Tuesday, April 20, 2010

BUKTI ANWAR SUDAH HILANG SOKONGAN


MELAKA 19 April - Sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin merosot apabila ramai ahli dan pemimpin parti itu bertindak meninggalkan parti tersebut sejak kebelakangan ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, mereka bertindak demikian selepas merasakan perjuangan Anwar dalam PKR semata-mata hanya untuk kepentingan individu.

Menurutnya, niat sebenar Anwar itu terbukti selepas memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Ramai ahli PKR termasuk dari kalangan anak watan Hulu Selangor mahu menjadi calon tetapi mereka ditolak mentah- mentah oleh Anwar.

"Selain kecewa dengan pemilihan Zaid itu, mereka juga tidak nampak bekas Ahli Parlimen Kota Bharu tersebut sebagai pilihan yang baik untuk mewakili pakatan pembangkang di Hulu Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Kepimpinan anjuran kerajaan negeri dan Yayasan Pembangunan Insan di sini hari ini.

Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar dan lima anggota AMK Selangor mengumumkan keluar daripada PKR.

Hari ini pula, Datuk Dr. Halili Rahmat yang merupakan salah seorang pemimpin dan juga bekas doktor peribadi Anwar Ibrahim mengisytiharkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Dr. Halili, 58, yang turut bersama-sama Anwar mengasaskan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pada tahun 1999 mengambil keputusan itu selepas beliau mendapati PKR bukan lagi sebuah parti politik berasaskan perjuangan.

Mohd. Ali turut menafikan dakwaan Anwar kononnya senario yang melanda PKR itu disebabkan oleh tindakan provokasi daripada UMNO.

''Anwar kata banyak pemimpin dan ahli PKR keluar parti sebab UMNO jolok, tetapi kita tidak campur hal ehwal pembangkang.

''Kalau kita ada suruh pun mereka keluar parti, mungkin seorang atau dua yang terpengaruh tetapi ramai yang meninggalkan PKR bukan seorang dua, bilangan mereka terlalu ramai," katanya.

******************************************************************************

PUTRIMALAYSIA: SETIAP KALI AHLI PKR KELUAR DARIPADA PARTI , PASTI UMNO LAH YANG AKAN DIPERSALAHKAN...NAMUN SUDAH TERANG LAGI BERSULUH , SEBENARNYA SOKONGAN TERHADAP ANWAR SUDAH SEMAKIN HILANG....MEREKA TELAH SEDAR SEBENARNYA PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH ANWAR INI SEBENARNYA BERSIFAT DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN BUKANNYA PERJUANGAN PARTI SEPERTI APA YANG LANTANG DIPERKATAKANNYA..PUTRI HARAP RAMAI LAGI YANG AKAN KELUAR PARTI KELENTONG RAKYAT INI....

No comments: