, October 16, 2008

Hindraf diisytihar haram

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Kerajaan hari ini mewartakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuah pertubuhan haram, satu tindakan yang menetapkan penglibatan sesiapa juga dalam pertubuhan itu merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang.

Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perintah itu dibuat hasil daripada pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) semenjak pertubuhan berkenaan ditubuhkan.

“Pengisytiharan itu diwartakan berkuat kuasa hari ini setelah (KDN) berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak,” katanya.

Selain Hindraf, antara pertubuhan lain yang pernah diwartakan sebagai haram ialah Parti Komunis Malaya (PKM), Nasrulhaq, Al-Maunah dan Al-Arqam.

PKM diwartakan sebagai pertubuhan haram kerana mengangkat senjata menentang kerajaan dan pemberontaknya mencetuskan kacau bilau melalui cara keganasan dan membunuh anggota tentera sejak zaman sebelum merdeka.

Pergerakan Al-Arqam diharamkan berikutan kegiatan dan ajaran sesatnya menggugat ketenteraman negara.

Anggota-anggota Al-Maunah pula merompak senjata dari kem tentera bagi menggulingkan kerajaan. Beberapa ketuanya kemudian dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memerangi Yang di-Pertuan Agong dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Menurut Syed Hamid, kegiatan Hindraf bertentangan dengan Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 dan ia boleh memudaratkan keselamatan awam, keamanan, ketertiban dan nilai-nilai moral di negara ini.

Beliau berkata, jika kegiatan Hindraf tidak dibendung, ketenteraman awam dan kedaulatan negara bakal terancam di samping keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum akan turut terjejas.

Jelasnya, tindakan pengharaman yang diambil itu bukan berasaskan kepada satu atau dua kegiatan Hindraf yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan serta aktiviti semenjak Hindraf ditubuhkan.

Selain itu, beliau mengakui Hindraf mempunyai ciri-ciri sebagai sebuah pertubuhan kerana mengemukakan permohonan pendaftaran kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 16 Oktober 2007.

Walaupun pendaftarannya tidak pernah diluluskan, pertubuhan Hindraf telah bergerak aktif dengan menganjurkan beberapa perhimpunan awam dan demonstrasi tanpa permit serta mengeksploitasi isu-isu perkauman.

Kesan kegiatan Hindraf itu, ujar Syed Hamid, ia mencetuskan kebangkitan penentangan sebahagian rakyat keturunan India terhadap kerajaan serta menimbulkan kebencian di antara orang Melayu dan India di negara ini.

Di samping itu, Hindraf juga, kata beliau, berusaha mendapatkan sokongan dari negara asing bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan-tuntutan mereka sehingga memberi kesan buruk kepada imej negara.

Menteri Dalam Negeri itu menasihatkan orang ramai supaya tidak melibatkan diri dengan pertubuhan Hindraf yang diharamkan dalam apa cara sekali pun pada masa akan datang.
************************************************************************************
Putri lega akhirnya HINDRAF diharamkan. Jangan la pulak nanti isu ni nak di politikkan dan wujud pulak statement "diskriminasi". Terang-terang apa yang dibuat HINDRAF ni salah. Sepatutnya lepas kejadian pertama tu HINDRAF dimansuhkan. Tapi kerajaan masih lagi memberi peluang mereka membetulkan keadaan. Sampailah kejadian terbaru yang putri rasa semua rakyat tahu iaitu sikap kurang ajar mereka yang tidak menghormati Majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri. Syabas kerajaan. Langkah ini memang wajar dan patut sangat agar rakyat tahu mengikut undang-undang.
-putrimalaysia-

Wednesday, October 15, 2008

MINYAK TURUN LAGI......


MASIH ramai pengguna yang tidak menyedari bahawa petrol RON97 dan RON92 yang dibeli mereka sebenarnya menerima subsidi kerajaan kira-kira 30 sen masing-masing selain diesel yang turut diberi subsidi. Pada masa ini, pengguna membayar RM2.45 seliter untuk petrol RON97 dan RM2.30 seliter untuk RON92 manakala diesel RM2.40 seliter. Sebagai contoh, bagi setiap 8 liter petrol RON97 yang dibeli pada harga RM19.60, mereka sebenarnya hanya membayar untuk 7 liter kerana bakinya disubsidi oleh kerajaan. Atas dasar kebertanggungjawaban, kerajaan sudah dua kali menurunkan harga petrol dengan pelarasan terbaru pada 24 Sept lepas setelah harga pasaran minyak dunia berkurangan kepada RM109 setong. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan lagi harga petrol jika harga pasaran bahan itu terus menyusut. Kelihatan seorang pengguna melihat jumlah yang perlu dibayarnya bagi 8 liter petrol RON97. Foto Bernama
*************************************************************************************
Berkuat kuasa hari ini harga minyak turun. Sudah semestinya ini merupakan berita yang amat gembira bagi rakyat Malaysia khususnya yang menaiki kenderaan sendiri. Peliknya tiada pula ucapan terima kasih yang diberikan. Kalau sebelum ini masa kerajaan menaikkan harga minyak macam-macam cemuhan yang diterima pihak kerajaan.erm. Harap-harap rakyat Malaysia bersyukurlah dengan keadaan sekarang ni.
-putrimalaysia-

Tuesday, October 14, 2008

UMNO tetap parti teras BN

oleh: Citra Adora

Baru-baru ini Gerakan iaitu salah satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) telah membuat satu kenyataan bahawa semua parti komponen dalam BN perlu dibubarkan dan diganti dengan sebuah parti pelbagai kaum. Rasional cadangan mereka ini adalah kerana merasakan parti BN yang ada sekarang ini hanya tertumpu kepada satu kaum majoriti dalam satu-satu parti, maknanya bersifat perkauman.Gerakan adalah sebuah parti yang keahliannya terdiri daripada berbilang kaum, majoriti ahlinya adalah kaum Cina. Hanya sedikit keahlian daripada kaum-kaum lain. Barisan peneraju utama parti ini adalah berbangsa Cina.Kenyataan Gerakan berhubung pembubaran BN ini pastinya mengundang rasa jengkel dan tidak senang parti komponen BN lain khususnya UMNO yang telah lama wujud sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan dan penubuhan parti Perikatan lagi (kini Barisan Nasional).Umum mengakui dan menyedari bahawa BN dianggotai oleh UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti komponen lain adalah begitu mantap dan kukuh hasil daripada konsep perkongsian kuasa yang dipersetujui dan dimeterai bersama sejak dahulu lagi.Cadangan Gerakan agar BN dibubarkan menjadi satu parti berbilang kaum (single and multi-racial party) adalah tidak munasabah dan relevan serta tidak mengambil kira survivor politik serta sensitiviti rakan komponen lain yang telah lama wujud sebelum Gerakan seperti UMNO, MCA dan MIC. Sudah pastilah parti-parti ini tidak ingin terkubur begitu sahaja setelah berhempas-pulas memastikan survival parti masing-masing untuk terus kukuh berdiri sejak zaman pramerdeka lagi. Masakan UMNO, MCA dan MIC senang-senang mahu dikuburkan begitu sahaja.Saya selaku orang Melayu, ahli muda UMNO dan rakyat marhaen amat menyokong kenyataan Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek bahawa sebarang cadangan untuk mewujudkan BN sebagai satu parti pelbagai kaum adalah ibarat seperti membubarkan UMNO yang selama ini merupakan tunjang kepada kerajaan yang memerintah yakni BN.Gerakan perlu sedar bahawa UMNO adalah parti dominan dalam BN yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan kerajaan BN selama 51 tahun memerintah Malaysia yang mana telah mengharungi pelbagai cabaran dan ujian namun tetap berjaya menangani segala onak dan duri untuk membangunkan Malaysia.Gerakan melihat UMNO seolah-olah sebagai punca prestasi buruk BN dalam Pilihan raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu. Kononnya konflik dalaman UMNO telah menjejaskan keutuhan BN. Padahal hakikat sebenar ialah beberapa parti komponen BN yang lain termasuklah Gerakan telah kalah teruk dalam pilihan raya tersebut. Parti UMNOlah yang telah menyelamatkan maruah BN untuk terus menang dan mentadbir negara meskipun tidak mendapat dua pertiga majoriti undi. Lima negeri jatuh ke tangan pembangkang. Tsunami politik yang paling buruk melanda negara dan kerajaan BN. Jadi di mana silapnya berhubung perkara ini? Adakah parti komponen BN benar-benar bekerjasama dengan UMNO? Tepuk dada tanya selera. Gerakan perlu mengubah sikap dan tidak terus-terusan menuding jari kepada UMNO seolah-olah bersalah dan perlu bertanggungjawab atas kekalahan teruk dalam PRU 12.UMNO meskipun merupakan parti dominan telah banyak memberi apa yang diinginkan oleh parti komponen lain. UMNO tidak membeza-bezakan keistimewaan antara parti-parti komponen. Semuanya dilayan sama rata, tiada bersifat perkauman. Konsep perkongsian kuasa dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab, jujur, telus dan prihatin. Konsep kesepakatan dan perundingan yang diguna pakai diterima oleh semua pihak. UMNO juga tidak memperhambakan parti-parti komponen dalam BN tetapi UMNO memang perlu bertegas dalam membuat sesuatu keputusan berhubung beberapa perkara yang melibatkan ketuanan Melayu dan Perlembagaan Negara. Keistimewaan hak-hak orang Melayu tidak boleh disangkal dan diperkotak-katikkan kerana realitinya orang Melayu adalah kaum pribumi Malaysia.Jika dibandingkan antara UMNO dan Gerakan, ia umpama langit dengan bumi. UMNO memiliki infrastruktur yang luas di mana keahliannya ada di merata-rata di seluruh pelosok tanah air baik di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar. Manakala Gerakan hanya dianggotai oleh mereka yang tinggal di bandar. Sesungguhnya Gerakan belum layak untuk menentang UMNO jika mereka berhajat untuk berbuat demikian.UMNO masih relevan dan tidak perlu dirombak, dibubar, diruntuh atau sebagainya. Jika UMNO hancur, maka akan hancurlah perjuangan politik orang Melayu di buminya sendiri. BN sekarang masih tetap utuh dan stabil untuk terus memperjuangkan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.Peranan UMNO sebagai parti teras dalam BN perlu dikekalkan bagi terus memimpin parti-parti komponen lain. UMNO adalah model terbaik sebuah parti yang berjaya menyatu-padukan masyarakat majmuk di Malaysia sekali gus memartabatkan Malaysia di persada dunia.

Pembangkang mengarut, buang masa


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan parti pembangkang yang menetapkan Disember ini sebagai tarikh baru untuk menubuhkan kerajaan sebagai mengarut dan hanya membuang masa.

Perdana Menteri berkata, usaha pembangkang itu tidak akan berjaya kerana tiada sebab untuk untuk mana-mana anggota kerajaan melompat menyertai pembangkang yang kalah pada pilihan raya umum lalu.

"Mereka tak akan berjaya. Mereka ingat kita ini bodoh. Ahli kita tidak akan meninggalkan parti kerana Barisan Nasional (BN) adalah di pihak yang menang.

"Kita membentuk kerajaan yang kuat dan kita akan terus lakukan apa yang kita mampu untuk membangunkan negara. Ini adalah satu peluang bagi parti, jadi kenapa pula ada yang mahu meninggalkan parti,'' katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Serantau Amerika Syarikat-Dunia Islam di sini hari ini.

Abdullah diminta mengulas tarikh baru yang ditetapkan oleh Ketua Pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merampas kuasa daripada BN.

Selepas gagal mengambil alih kerajaan pada tarikh 16 September seperti disasarkan sebelum ini, Anwar dalam ceramahnya di Kota Bharu baru-baru ini dilaporkan menetapkan pula awal Disember sebagai tarikh baru menubuhkan kerajaan.

Ketua pembangkang itu seterusnya mendakwa beliau mempunyai cukup bilangan Ahli Parlimen BN yang akan melompat untuk membentuk kerajaan sebelum Hari Raya Aidiladha yang dijangka disambut pada 8 Disember depan.
Dipetik dari Utusan Malaysia

Wednesday, September 24, 2008

SALAM AIDILFITRI..........

Cuma tinggal 6 hari saja lagi umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini putri ingin menyusun jari memohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin andai terkasar bahasa dalam penulisan blog putri. Semoga Hari Lebaran ini akan membuka lembaran baru dalam diri anda dan juga putri dalam memberikan yang terbaik kepada insan-insan yang tersayang.....



Salam Aidilfitri dari Putrimalaysia.........

Wednesday, September 17, 2008

DOLAK DALIH DSAI.....

16 September telah berlalu tanpa berlakunya pertukaran kerajaan. Agaknya mana lah Anwar nak menyorok. Angan-angannya nak tubuh kerajaan baru tak tercapai. Malah banyak pulak berdalih berhubung hasrat Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru.
Sekarang nak kemukakan pula empat syarat kononnya bagi memastikan peralihan kuasa itu berlaku secara damai. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, syarat berkenaan juga bertujuan memastikan Barisan Nasional (BN) tidak mensabotaj keinginan rakyat dengan mencetuskan ketegangan kaum.
Empat syarat itu ialah:
  • Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;
  • Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;

  • Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan
  • Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.
Syarat itu terkandung dalam surat Pakatan Rakyat kepada Abdullah yang dihantar tiga Ahli Parlimen pembangkang - Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Johari Abdul (PKR-Kubang Pasu) dan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) ke Pejabat Perdana Menteri, kelmarin.
Apa lagi la Anwar ni. Buat rakyat jadi pening.Apa nak dia buat sebenarnya.Kita sebagai rakyat tunggu jela apa lagi sandiwara DSAI lepas ni.
-putrimalaysia-

Kronologi kenyataan Anwar Ibrahim mengenai angan-angan kerajaan baru

8 Mac
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

1 April
Anwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.
23 April
Di Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti.
Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.
24 April
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar "sedang mengarah sebuah permainan politik".
25 April
Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.
28 Jun
Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.
3 Julai
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.
10 Julai
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.
31 Julai
Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.
26 Ogos
Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.
8 September
Seramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.
12 September
Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia. PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaupun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.
15 September
Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.
16 September
Anwar yang mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.



Dipetik dari Utusan Malaysia

Hanya mainan politik Anwar

Oleh HABIBAH OMAR

KEPALA BATAS 16 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mempunyai senarai 31 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai pakatan pembangkang sebagai satu permainan politik Anwar untuk menjejaskan kestabilan politik negara ini.

“Saya tidak fikir dia mempunyai nama-nama itu. Kalau dia ada senarai (31) nama, dia boleh bagi tahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu apa yang telah dia lakukan kepada wakil rakyat mereka.

“Jika Ahli Parlimen itu ingin melarikan diri dengan menyertai pakatan pembangkang, rakyat tentu ingin tahu,” kata Abdullah pada sidang akhbar selepas Majlis Dermasiswa dan Sumbangan Hari Raya Yayasan Budi Penyayang di sini hari ini.

Perdana Menteri memberitahu, gimik peralihan kuasa 16 September adalah permainan politik Anwar untuk mencetuskan satu keadaan yang tidak baik kepada rakyat bagi membuatkan negara seolah-olah tidak mempunyai kestabilan politik.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak di Malaysia, baik pekerja sektor swasta mahupun kakitangan kerajaan, supaya memberi perhatian kepada hal-hal melibatkan pekerjaan, perniagaan dan tanggungjawab masing-masing.

“Ini yang paling penting untuk dilakukan, bukan jadi sibuk dan kelam kabut dengan apa yang dilakukan (oleh Anwar),” ujar beliau.

Menurut Abdullah, rakyat perlu memahami sekiranya benar Anwar telah mempunyai 31 senarai Ahli Parlimen BN, “dia tak tunggu, dia akan bagi tahu.”
Beliau menambah: “Tetapi dia (sebenarnya) tidak ada apa-apa.”

Perdana Menteri yakin rakyat tidak percaya dengan apa yang Anwar lakukan itu. “Ia satu pembohongan untuk mempopularkan dirinya,” kata beliau.

Abdullah juga menegaskan bahawa beliau tidak akan bertemu dengan Anwar kerana percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat cadangan untuk bertemunya dengan tujuan memanipulasikan pertemuan tersebut.

Malah, kata Perdana Menteri, pertemuan itu juga akan digunakan oleh Anwar sepenuhnya untuk mempopularkan dirinya.
“Saya tidak akan berjumpanya. Kalau dia jumpa saya, nanti dia buat cerita lain.
“Nanti, katanya, saya sudah setuju tentang itu dan ini. Ini semua dibuat bertujuan untuk mempopularkan dirinya... tujuan perang psikologi,” kata Abdullah.

Anwar pada sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini mendakwa 31 Ahli Parlimen BN telah bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan mendedahkan nama-nama berkenaan, sebaliknya mendakwa beliau akan memberikan senarai nama tersebut kepada Perdana Menteri apabila bertemu dengannya.

Mengenai surat yang dihantar oleh Anwar serta pemimpin Pas dan DAP kepadanya untuk meminta diadakan satu pertemuan segera berhubung isu rundingan kuasa, Perdana Menteri menafikan wujud surat seumpama itu.
Surat yang diterimanya daripada mereka, kata Abdullah, adalah berkaitan perkara umum.

“Tidak ada satu surat pun yang dihantar berkaitan pemindahan kuasa, surat itu atas hal perkara umum yang berkaitan situasi dalam negara. Itu soal lain yang akan ditentukan kemudian,” katanya.

Ditanya mengenai gesaan Anwar supaya Ahli Parlimen yang melompat parti tidak dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Abdullah menyifatkan kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai sesuatu yang ‘gila’.

Perkara itu, tegas beliau, sengaja dibangkitkan seolah-olah kerajaan akan menggunakan kekerasan dengan memasukkan Ahli Parlimen berkenaan ke dalam penjara disebabkan mereka ingin melompat parti.

“Satu idea gila untuk (Anwar) mencadangkan yang saya akan masukkan mereka ke dalam tahanan ISA,” katanya.
Dipetik dari Utusan Malaysia

Tuesday, September 9, 2008

MENGHITUNG HARI......(16 SEPTEMBER) GIMMICK PKR

Tinggal TUJUH hari lagi menjelang 16 September 2008, tarikh yang amat dinanti-nantikan dan dikira penting kerana diramalkan bakal merubah landskap politik negara ini dengan gimmick yang mengatakan kerajaan BN akan tumbang dan diganti dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Pada hari itu adalah hari yang disasarkan oleh Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim kerajaan BN pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak akan tumbang dan hancur.
Serentak itu juga jawatan Perdana Menteri akan berubah tangan kepada Anwar. Anwar akan membentuk kerajaan baru - kerajaan Pakatan Rakyat dan sekaligus akan menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke-6.

Sudah pasti mereka yang bertungkus lumus bersama Anwar termasuk yang berkempen di pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu akan dilantik menjadi anggota Kabinet atau sekurang-kurangnya turut merasai tempias nikmat 16 September!
Di mana-mana saja orang ramai bercakap mengenai perubahan itu. Seolah penantian ketibaan 16 September membawa perubahan yang pasti. Penantiannya seperti penantian 1 Syawal yang akan dirayakan dengan penuh hikmah dan makna sebagai menandakan kemenangan manusia Muslim dalam perang melawan nafsu.Apakah semua ini akan berlaku???
Ada pendapat yang pro kontra mengenai 16 September. Ada yang menpercayai melampau terhadapnya menyebabkan mereka kini hanya duduk membilang saat, minit dan hari saja sampai mengabaikan kerja rutin lain.

Keyakinan mereka kepada teori yang dipersembahkan bagaimana perubahan dan kejatuhan itu berlaku cukup tinggi dan sukar untuk dirasionalkan lagi. Ada setengah menanti dengan pelbagai azam, termasuk memegang pisau cukur untuk membotakkan kepala sebaik saja fajar 16 September muncul.
Antara perkara yang tidak memungkinkan perkara ini terjadi adalah:-
Pertama dari segi teknikal. Pada tarikh berkenaan, Parlimen tidak akan bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu, hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Apa-apa tindakan termasuk undi tidak percaya akan dilakukan di Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong akan menerima keputusan Parlimen dulu sebelum memberi perkenaan melantik sesiapa untuk menjadi PM setelah ianya dipersetujui oleh ahli Parlimen.
Kedua dari segi politik. Adalah tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. Adalah mustahil ahli parlimen MCA dan MIC meninggalkan BN kerana Presiden MCA, MIC dan Gerakan telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan akan terus bersama BN. Presiden MCA sendiri mengatakan bahawa UMNO, MIC dan MCA telah bersama-sama membentuk Parti Perikatan dan tidak ada sebab mengapa mereka mesti meninggalkan BN.
Ketiga dari segi moraliti dan integriti. Adalah tidak bermoral andainya sesebuah kerajaan diambil alih melalui cara yang tidak bermoral.Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan.
Maka dapatlah kita simpulkan bahawa kenyataan DSAI untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September adalah satu pembohongan dan tidak akan berlaku. Ia hanyalah omongan kosong dan satu pembohongan besar yang tidak berasas dan merupakan populist statement bagi mempengaruhi rakyat jelata. Adalah diyakini BN akan terus menerajui kerajaan pada 16 September itu nanti.
-Putrimalaysia-

Thursday, August 28, 2008

Rakyat Mudah Lupa.....

Tanggal 28 OGOS 2008......Hari ini merupakan tarikh yang mungkin dianggap keramat oleh DSAI yang mana perjuangannya selama ini telah terbalas dengan kemenangannya di Permatang Pauh setelah isteri solehah beliau memberi jalan untuk melepaskan jawatan bagi memberi peluang suami tercintanya mengambil alih tempat beliau yang umum ketahui memang kubu kuat PKR. Hari ini DSAI akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.
Pastinya saat inilah yang ditunggu-tunggu oleh DSAI setelah sekian lama dirinya dipinggirkan 'dunia' politik negara. Janji-janji yang dibuat janganlah hanya ungkapan manis bibir saja. Banyak kerja yang perlu dilaksanakan dan fokusnya membangunkan Permatang Pauh. Undian telah pun memihak kepada DSAI dan nak tak nak inilah yang rakyat Permatang Pauh mahukan. Kita sebagai rakyat akur dan terima sajalah keputusan yang telah dibuat.
Ramai orang kata rakyat sekarang semakin bijak menilai mana yang baik mana yang buruk. Tapi boleh putri katakan rakyat bukan makin pandai tapi makin tak ada hala tuju. Rakyat mudah lupa. Lupa dengan apa yang telah kerajaan buat setelah 51 tahun merdeka. Tak ada sikit pun ke ucapan tahniah buat kerajaan yang ada sekarang . Yang kedengaran hanyalah cemuhan, kritikan...macam-macam lagi. Yela. dah selesa dengan keadaan sekarang. Tapi fikirkah mereka apa akan jadi pada masa akan datang?????????
Nilai moral dan etika pun semakin di ketepikan. Buktinya dalam kes Anwar. Adakah nilai moral begini yang di sanjung rakyat sekarang. Bijakkah rakyat sekarang????.
Kadang-kadang putri terfikir. Apa sebenarnya yang rakyat mahukan???? Tak cukup kah lagi apa yang telah kerajaan berikan. Rakyat semakin manja adalah. Tak tahu nak bedikari. Sebelum ni ada subsidi . Bila distruktur selula subsidi dah semua melatah. Yang mereka tahu salahkan kerajaan atas itu dan ini. Sepatutnya sama-sama take part dalam membina negara ni. Apa yang salah ditegur. Bukannya kerajaan kita ni kuku besi yang nakkan arahannya saja dipatuhi tanpa mengira pendapat rakyat.
Contohnya dalam isu minyak, ada yang kata "dah menang pilihanraya janji tak nak naikkan harga minyak, tapi minyak naik pulak. Tiba-tiba masa ada pilihanraya kecil yang babitkan DSAI harga minyak pulak turun...." Pikirla rakyat oiii . Harga minyak kita ni ditentukan oleh harga minyak dunia. Jadi bila kerajaan fikirkan masanya adalah seswai untuk turunkan harga maka turunlah harganya...
Politik negara sekarang boleh diumpakan macam realiti show. Ala-ala akademi fantasia la. Ini lah yang terjadi di Permatang Pauh.Undian untuk pemilihan adalah atas dasar undi kasihan. Kasihan melihat calon tu difitnah kononnya. Jadi mereka pun bekoyan-koyanlah mengundi calon yang mereka kesiankan tu. Dengan harapan orang yang mereka undi tu akan membalas balik budi baik pengundi ni dengan mengotakan janji itu ini yang dikatakan. Sedangkan boleh dikatakan kemenangan calon mereka itu adalah pencapaian peribadi yang amatlah didamkan calon pilihan mereka tu.
Jadi fikirlah. Rakyat sekarang makin bijak atau makin .......... malaslah putri nak tulis. Anda kan bijak. fikirlah sendiri....

Thursday, August 21, 2008

31 OGOS 2008- MERDEKA DAN MINYAK

Umum tahu tanggal 31 Ogos 2008 merupakan sambutan hari kebangsaan ke-51. Tarikh itu juga akan menjadi tarikh di mana harga baru minyak petrol akan diumumkan yang akan berkuat kuasa pada 1 September 2008.

Putri fikir seluruh rakyat Malaysia tentu tak sabar-sabar nak tahu tentang harga baru yang akan diumumkan dan yang pastinya apa yang putri tahu harga minyak dunia sekarang sedang mengalami penurunan. Seluruh rakyat Malaysia termasuklah putri sendiri amatlah berharap harganya akan turun dan seandainya ia turun ia merupakan perkara yang amat menggembirakan bagi seluruh rakyat Malaysia.

Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi berkata "Kalau harga minyak di pasaran dunia turun maka kita akan turunkan tetapi jika melambung naik lebih daripada apa yang dibayar pada waktu ini, ianya tidak akan dijual lebih dari RM2.70 (seliter),".

"Pada waktu ini agak awal sikit untuk membuat satu jangkaan tentang kemungkinan harga yang boleh kita tetapkan lagi. Hari ini baru 20 haribulan.

"Sepuluh hari lagi...harap jangan naik lagilah.

"Kalau nasib tidak baik nanti apa yang saya cakap semua tak betul, nanti orang kata Pak Lah bohong. Kita tengok dengan harapan kalau trend ke arah turun maka tentu sekali harga minyak akan kurang daripada yang dikenakan waktu ini.

So kita TUNGGUUUUU......................

-putrimalaysia-

CUKUPLAH.............

Pihak yang mempertikaikan hak Melayu dicabar membawa usul meminda Perlembagaan di Dewan Rakyat, dan bukannya membuat kenyataan politik semata-mata.

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengulas tindakan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang bangun mencelah pada sesi soal jawab Dewan Rakyat bagi mempertikaikan mengapa isu ketuanan dan hak-hak Melayu diberi penekanan sejak kebelakangan ini berbanding perpaduan nasional.

Mohamed Nazri juga menegaskan, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tanah rizab Melayu dan jaminan orang melayu untuk mendapat lesen, permit dan kuota dalam perniagaan atau pendidikan adalah perkara yang terkandung dalam perlembagaan yang telah dipersetujui semua pihak.

USAHLAH PERKARA INI DIBANGKITKAN BERULANG KALI.CUKUPLAH.JANGAN CEMARI KEMAKMURAN YANG KITA SEMUA KECAPI KINI. 51 TAHUN KEMERDEKAAN INI PERLU DIPERTAHANKAN UNTUK ANAK CUCU KITA DAN GENERASI AKAN DATANG....

DAP, PKR tak sehaluan

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila wakil pembangkang daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertelagah sesama sendiri berhubung isu kesaksamaan agama dan forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pendidikan (pindaan) 2008, Chong Eng (DAP- Bukit Mertajam) telah menyentuh tentang prinsip kesaksamaan dalam Islam apabila menyatakan kedudukan Islam sama dengan agama lain begitu juga sekolah jenis kebangsaan yang sepatutnya mendapat layanan sama dengan sekolah kebangsaan.

Ekoran kenyataannya itu, Zulkifli Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baharu) bangun dan mahu memperbetulkan kenyataan Chong Eng dengan menjelaskan, Islam menghormati agama lain tetapi dalam soal kesaksamaan ia adalah berbeza terutama dari segi akidah.

''Walaupun Islam mengajar kita kesaksamaan tetapi kesaksamaan itu bukan dari segi akidah. Ini salah satu contoh bagaimana persepsi terhadap Islam yang agak menyeleweng," katanya.
Tambah beliau, gambaran Chong Eng terhadap ketiadaan peruntukan bagi sekolah jenis kebangsaan juga seolah-olah menggambarkan hanya kaum Cina yang telah didiskriminasi sedangkan sekolah agama rakyat juga mengalami masalah serupa.

Bagaimanapun Chong Eng menyambung dengan berkata, beliau setuju dengan Zulkifli tetapi ia boleh didebatkan secara aman di Parlimen bukannya dengan menggunakan kekerasan seperti mahu menghentikan forum Majlis Peguam.

Ekoran itu, Zulkifli sekali bangun dan dalam nada yang keras mahu Chong Eng menyatakan sikap beliau terhadap Majlis Peguam.

''Wanita tidak boleh lawan, minoriti pun tak boleh lawan jika guna keganasan, dalam sistem demokrasi berparlimen tidak boleh guna kekerasan walaupun saya tidak setuju pandangan," sambung Chong Eng.

Zulkifli berkata, beliau kesal kerana perhimpunan aman membantah forum pada 9 Ogos lalu telah digambarkan sebagai satu tindakan keganasan hanya semata- mata ia melibatkan orang Islam.

Menurutnya, mereka sebenarnya tidak menceroboh masuk ke dalam dewan ketika forum diadakan sebaliknya dijemput masuk dan bantahan dilakukan kerana Majlis Peguam tidak berhak membincangkan tentang Islam sedangkan sikap mereka terhadap Islam adalah jelas.

''Kita perlu melihat sikap Majlis Peguam sejak dulu lagi seperti pendirian mereka dalam isu berkaitan Suruhanjaya Antara Agama (IFC), mereka mengambil sikap cuba menentang fahaman yang ada dalam Islam," katanya.

Uniknya Calon BN Permatang Pauh

Adalah sesuatu yang amat menarik apabila seorang bangsa itu boleh bertutur dengan lancar bahasa bangsa lain. Ini lah yang berlaku kepada calon Permatang pauh.

Putri tersenyum dan bangga melihat dan mendengar beliau bercakap dengan lancar bahasa cina dan dengan penuh semangat di hadapan khalayak yang rata-rata berketurunan cina.

Ini lah uniknya Malaysia. Bukan setakat semua bangsa boleh bertutur bahasa Melayu malahan setiap bangsa berusaha untuk memahami dan mempelajari bahasa-bahasa lain dan bangsa lain akan rasa lebih dihargai. Perpaduan dapat dipupuk juga melalui penggunaan bahasa.


-putrimalaysia-
Bahasa Jiwa Bangsa

Sepandai-pandai tupai melompat......

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga . Hmmm … putri fikir perumpamaan ini amatlah sesuai dengan apa yang terjadi berhubung kes belasah membabitkan 2 jurugambar yang terjadi ketika penamaan calon pada 16 Ogos lepas. Selepas 3 orang berjaya ditahan berhubung kes itu, seorang lagi berjaya di tahan pada hari ini.

Putri sempatlah tengok tv tadi.Masa belasah tak pulak malu.Bila dah kena tahan polis terus jadi kura-kura yang nak masuk cengkerangnya. .Jangnlah nak tunjuk samseng penyokong-penyokong fanatik PKR. Buat malu je perangai tak senonoh. Akhirnya mereka yang tanggung sendiri. hmmm. So sebelum buat sesuatu tu fikirlah dulu.

-putrimalaysia-

Wednesday, August 20, 2008

Cubaan ugut pengundi

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Polis menerima maklumat wujudnya usaha pihak tertentu menakut-nakutkan pengundi di Permatang Pauh di sini bagi menghalang mereka keluar mengundi pada 26 Ogos ini.


Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, maklumat itu diperoleh hasil daripada risikan dan pemerhatian pihaknya.


"Kita dapat tahu kumpulan-kumpulan itu cuba mengugut, menakutkan dan menghalang pengundi serta menggunakan kekerasan terhadap penduduk di kawasan itu daripada menunaikan hak mereka mengundi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata tindakan seperti itu melanggar peruntukan Seksyen 8 atau Seksyen 3(1) (n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.


"Bagaimanapun orang ramai tidak perlu berasa takut untuk keluar menunaikan kewajipan masing-masing pergi mengundi sebab kita (polis) akan memastikan keselamatan dan keadaan terkawal," katanya.



- Bernama

------------------------------------------------------------------------------------------

Macam-macam hal lah dengan Permatang pauh nihhh.....hmmm. tapi pengundi janganlah pulak patah semangat nak mengundi Tunaikan tanggungjawab anda dengan tenang. Pihak polis akan sentiasa pastikan semua terkawal.



-putrimalaysia-



--------------------------------------------------------------------------------------------

Mudahlah Cakap kalau Belum Berkuasa

Dipetik dari Utusan
20 Ogos 2008

EZAM Md. Noor dan K.S. Nallakarupan di bilik gerakan Barisan Nasional Cawangan Simpang Tiga Kubang Ulu, Permatang Pauh, Pulau Pinang, kelmarin.

UMUM mengetahui Datuk K.S. Nallakaruppan suatu ketika adalah rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim. Keakraban itu ketara hinggakan beliau dipenjarakan kerana mempertahankan perjuangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bagaimanapun Mei tahun lalu, bekas Ketua Bahagian PKR Kepong itu membuat keputusan mengejut keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar.

Pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ini, meskipun mendakwa nyawanya diugut, Nallakaruppan tetap muncul untuk membantu jentera Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan kampung sekitar Permatang Pauh.

Ditemui selepas berceramah di Kampung Kubang Ulu, Bukit Mertajam semalam, beliau memberitahu wartawan Utusan Malaysia, ABDUL MUIN SAPIDIN mengenai peluang bekas rakan rapatnya itu pada pilihan raya tersebut.

Dulu Datuk rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun. Mengapa sekarang menentang perjuangan beliau?
NALLAKARUPPAN: Saya mengenali Anwar bukan sekejap tapi lebih 30 tahun. Saya menghormatinya bukan sahaja sebagai seorang sahabat tetapi seorang pemimpin. Malah, saya masuk penjara Sungai Buloh semata-mata mahu mempertahankan perjuangannya.
Tetapi melihat tindak-tanduknya sejak beberapa tahun lalu, saya dapati beliau bukan lagi seorang rakan dan pejuang negara yang pernah saya kenal. Beliau hanya mementingkan diri sendiri yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri.

Ada menganggap keputusan anda keluar daripada PKR kerana dipengaruhi pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar.
NALLAKARUPPAN: Seperti yang saya nyatakan, saya mengenali beliau cukup lama. Saya tidak berniat hendak menyerang peribadi beliau. Namun pendirian saya itu berubah setelah saya tidak tahan melihat rakyat terus tertipu dengan janji-janji kosongnya untuk memenuhi impian menjadi Perdana Menteri.

Sebenarnya, bukan mudah membuat keputusan keluar parti (PKR), tetapi saya fikir masak-masak bahawa saya mesti mempertahankan apa yang sepatutnya saya perjuangkan. PKR bukan berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk Anwar Ibrahim. Sebab itu ramai mengatakan beliau 'pelakon nombor satu'.

Kenapa anda berkata demikian?
NALLAKARUPPAN: Saya tahu benar bahawa beliau hanya berbohong kepada masyarakat semata-mata untuk mendapatkan undi mereka sahaja. Paling jelas bagaimana beliau mahu meraih sokongan masyarakat India. Sentimen yang Anwar buat ialah mencetuskan ketegangan sehinggalah wujudnya kumpulan yang menentang kerajaan seperti Hindraf. Anwar berlakon sebagai pejuang untuk rakyat.

Sejauh mana maklum balas daripada masyarakat India?
NALLAKARUPPAN: Orang India perlu fikir apakah sumbangan Anwar kepada masyarakat India terutama ketika beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Sekarang pula beliau bangga mendakwa beliau seperti Sivaji the boss kononnya mahu menyelamatkan orang India. Ini semua dilakukan untuk menarik sokongan orang India dan berharap dengan sokongan itu membantu beliau jadi Perdana Menteri. Tapi saya fikir lama kelamaan orang India akan sedar bahawa ini sekadar permainan politik Anwar.

Anwar nampaknya yakin akan menang dalam pilihan raya kecil ini dan mahu menjadikan kemenangan itu platform mengetuai kerajaan bulan depan. Benarkah?
NALLAKARUPPAN: Saya fikir rakyat Malaysia perlu membuat penilaian berdasarkan rekod perkhidmatan Anwar selama ini. Dalam semua ceramahnya, Anwar bercakap beliau mahu buat itu, buat ini untuk tarik sokongan. Kita yang dengar ceramah Anwar memang seronok, sedap mendengarnya. Tapi memanglah mudah bercakap kalau kita belum berkuasa.

------------------------------------------------------------------------------------------------
-putrimalaysia-

Kalau kawan yang dah 30 tahun berkawan pun tak percaya dengan DSAI apatah lagi kita yang belum kenal benar isi hati DSAI. Jadi berfikirlah dengan bijak sebelum membuat pilihan. Jangan menyesal kemudian hari.......
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, August 19, 2008

Merdeka dan Anwar....


Tinggal 12 hari saja lagi negara kita akan menyambut ulang tahun Kemerdekaan Negara ke-51. Dengan tema kemerdekaannya iaitu "Perpaduan Teras Kejayaan" amat berpadanan lah dengan Negara malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk serta berbilang kaum.

Perpaduan sebenarnya telah mula dipupuk sejak bermulanya zaman merdeka lagi. Tahun ini nampaknya sambutan meredeka tak se gah sebelum ini. Adakah semangat meredeka semakin luntur dikalangan rakyat Malaysia??? Atau adakah faktor ekonomi yang boleh dikatakan agak goyah berikutan harga minyak naik??? atau faktor kejohanan Olimpik Beijing???atau juga kerana pilihanraya kecil Permatang Pauh.??Tepuk dada tanya la hati...

Apa yang menarik perhatian putri DSAI nampaknya mengeksploitasi sepenuhnya bulan Kemerdekaan ini dengan membuat poster Kemerdekaan versi PKR yang menyatakan andainya mereka memilih DSAI dalam pilihanraya nanti rakyat akan Merdeka dari kesengsaraan hidup, merdeka dari penggangguran, jenayah dan rasuah dan Merdeka dari penindasan dan kezaliman. Macam kelakar pun ada juga. Rasanya apa yang dilaungkan hanyalah omong kosong saja.Selama ini pun negara kita aman dan damai.Erm...macam-macamlah modalnya kalau desperate nak menang sangat pilihanraya.

Tetapi, walau apapun sebenarnya faktor nya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia yang merdeka dan hidup di dalam aman damai....


-putrimalaysia-
MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA.....

Sokongan sama waktu dengannya...


Dipetik dari Agenda Daily
Oleh: HANAFIAH MAN

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini makin “syok” kerana mendapat sokongan bukan sahaja daripada para penyokongnya tetapi juga pemimpin luar negara.

Dalam ceramahnya pada malam selepas penamaan calon Sabtu lalu, Anwar secara terbuka memberitahu beliau mendapat sokongan daripada bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau lebih popular dengan panggilan Gus Dur dan dua bekas Presiden Filipina iaitu Joseph Estrada dan Corazon Aquino.

Malah bagi menunjukkan betapa hebat sokongan yang diterimanya, PKR menganjurkan sidang media khusus untuk Gus Dur di ibu pejabat parti itu dekat Petaling Jaya pagi Isnin.

Selain daripada menyatakan sokongan kepada Anwar, Gus Dur yang dikatakan mewakili jutaan anggota Nahdatul Ulama mendoakan kejayaan Anwar pada pilihan raya kecil berkenaan.

Beliau juga turut memberikan pandangan mengenai tindakan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan bersumpah tidak mengikut lunas Islam dan tidak pernah diamalkan di mana-mana.

Bagaimanapun seperkara yang perlu diberikan perhatian, mereka yang memberikan sokongan kepada Anwar dan mempertahankan Penasihat PKR itu perlu dilihat dahulu latar belakangnya.

Gus Dur jika dilihat daripada faktanya, dipecat daripada jawatan Presiden oleh Majlis Permesyuaratan (MPR) atau Parlimen Indonesia kerana diselubungi dengan pelbagai skandal termasuk penyalahgunaan kuasa, isu rasuah dan skandal seks.

Ekoran pemecatan tersebut, Naib Presidennya, Megawati Sukarnoputri telah mengambil alih jawatan Presiden.

Begitu juga dengan Estrada yang didakwa oleh Anwar memberikan sokongan kepadanya, dipecat daripada jawatan Presiden dan dipenjarakan oleh Mahkamah Filipina kerana menggelapkan wang negara.

Ini adalah fakta yang tidak boleh dipadamkan. Jangan disebabkan hanya kerana ingin membuktikan sokongan bertali arus diterima, Anwar perlulah terlebih dahulu melihat latar belakang orang yang memberikan sokongan.

Kecualilah, jika Anwar juga tergolong dalam kategori kedua-dua bekas Presiden negara jiran itu yang kewibawaannya boleh dipersoalkan dan tercemar.

Dalam konteks kenyataan Gus Dur yang menyatakan sumpah yang dibuat tidak mengikut lunas Islam, ia bercanggah dengan pandangan ulama tempatan yang menyatakan ia adalah selaras dengan syarak.

Antara mereka ialah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Abdul Majid Mohd. Noor. Malah daripada segi perundangan, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar mengesahkan sumpah Saiful itu mengikut lunas Islam dan mempunyai pemberat syarienya.

Senario ini memberikan kesimpulan, Anwar rupanya mendapat sokongan daripada mereka yang sewaktu dengannya.- 18/8/2008

Gus Dur bekas pemimpin yang tidak dapat sokongan

Petikan dari Utusan

JASIN 19 Ogos - Kenyataan bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau Gus Dur membela Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pandangan peribadi seorang pemimpin yang tidak mendapat sokongan di negaranya sendiri, kata Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

“Pandangan itu semata-mata penglahiran peribadi seorang bekas presiden Indonesia yang kita di Malaysia sudah maklum tentang pendirian dan reputasi beliau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis “Bicara Perpaduan Melayu” anjuran UMNO Bahagian Jasin di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Gus Dur di Kuala Lumpur semalam yang mempertikaikan sumpah al-Quran yang dibuat bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung dakwaan beliau (Saiful) diliwat oleh Anwar.

“Kita juga melihat kenyataan Gus Dur itu dalam konteks (yang) sama oleh pemimpin dan bekas pemimpin Amerika Syarikat yang memperdaya Anwar dalam percaturan politik antarabangsa,” kata Rais.

Terdahulu, dalam ucapannya Rais berkata struktur dalam Umno perlu berubah ke arah lebih demokratik dan membina kepada parti. - Bernama

CAMPUR TANGAN ASING PERLU DIAMBIL BERAT……

Kerajaan Malaysia amat mengambil berat percampuran kuasa asing dalam sistem perundangan Malaysia dan mencemari kedaulatan Negara. Malaysia juga membantah kenyataan yang dibuat oleh amerika Syarikat dan negara-negara asing yyang mana mereka telah mencampuri urusan Negara Malayasia yang bermakna memberi impak kepada imej Negara.

Penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di Malaysia adalah amat perlu ketika ini dan pihak yang bertanggungjawab nampaknya telah mengambil tindakan yang wajar berkenaan isu itu.

Semua Negara harus mengiktiraf dan menghormati perundangan dan pelembagaan sesebuah Negara lain dan tidak mencampuri serta hentikan sebarang kenyataan yang bermotifkan politik. Sistem perundangan dalam sesebuah Negara adalah hak milik mutlak Negara itu dan mereka tidak boleh masuk campur walaupun mereka adalah sebuah Negara besar.

Sistem sesebuah Negara haruslah diperbetulkan oleh Negara itu sendiri dengan kerjasama antara satu sama lain.


-putrimalaysia-

Malaysia bantah kongres anti-Islam di Jerman…..

Malaysia dengan setegasnya menyatakan bantahan terhadap persidangan anti-Islam yang akan diadakan di Jerman bulan depan pada 19 dan 20 September yang dianggap satu bentuk provokasi dan berniat jahat terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Perkara ini boleh membangkitkan kemarahan dunia Islam dan menyemarakkan sentiment anti-Islam serta kebencian perkauman hingga boleh membawa kepada keganasan.

Marilah kita sama-sama membantah persidanga anti-Islam ini kerana impaknya amatlah besar andainya ia berjaya dilakukan. Sama-sama kita pertahankan kedamaian dunia.

-Putrimalaysia-

Selamat Menjalankan Tugas Abang Polis

Lebih 30 disyaki belasah 2 jurufoto dikenalpasti oleh pihak polis dan gambar individu terbabit telah diedar kepada media untuk disiar.

Dalam masa yang sama pihak polis juga akan bertindak dengan lebih tegas dan menghentikan serta merta ceramah mana-mana parti politik yang diadakan tanpa permit.
Sejak penamaan calon polis mengesan 6 ceramah politik anjuran Pakatan rakyat yang diadakan tanpa permit.

Hai…macam-macamlah PR (pakatan rakyat) ni . Lepas satu, satu tindakan menyalahi undang-undang mereka buat. Tak selesai kes tambah lagi kes.Selain itu juga, pihak polis akan menambah anggotanya di Permatang Pauh untuk menjaga ketenteraman dan mengekalkan undang-undang sepanjang tempoh berkempen ni.

Biasalah.Kadang-kadang ada penyokong yang terlampau ‘emo’ dan fanatik dengan parti yang mereka sokong.

-putrimalaysia-
Selamat menjalankan tugas abang-abang Polis….

Monday, August 18, 2008

WE ARE PROUD OF YOU. CONGRATULATION....

PKR janji ambil tindakan tegas

Petikan dari Berita harian

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang membelasah dua jurugambar pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Sabtu lalu.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan untuk mendapatkan bukti pihak yang terbabit dalam insiden berkenaan.


putrimalaysia: jangan janji tinggal janji sudahlahh....