Thursday, May 13, 2010

Zulkifli sedih Pas sekongkol dengan DAP


KUALA LUMPUR 12 Mei - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sedih dengan sikap Pas yang sanggup bersekongkol dengan DAP untuk terus mempermainkan isu kalimah Allah sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu walaupun larangan mengenainya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Menurut Zulkifli, beliau sedih kerana Pas yang dahulunya terkenal jelas memperjuangkan Islam dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan negara Islam, sanggup bersekongkol dengan DAP melibatkan perkara seperti itu.
"Sudahlah semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor calon yang pernah mempertikaikan pelaksanaan enakmen hudud, qisas dan takzir diberi sokongan penuh oleh kepimpinan Pas.
"Persoalannya, apa hendak jadi dengan Pas? Saya menyeru kepada ahli Pas di peringkat akar umbi, pendakwah dan pejuang Islam, ulama dan ilmuwan yang masih bersama Pas, marilah selamatkan Pas daripada terus hanyut dalam buaian mimpi yang akan menghancurkan parti itu," katanya.
-utusanonline-

Wednesday, May 12, 2010

61 ahli Pas Alor Setar keluar parti sertai UMNO

UTUSANONLINE

ALOR SETAR 11 Mei - Sehari selepas 1,700 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu bertindak keluar parti, kini tiba giliran ahli Pas pula berbuat demikian.

Kali ini, sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Menurutnya, pakatan pembangkang juga gagal mentadbir secara berkesan dan rakyat diperdayakan 'sindrom cukup makan' dengan kerajaan negeri tidak melaksanakan program pembangunan untuk rakyat.

"Kami disuruh menunggu buah yang tidak gugur tetapi masalahnya, sampai bila kena menunggu," ujarnya ketika berucap pada majlis tersebut.

Katanya, tindak tanduk pemimpin Pas juga tidak menggambarkan bahawa mereka adalah pejuang Islam seperti digembar-gemburkan selama ini.

Tambahnya, dia bahagia dan gembira dengan keputusan yang diambil itu meskipun sudah berpuluh tahun menjadi ahli Pas kerana tidak sanggup lagi terpedaya selain bersedia berjuang bersama UMNO bagi mempertahan dan membangunkan negara ini.

"Saya sudah lama mengikuti perkembangan UMNO walaupun sebelum ini saya anggap UMNO sebagai parti lawan yang perlu ditentang habis-habisan.

"Saya dapati pemimpin UMNO seperti Datuk Ahmad Bashah sebenarnya mudah didekati rakyat dan ia adalah faktor yang menimbulkan kesedaran di kalangan kami," ujarnya.

Tegasnya, beliau juga berbuat demikian tanpa sebarang paksaan atau kerana dijanjikan habuan, sebaliknya atas kesedaran selepas melihat sendiri tingkah laku para pemimpin Pas yang disifatkan sebagai 'cakap tak serupa bikin' dan suka bermuka-muka.

Sebagai contoh, katanya, para pemimpin Pas akan melawat ke kawasan yang ditimpa bencana seperti ribut dan akan berlagak seolah-olah prihatin dengan nasib malang yang menimpa mangsa.

Namun, tambahnya, selepas itu mangsa tidak pula dihulurkan sebarang bantuan dan mereka dibiarkan begitu saja.

"Dalam memberikan bantuan pula, mangsa akan dibezakan dengan fahaman politik sedangkan saya dapati BN tidak seperti itu, malah semua orang akan mendapat bantuan.

"Kami sudah hilang keyakinan dan kepercayaan kepada Pas dan selepas duduk berbincang dan memikirkan semasak-masaknya, dengan fikiran terbuka kami memohon untuk menyertai UMNO.

"Biar pun tindakan kami ini akan dihina oleh para pemimpin Pas, kami sudah bertekad untuk tidak berpatah balik," katanya sambil disahut tepukan gemuruh kira-kira 150 orang yang hadir pada majlis itu.

Kaji sejarah sebelum tuduh kerajaan kuku besi

KUALA LUMPUR 11 Mei - Parti pembangkang perlu mengkaji semula sejarah tanah air sebelum menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah kuku besi.

Saranan itu dikemukakan oleh ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyifatkan pembangkang sengaja melemparkan tohmahan itu untuk meraih simpati rakyat.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, sejak pilihan raya bandaran pada 1951, rakyat negara ini mula diberikan kebebasan untuk memilih pemerintah daripada parti-parti yang bertanding.

''Banyak calon bertanding pada setiap pilihan raya umum tetapi rakyat negara ini terus memberikan mandat kepada BN untuk memerintah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menolak dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Malaysia sebuah negara kuku besi kerana pembangkang tidak mampu membentuk sebuah kerajaan.

Ramlah berkata, peluang terbuka luas untuk mana-mana parti bertanding dalam pilihan raya dan ia jelas membuktikan kerajaan BN tidak pernah melanggar prinsip demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

''Kerajaan juga tidak pernah mewujudkan undang-undang untuk menyekat penubuhan mana-mana parti pembangkang,'' katanya.

Jelas Ramlah, parti pembangkang di negara ini bukan sahaja boleh terus berkembang tanpa sebarang gangguan, malah kepimpinannya juga diwarisi dalam sesebuah keluarga.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menjelaskan, demokrasi yang diamalkan oleh negara ini tidak mungkin akan diperoleh di negara-negara lain.

''Parti pembangkang sengaja mendakwa demikian kerana sehingga kini mereka masih gagal mendapat kepercayaan rakyat untuk menjadi pemerintah.

''Sebenarnya pemerintah negara bukan kuku besi tetapi 'terlampau' demokrasi kerana sanggup melayan tuntutan dua tiga orang sahaja atas alasan tidak puas hati di atas sesuatu perkara ,'' katanya.

Bagi Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Profesor Datuk Dr. Kamarudin Kachar, slogan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kerajaan begitu mengutamakan rakyat dan jauh sekali daripada bersikap kuku besi.

''Slogan ini sudah cukup tepat bahawa kerajaan bersedia untuk mendengar dan cuba menyelesaikan apa jua masalah rakyat,'' katanya.

Sehubungan itu Kamarudin berkata, tuduhan parti pembangkang bahawa pemerintah sekarang adalah kuku besi perlu ditolak sama sekali oleh rakyat.-utusanonline-

Tuesday, May 11, 2010

1,700 lagi ahli PKR keluar parti

Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim- Bandar Baharu hampir lumpuh apabila 1,700 ahlinya malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian besar daripada mereka merupakan masyarakat India yang menjadi ahli di cawangan Jalan Kattu Raja, Paya Besar, Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara, Taman Sunga Kob, Taman Ria dan Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai.

Cawangan-cawangan tersebut turut dibubarkan dan dua cawangan PKR dalam Parlimen Kulim- Bandar Baharu yang mengikut langkah sama ialah di Kampung Padang Buluh dan Ladang Dublin Pusat.

Seorang usahawan, R. Letchumanan, 60, yang mengetuai kumpulan terbabit berkata, keputusan membubarkan cawangan PKR dan jawatankuasa terbabit dibuat serta merta selepas mendapat mandat majoriti ahli yang tidak lagi percaya dengan perjuangan PKR .

Katanya, semua yang meninggalkan parti akan menyertai MIC dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN).

‘‘Kita sudah bosan dengan janji kosong pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang berlagak pandai dan cakap tak serupa bikin.

“Sudah dua tahun kami terpedaya, kini kami tak mahu lagi diabaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Kattu Raja, Jalan Paya Besar, dekat sini malam tadi.

*************************************************


1700 lagi ahli

1,700 lagi ahli PKR keluar parti

KULIM 10 Mei – Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim- Bandar Baharu hampir lumpuh apabila 1,700 ahlinya malam tadi mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian besar daripada mereka merupakan masyarakat India yang menjadi ahli di cawangan Jalan Kattu Raja, Paya Besar, Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara, Taman Sunga Kob, Taman Ria dan Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai.

Cawangan-cawangan tersebut turut dibubarkan dan dua cawangan PKR dalam Parlimen Kulim- Bandar Baharu yang mengikut langkah sama ialah di Kampung Padang Buluh dan Ladang Dublin Pusat.

Seorang usahawan, R. Letchumanan, 60, yang mengetuai kumpulan terbabit berkata, keputusan membubarkan cawangan PKR dan jawatankuasa terbabit dibuat serta merta selepas mendapat mandat majoriti ahli yang tidak lagi percaya dengan perjuangan PKR .

Katanya, semua yang meninggalkan parti akan menyertai MIC dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN).

‘‘Kita sudah bosan dengan janji kosong pemimpin PKR lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang berlagak pandai dan cakap tak serupa bikin.

“Sudah dua tahun kami terpedaya, kini kami tak mahu lagi diabaikan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Kattu Raja, Jalan Paya Besar, dekat sini malam tadi.

Monday, May 10, 2010

Imej PDRM perlu dibersihkan...

Pembangkang sengaja memburukkan imej PDRM dengan mengeluarkan kenyataan - kenyataan yang bersifat demikian dalam kebanyakan blog-blog nereka yang sempat putri baca.

Dalam isu terbaru pembangkang menggunakan isu kereta Ketua Polis Selangor dicuri sebagai kayu pengukur bahawa indeks jenayah di negara ini tidak menunjukkan penurunan seperti yang telah diumumkan.

Namun begitu satu kes seperti ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi menunjukkan indeks jenayah tidak berkurangan seperti yang dikatakan kerana ianya hanyalah satu kes jika dibandingkan dengan banyak lagi kes yang berjaya diselesaikan oleh pihak PDRM.
Pembangkang sekarang nampaknya banyak menghentam PDRM dengan timbulnya kes-kes seperti Aminulrashid dan beberapa kes lain.
Walau apa pun harus diingat, jika PDRM tidak menjaga keselamatan negara masakan negara kita amana seperti sekarang. Bukan mudah menjadikan negara bebas jenayah. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan. pembangkang tidak seharusnya menunding jari menyalahkan PDRM semata-mata. Buat keluarga arwah Aminulrashid, takziah diucapkan. Biarlah kes diselesaikan dahulu barulah boleh dibuat penilaian..

Tuduh UMNO Rasis : Tidak Berasas

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa , perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman rasis Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.
Beliau juga mendakwa UMNO mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyatSelain itu beliau juga mendakwa isu perkauman yang dimainkan oleh Umno kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.
UMNO rasis???? putri rasa dakwaan ini sangatlah tidak berasas. Agaknya pembangkang dah tak ada isu nk di sampaikan dalam ceramah kot. Itu yang keluar idea yang tak berasas ni. Selama Malaysia duduk dibawah pemerintahan kerajaan BN yang mana UMNO adalah salah satu parti dibawahnya selain MIC dan MCA rasa putri elok je. Aman damai. Sebenarnya Pakatan Rakyat sendirilah yang timbulkan isu perkauman dengan sengaja mengapi-apikan sesama kaum...tepuk dada tanya hati...

Monday, May 3, 2010

TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH...

TAHNIAH DIA ATAS KEMENANGAN BN DI HULU SELANGOR....

Sunday, April 25, 2010

SELAMAT MENGUNDI........

SELAMAT MENGUNDI KEPADA WARGA HULU SELANGOR..BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK.....

Saturday, April 24, 2010

INGKAR TITAH SULTAN...

Hassan Ali salah guna masjid

HULU SELANGOR 23 April - Keghairahan pembangkang menjadikan masjid sebagai medan berpolitik walaupun berulang kali ditegah pihak berkuasa menerima natijahnya hari ini.

Semuanya bermula apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang bertindak sebagai khatib semasa membaca 'khutbah' politik di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa terlupa membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang merupakan rukun khutbah solat Jumaat.

Akibatnya, kira-kira 3,000 jemaah yang hadir ke masjid itu bagi menunaikan solat Jumaat yang merupakan kewajipan bagi lelaki Islam bertukar kepada hanya sembahyang Zuhur sahaja kerana 'khatib' tidak menuruti rukun solat Jumaat.

Bagaimanapun, jemaah hanya bersembahyang dua rakaat sebagaimana solat Jumaat biasa.

Hassan dalam khutbah politiknya itu menyeru pengundi di Hulu Selangor supaya tidak mudah terkeliru dengan fahaman politik Barisan Nasional (BN) yang dakwanya cenderung menyokong kuasa Barat.

Dakwanya, banyak kesilapan dilakukan oleh kerajaan BN yang hanya bertindak mengejar keduniaan dan bukannya mengikut sunah Rasulullah.

"Rakyat kini berada di persimpangan jalan, mereka perlu memilih satu jalan selamat iaitu laluan hijau yang masih suci bersih.

"Manakala jalan membawa perubahan sejak 52 tahun kemerdekaan negara perlu ditinggalkan demi mendapat keberkatan Allah kepada umatnya.

"Kemajuan pembangunan di bawah Kerajaan Pusat hanya mengundang bala dan maksiat besar termasuk peningkatan kadar anak luar nikah," katanya di sini hari ini.

Tambah Hassan, pengundi perlu memilih barisan kepimpinan Pas yang dakwanya diberkati Allah dan perlu menolak jalan berliku yang penuh noda serta dosa di bawah kepimpinan Kerajaan Pusat.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masjid dan surau di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik.

Baginda juga melarang institusi tersebut dijadikan tempat bagi mengadakan demonstrasi negatif.

Menurut baginda, masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat, serta mengeratkan silaturahim dan bukannya berpolitik.

Sementara itu, Dewan Muslimat Pas turut mengambil peluang menyebarkan pelbagai risalah dan video cekera padat (VCD) yang kononnya didakwa sebagai fatwa tokoh ulama terkemuka, Dr. Yusuf Al-Qaradawi di masjid yang sama.

Semua risalah itu diselit di cermin kereta para jemaah sama ada yang diletakkan di dalam pekarangan masjid mahu pun di luar masjid.

PutriMalaysia: bila dah terdesak sanggup lingkar titah sultan....apa nak jadi dengan pembangkang ni...

PRK HS: TDM kata jangan pilih orang mabuk

YBK SAMAN MB SELANGOR...

YBK tuntut ganti rugi Khalid, Exco kerana fitnah

2010/04/24

Plaintif dakwa MB Selangor buat tuduhan dalam akhbar

SHAH ALAM: Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) memfailkan saman ganti rugi yang tidak dinilaikan, terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan seorang Exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam, kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu kenyataan media pada Februari lalu.
Menurut writ saman yang difailkan tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua, YBK adalah plaintif pertama, manakala Permodalan YBK Sdn Bhd dan pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom adalah plaintif kedua dan ketiga. Saman yang difailkan itu adalah tindakan mahkamah yang ketiga difailkan YBK terhadap kerajaan Selangor.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif antara lain mendakwa Abdul Khalid dan Yaakob membuat kenyataan berunsur fitnah antaranya aset YBK bernilai RM100 juta dicagar kepada bank dan YBK digunakan untuk kepentingan peribadi.

Plaintif mendakwa, satu laporan akhbar Suara Keadilan edisi 2, melaporkan kenyataan media yang dibuat defendan pertama, Abdul Khalid pada 24 Februari 2010, bertajuk 'Maklumat Terbaharu Mengenai YBK' yang antara lain menyatakan pada 8 Mac 1995, kerajaan negeri terdahulu meluluskan tanah seluas 2,165 ekar kepada plaintif kedua dan melantik dua pemaju, Shah Alam Properties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd, untuk memajukan tanah berkenaan.

Kenyataan akhbar itu juga mendakwa, data terkini yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan PYBK bukan dimiliki sepenuhnya plaintif pertama dan plaintif pertama hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK (plaintif kedua).
Kenyataan akhbar itu juga menyebut saham lain dimiliki Prihatin Ehsan Sdn Bhd (6,200 unit saham) dan Fajar Synergy Sdn Bhd (6,250 unit saham) dan mendakwa plaintif ketiga sebagai salah seorang pengarah Prihatin Ehsan Holding.

Ia juga menyebut Pengarah PYBK adalah seorang bernama Kamarudin Ahmad dan plaintif ketiga serta seorang lagi individu yang bernama Mohd Tamin Mohd Yusof, selain PYBK membuat gadaian tanah kepada bank yang bernilai RM100juta.

********************************************************************************

KEMBALIKAN SELANGOR KEPADA BN......


  • 363 BEKAS PENEROKA FELDA SUNGAI BUAYA TERIMA PAMPASAN RM50,000 SELEPAS 15 TAHUN
  • PERSIMPANGAN BERTINGKAT SUNGAI BUAYA RM85JUTA DI LEBUH RAYA UTARA-SELATAN DIBINA TAHUN DEPAN.
  • HULU SELANGOR DAERAH PERTAMA E-KIOSK.
UNDILAH BN DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA...KEMBALIKAN SELANGOR KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL. PENDUDUK HULU SELANGOR PERLU BUAT PERUBAHAN DENGAN MEMENANGKAN CALON BN .P.KAMALANATHAN....BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK....

BILA DAH TERDESAK SANGGUP MENIPU......

KAIN rentang yang dipasang di pekan Kuala Kubu Bharu kononnya akan diadakan debat perdana antara Najib  dan Anwar  di Stadium Kuala Kubu Bharu, malam ini.

KAIN rentang yang dipasang di pekan Kuala Kubu Bharu kononnya akan diadakan debat perdana antara Najib dan Anwar di Stadium Kuala Kubu Bharu, malam ini.

KUALA KUBU BHARU: Pembangkang yang ketandusan isu untuk dijaja pada saat akhir pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, esok memasang kain rentang kononnya ada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.

Tindakan itu adalah taktik jahat pembangkang yang mahu mengadakan cerita kononnya Perdana Menteri tidak sanggup untuk berdebat dengan Anwar.-BHARIAN.COM

PUTRIMALAYSIA: KALAU DAH TERDESAK...MENIPU PUN DIA SANGGUP......

KERAJAAN BN ADIL.......

HULU SELANGOR, 24 April (Bernama) -- Keputusan Dewan Rakyat untuk merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan mengelirukan berhubung konsep 1Malaysia dan Apco Worldwide membuktikan Barisan Nasional (BN) sentiasa bersikap adil walaupun dengan pembangkang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN boleh menggunakan kuasa majoriti di Dewan Rakyat dengan terus menghukum dan menggantung keanggotaan Anwar, tetapi BN mengambil jalan untuk memberi peluang kepada anggota Parlimen Permatang Pauh itu untuk membela diri.

"Kalau kita (BN) gunakan kepada kuasa majoriti, kita boleh terus hukumkan dia dan gantung keanggotaannya, tetapi kita tak (guna) jalan tersebut sebaliknya kita beri peluang untuk dia membela diri, mengeluarkan sebarang hujah dan selepas itu dia akan ditentukan dan diadili oleh jawatankuasa berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sarapan 1Malaysia di padang Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang di sini pada Sabtu.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, timbalannya Heng Seai Kie, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan calon BN bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan dan isterinya S.Shobana.

Pada Khamis lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang mengaitkan dasar gagasan 1Malaysia dengan Apco Worldwide, sebuah syarikat perhubungan awam dan strategi yang didakwanya mempunyai kaitan dengan Israel.

Najib berkata beliau percaya bahawa jawatankuasa itu akan meneliti secara mendalam mengenai dakwaan Anwar itu.

"Tentu sekali apa yang didakwa itu dianggap sebagai amat serius dan tiada asas serta bukti yang telah dikemukakan dalam hujah-hujahnya. Parlimen berpendapat dia patut dirujuk dalam jawatankuasa berkenaan.

"Saya percaya jawatankuasa berkenaan akan meneliti secara lebih mendalam," katanya.

-- BERNAMA

UNDILAH P.KAMALANATHAN.....



KEPADA SEMUA PENGUNDI-PENGUNDI HULU SELANGOR....MARILAH TURUN BERAMAI-RAMAI PADA HARI MENGUNDI..KERANA UNDI ANDA ADALAH AMAT PENTING DEMI MASA DEPAN HULU SELANGOR......UNDILAH CALON YANG BETUL..KERANA IA PENENTU MASA DEPAN ANDA...UNDILAH BN...


Friday, April 23, 2010

Kenapa Perlu Pangkah BN di Hulu Selangor?

dipetik dari : ghostWRITER ,April 23, 2010

MENGAPA PERLU MEMILIH P.KAMALANATHAN?
  1. Kamalanathan adalah pilihan terbaik kerana beliau adalah anak tempatan.
  2. Beliau lahir di Sungai Choh, Hulu Selangor yang termasuk dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor. Hakikatnya beliau adalah anak jati Hulu Selangor.
  3. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan sering menjadi ahli panel program-program berbentuk diskusi di RTM/ASTRO Awani.
  4. Calon muda yang berusia 44 tahun.
  5. Berkelulusan dari Edith Cowan University, Australia dalam bidang Komunikasi Massa, Perhubungan Awam.
  6. Menyertai politik sejak berusia 18 tahun dengan jawatan terkini sebagai Ketua Penerangan MIC Pusat.
  7. Mempunyai ramai kenalan dalam komuniti belia yang meliputi pelbagai kaum.
  8. Fasih dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Tamil dan Inggeris.
  9. Seorang pengamal Perhubungan Awam yang mudah mesra, merendah diri serta mudah mendekati masyarakat pelbagai kaum serta mempunyai hubungan baik dengan semua pemimpin tempatan termasuk UMNO, MCA serta parti-parti komponen yang lain.

KILANG FITNAH 24 JAM

Timbalan Perdana Menteri berkata,"dalam tempoh 24 jam di hujung kempen pembangkang akan menggunakan taktik tersebut dalam fasa terakhir tempoh berkempen menjelang hari pengundian PRK Hulu Selangor".Beliau juga berkata perkara ini telah dijangkakan kerana pembagkang kini nampaknya tidak dapat memberikan penjelasan yang berbentuk "bertahan" terhadap perkara-perkara dan iau pokok yang ditimbulkan semasa berkempen. " Apa yang mereka buat hanyalah memutar fakta, sebar luas fitnah untuk memburuk-burukkan BN.-sinarharian-

Putri amat positif pendekatan ini yang akan digunakan oleh pembangkang dan amat bersetuju dengan pendapat beliau. Ini kerana sekarang pun mereka menjalankan kempen bersifat demikian rupa kerana nampaknya mereka sendiri tidak yakin yang mereka mampu mempertahankan kerusi mereka di Hulu Selangor setelah calon mereka sendiri tidak mendapat sokongan setelah ramai ahli dan juga orang yang berpengaruh keluar daripada PKR kerana tidak bersetuju dengan calon pilihan mereka serta tidak yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh Anwar sendiri yang dilihat bersifat untuk kepentingan beliau sendiri dan bukannya untuk parti.....

Pas akui slogan, logo Pas For All hampir sama Israel 4 All

Pas akui slogan, logo Pas For All hampir sama Israel 4 All

KUALA LUMPUR 22 April - Pas mengakui slogan dan logo Pas For All yang diperkenalkan pada 2007 sebagai platform politik kepada semua rakyat Malaysia hampir menyamai slogan dan lambang Israel 4 All. -utusanonline-

putrimalaysia: sebelum ini pembangkang menyatakan 1Malaysia meniru konsep 1 Israel..akhirnya batang idung mereka terkena sendiri dan mereka sendiri dengan secara relanya mengakui slogan, logo PAS For all hampir sama dengan Israel 4 All. "Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih".hahahah..macam-macamlah pembangkang nih...

ANWAR DIRUJUK JAWATANKUASA HAK

http://www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 April - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk menghadapkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan yang mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan sebuah syarikat perhubungan awam yang didakwanya mempunyai kaitan dengan Israel.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee memutuskan demikian secara undian suara setelah ahli-ahli Parlimen pembangkang berkeras enggan mendengar penggulungan usul itu yang sepatutnya dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, sebaliknya mendesak agar ia ditarik balik.

Semasa pengundian suara dibuat, ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar beramai-ramai daripada Dewan Rakyat kerana tidak berpuas hati dengan usul berkenaan yang didakwa mereka sebagai cacat dan melanggar peraturan mesyuarat.

Percubaan mempertikaikan usul itu sudah dibuat pada permulaan sidang Dewan pagi ini semasa Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengendalikan sidang.

Ia terus dilakukan sebelum Dewan berhenti rehat semasa Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengendalikan persidangan.

Namun, percubaan kali ketiga pembangkang semasa persidangan disambung semula pada sesi sebelah petang tetap tidak berjaya sehingga menyebabkan mereka memutuskan untuk keluar daripada Dewan dan tidak mengambil bahagian dalam pengundian.

Pada sesi sebelah pagi sebelum perbahasan usul itu dimulakan, Datuk Kamarudin Jaffar (Pas-Tumpat) bangkit mendakwa usul itu telah menghina Dewan Rakyat dan mencabuli hak jawatankuasa berkenaan.

Beliau menyifatkan usul itu sebagai cacat dengan mengatakan ia bertujuan memohon jawatankuasa itu menentukan bentuk hukuman dan bukannya untuk menyiasat sama ada Anwar bersalah atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Pandikar Amin menolaknya sambil membacakan Peraturan Mesyuarat 43 dengan menegaskan bahawa usul berkenaan tidak cacat, malah ia adalah teratur dan menepati peraturan mesyuarat.

''Keputusan ini adalah muktamad, sesiapa yang mempertikaikan akan diperintah untuk berehat seketika," katanya.

Usul yang dibawa oleh Mohamed Nazri ialah seperti berikut:

''Bahawa pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan kenyataan '1999 Satu Israel. 2009 Apco menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib 1Malaysia'.

"Bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada dewan ini.

''Maka inilah dipersetujui bahawa Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan kenakan ke atas Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh".

Seramai empat wakil masing-masing daripada parti pembangkang dan kerajaan membahaskan usul itu dengan tempoh 15 minit.

Ahli parlimen daripada BN ialah Datuk Nur Jazlan Mohamad (Pulai), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Kota Belud), Khairy Jamaluddin (Rembau) dan Mohamed Nazri manakala daripada pembangkang ialah Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur), Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) dan Anwar sendiri.

Sementara itu, Anwar bersedia dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mempertahankan kenyataannya berhubung dakwaan kaitan gagasan 1Malaysia dengan firma perunding asing, Apco Worldwide dan kerajaan Israel.

Katanya, beliau akan berbincang dengan wakil pembangkang yang menganggotai jawatankuasa itu selain menyediakan dokumen dan bukti-bukti untuk dikemukakan pada siasatan itu nanti.

''Saya akan hadir ke jawatankuasa itu tetapi dengan bantahan keras dan bukti-bukti saya," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

******************************************************************

PutriMalaysia: ANWAR : Pandai cakap pandaila tanggung...

Upacara Penyucian dosa di Ulu Bernam. : ڤوساك ايهندا

Upacara Penyucian dosa di Ulu Bernam. : ڤوساك ايهندا

YAKINI BN - SAYANGI SELANGOR....


Tinggal 2 hari sahaja lagi untuk pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor keluar menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Ketika ini lah kewarasan amat penting kerana jika pengundi-pengundi Hulu Selangor tidak waras maka keputusannya wakil yang akan wakili mereka juga tidak waras...oleh itu semua pengundi-pengundi di Hulu Selangor di seru agar memilih calon BARISAN NASIONAL P.Kamalanathan bagi memastikan nasib anda dan anak-anak terbela. Jangan tersalah pilih kerana jika tersalah pilih buruk padahnya. Mahukah anda memilih Kaki Arak dan Kaki Judi untuk menjadi wakil anda?..fikirlah sebaik-baiknya kerana ia penentu masa depan anda...

PKR RAIH SOKONGAN ORANG ASLI...


RASANYA INI PERTAMA KALI DALAM SEJARAH KEMPEN PKR MERAIH UNDI DARIPADA ORANG ASLI. SELAMA INI BN SAHAJALAH YANG MEMBELA KAUM INI.NAMPAK SANGAT PUAK-PUAK INI SEMAKIN TERDESAK MENDAPATKAN SOKONGAN DALAM MEMPERTAHANKAN KERUSI PARLIMEN HULU SELANGOR .SABAN HARI ADA SAHAJA YANG KELUAR DARIPADA PARTI KIAN RAPUH INI. HANYA TUNGGU MASA SAJA UNTUK BERKUBUR......SAMA-SAMA KITA NANTIKAN....

Thursday, April 22, 2010

PAS ambil alih jentera pembangkang


  • Dalam keadaan tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tidak sampai lima hari sahaja lagi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dilanda kemelut.
  • Terbaru, difahamkan jentera pilihan rayanya lumpuh berikutan kemelut dalaman yang melanda parti itu.
  • Jentera pilihan raya Pas yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa mengambil alih operasi bagi membantu calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim setelah PKR mendapati jentera yang telah dipilih tidak bergerak sepenuhnya sejak hari penamaan calon Sabtu lalu...
  • Perkara ini seperti telah dapat dijangkakan namun PAS nampaknya seperti menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR. Bila dah timbul masalah begini barulah mintak pertolongan PAS. Semasa mereka mahu memilih calon kenapa pandangan PAS tidak di ambil kira...

sumber: http://www.utusan.com.my





ANCAMAN PEMBANGKANG: "KALAU PASANG BENDERA BN BANTUAN ZAKAT KAMI HEMTIKAN..."

SAMPAI KENA ANCAM...CAMNE NAK SELAMATKAN MALAYSIA KALAU MEREKA SENDIRI YANG MEMBERI ANCAMAN KEPADA NEGARA.

LAGI 300 KELUAR PARTI...


  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor kehilangan seorang lagi pemimpin apabila Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Klang, M. Palanibalakumar hari ini mengumumkan keluar parti.
  • 300 ahli PKR Cabang Klang, majoritinya di Jalan Ke
  • Mereka mengambil keputusan itu kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR serta rasa tertipu dan dipergunakan oleh pemimpin parti itu semasa pilihan raya umum lalu.

"Setelah dua tahun PRU-12, kami masih hidup susah, tidak ada kerja manakala ibu tunggal dan anak-anak yatim tidak pernah diberi perhatian oleh PKR.

"Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Exco yang menjaga kebajikan kaum India, Xavier Jayakumar hanya datang menjenguk bila ada perayaan dan semasa kempen pilihan raya sahaja tetapi selepas itu kami terus diabaikan.

"Kami tidak mahu terus ditipu dan hari ini kami mengambil keputusan keluar parti serta-merta dan menyertai MIC," katanya kepada pemberita di Jalan Kem, Pelabuhan Klang di sini malam ini.

*********************************

WAH...PAKAT RAMAI2 KELUAR PARTI PAKATAN RAKYAT....NANTIKAN LEPAS NI SIAPA PULAK YANG AKAN KELUAR...

Pemimpin Pas tak kisah Zaid miliki kuda lumba

Pemimpin Pas tak kisah Zaid miliki kuda lumba

KUALA LUMPUR 21 April - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim tidak melakukan sebarang kesalahan dengan mengakui memiliki seekor kuda lumba.

Jelas Mahfuz, memiliki kuda merupakan satu perkara biasa buat mereka yang berkemampuan.

Katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga memiliki seekor kuda.

Walaupun Zaid mengakui memiliki seekor kuda lumba ketika ditemui pemberita selepas sesi ceramah di Ampang Pecah, Hulu Selangor semalam, Mahfuz dilihat mengeluarkan kenyataan selamat dengan hanya merujuk 'kuda', bukannya 'kuda lumba'.

"Apa masalahnya memiliki kuda? Rasulullah SAW sendiri juga pernah menunggang kuda sebagai satu aktiviti riadah baginda.

"Yang menjadi persoalan ialah apakah tujuan penggunaan kuda itu?" katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 di sini hari ini.

Zaid yang menjadi sasaran para penulis blog dengan dilabel sebagai kaki judi selama ini telah mengakui bahawa beliau memang memiliki seekor kuda lumba, namun mendakwa tidak pernah bertaruh dalam perlumbaan kuda.

Baru-baru ini, laman blog Pisau.net mendakwa Zaid memiliki seekor kuda lumba yang diberi nama 'Kelantan' dan semua maklumat terperinci mengenai aktiviti lumba kuda Zaid boleh diperoleh di laman web www.BloodHorse.com, www.stephengray racing.com dan www.stallions.com.au.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, sebagai seorang manusia, Zaid juga tidak lari daripada masalah peribadi dan melakukan kesilapan.

"Ini bukannya isu. Beliau (Zaid) harus diberi peluang kerana apa yang lepas itu sudah berlalu dan beliau mengakui sudah bertaubat atas perbuatannya selama ini," tegasnya.

************************************************************************************

PUTRI BERANI KERAT JARI, KALAU LAH ISU ARAK DAN KUDA LUMBA INI MELIBATKAN PEMIMPIN BN, MESTI LAGI DASYAT PEMBANGKANG HENTAM....PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI ISLAM NAMPAKNYA SEPERTI "BUAT-BUAT TAK NAMPAK" APA YANG BERLAKU...POLITIK PUNYA PASAL,SEMUA PUN BOLEH LA.....MUNGKIN ITU KATA PAS...LOGIK KE ADA KUDA LUMBA TAPI TAK GUNAKAN UNTUK BERJUDI.....RASA MACAM TAK PERCAYA JE..TAKKAN LA SAJE SUKE2 ADA KUDA LAK...HEHEH....PELIK BIN AJAIB.....APE-APE PUN KITA SAMA-SAMA LA PIKIRKAN...

CARTA PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI....



CARTA TERBARU PARTI KELUAR RAMAI-RAMAI...

Wednesday, April 21, 2010

CERITANYA.....7



PKR : JUMUD + BERSANDARKAN KEPADA PENAFIAN + SLOGAN+ FITNAH+ KUTUKAN
=
TERKUBUR......

ISU YANG PERLU DIFAHAMI....

PRK HS: Isu-isu yang perlu difahami

dipetik dari http://theunspinners.blogspot.com

The Unspinners menerima SMS ini dari kawan-kawan. Dipercayai ianya datang dari YB Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO. Terima kasih kepada kawan-kawan dan Ketua Penerangan UMNO untuk maklumat ini.

Isu-isu ini perlu ditulis dan dihebahkan oleh para pengusaha blog, penceramah dan pekerja kempen. Sebarang kesilapan dalam pengunaan bahasa adalah tanggungjawab kami.

  1. Kejayaan Perdana Menteri mengilhamkan 1 Malaysia sebagai gagasan negara dicemburui Pembangkang lantas ditohmah macam-macam oleh mereka. 1 Malaysia tidak sama dengan mana-mana konsep negara lain sebab ada dua tema iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” berserta dengan dua lagi aspek iaitu Perpaduan dan juga Lapan Nilai Aspirasi.



  2. Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Program atau GTP) adalah untuk manfa’at rakyat tanpa mengira kaum dari segi pendidikan, prasarana asas, kualiti hidup, pengangkutan bandar, banteras jenayah & rasuah (6 NKRA)

  3. Model Ekonomi Baru (NEM) yang telah dilancar oleh Perdana Menteri berusaha tingkatkan pendapatan rakyat dari purata RM24 ribu kepada RM49 ribu setahun pada 2020 serta mengangkat negara agar berpendapatan tinggi. Pembangkang tidak boleh sokong idea ini sebab mereka sendiri bangkrap idea lain.



  4. PKR sekarang makin tidak dipercayai oleh pemimpin mereka sendiri. Sehingga sekarang sudah sembilan (9) orang YB mereka keluar parti menjadi Bebas iaitu 2 ADUN Kedah, 1 ADUN Selangor, 2 ADUN Perak dan 4 Ahli Parlimen. Mungkin ada lagi yang akan menyusul. Apakah PKR maksudnya Parti Kian Rebah?

  5. Pembangkang hanya menumpang pembangunan yang dibina oleh BN di negeri-negeri yang mereka perintah. Tiada pembaharuan ketara yang dibuat. Di Hulu Selangor segala kilang seperti Perodua, Tan Chong, kawasan perindustrian Rasa, MIEL Batang Kali, Jenjarum, Bukit Beruntung yang memberi berpuluh ribu peluang kerja untuk anak-anak dibina oleh BN. 50 sekolah rendah, 16 sekolah menengah, prasarana, hospital, klinik, masjid, bandar-bandar baru seperti Batang Kali, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Sg Buaya semuanya dibina oleh kerajaan BN.

  6. Khalid Ibrahim rampas UiTM daripada dibina di Serendah dan merampas peluang pembangunan dan pekerjaan jika UiTM dibina di situ. Tindakan Khalid juga merampas peluang Yayasan Basmi Kemiskinan untuk meningkatkan lagi kerja kebajikan yang dirancang. Sebaliknya Perdana Menteri janji jika negeri Selangor ini ditawan semula oleh BN, maka UiTM akan dibina semula di Serendah.

  7. Selangor cacamerba di bawah pembangkang. Jawatankuasa tender tak telus, pelaburan lembab, rumah urut dan penjualan arak bertambah didalangi Ronnie Liu. Exco lain bergaduh dgn Exco Hasan Ali, isu ladang babi, isu pindah kuil dan banyak lagi isu menjadi-jadi. Kerajaan Negeri janji jualan pasir akan mendapat hasil RM150 juta tapi yang dapat cuma RM5 juta. YB Khalid Samat dan YB Zulkifli Nordin bertelagah berkenaan kalimah Allah, ahli Exco Elizabeth Wong berbogel menjadi tatapan umum, UniSEL makin kurang pelajar, manifesto pilihanraya mereka tidak ditunai seperti dijanji, mereka janji nak turun cukai pintu 20% tidak jadi, RM1000 untuk anak masuk University pun tak jadi, juga tabung warga emas dan macam-macam lagi semuanya gagal. Khalid hanya jadi boneka jahat DAP.

  8. Kes Anwar & Saiful tiada kaitan dengan kerajaan atau BN. Yang membawa kes ialah Saiful yang telah berani bersumpah di Masjid Wilayah, disaksi oleh bapa sendiri, rela dilaknat Allah swt, dunia & akhirat jika pengakuan dia diliwat Anwar tidak betul.

  9. Pendedahan oleh YB Dato Seri Zaharin, kawan Anwar selama 30 tahun bahawa cubaan (palsu) rampasan kuasa 16 Sept 2008 adalah usaha jahat pembangkang untuk menjatuhkan negara ini dengan salah guna nama Agong / Panglima Angkatan Tentera, juga penipuan kononnya ada 30 MP lompat semuanya palsu.

  10. Pembangkang guna fitnah diakui sendiri oleh YB Zulkifli Nordin yang dia diminta membuat sumpah palsu untuk kaitkan Perdana Menteri dengan Altantuya. Ezam akui dia tersilap menyokong Anwar. Fairus bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang akui agenda Bumiputera Pulau Pinang telah diketepikan. Anuar Shaari bekas SUS Anwar pula membuat kenyataan bahawa Mohd Azmin Ali kaya raya memegang saham syarikat tertentu.

  11. APCO bukan syarikat milik Israel atau Yahudi. APCO ada 51 orang penasihat antarabangsa dari pelbagai negara. Pejabat APCO berada di 29 negara, berpusat di USA dan bukan di Israel. Mereka pakar perunding komunikasi antarabangsa dan bukan penasihat dasar negara Malaysia. Anwar akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen sebab berbohong di Dewan Rakyat dengan mengatakan APCO nasihat Ehud Barak & kaitkannya dengan 1 Malaysia.

  12. Zaid Ibrahim seorang yang tidak setia kepada parti, dia menolak DEB, pernah saman PAS sebab PAS hendak laksana Hudud (tapi sekarang rela duduk semeja dengan Pas), pembinaan bangunan UMNO atas tanah UMNO menjadi isu yang melibatkan Zaid dan banyak perkara lagi.

  13. P Kamalanathan 44 tahun ialah Ketua Penerangan MIC Malaysia. Beliau kelulusan daripada Edith Cowan University, Australia dan menjadi anak tempatan dari Rawang. Kamalanathan sangat hampir dengan penduduk Hulu Selangor, mempunyai masa dan tenaga untuk rakyat, fasih berbahasa Melayu, rajin turun padang dan boleh menjadi Ahli Parlimen yang komited untuk semua kaum.

  14. BN adil kepada semua. Buktinya 53% pengundi Melayu di Hulu Selangor mendapat 50% daripada Wakil Rakyat (2 ADUN daripada 4 YB), 26% pengundi Cina dapat 25% wakil rakyat (1 ADUN daripada 4YB). Oleh itu memang wajar 19.3% pengundi India diberi 1 kerusi Parlimen di Hulu Selangor.
Salam perjuangan dari Hulu Selangor








Datuk Ahmad Maslan.

KOMEN: Sudah cukup2 cerita botol, kuda dan casino. Mari kita semua main dan bincangkan isu.

SELAMATKAN MALAYSIA???????


SELAMATKAN MALAYSIA????? TAK CUKUP AMANKAH MALAYSIA NI???KITA NI SEDANG BEPERANG KE???APA YANG NAK DISELAMATKAN????

PELIK DAN AJAIB PUTRI RASA...SIAPA YANG NAK KENA SELAMATKAN SIAPA?SIAPA YANG PERLU DISELAMATKAN?SELAMATKAN DARIPADA APA?MACAM-MACAM PERSOLAN YANG TERSARANG DALAM MINDA PUTRI NI....HEHEHHE...SEPATUTNYA SELAMATKAN KAMI DARIPADA PAKATAN KIAN RAPUH.......BARULAH BETUL.....PK PK LAH....

UNDILAH BN UNTUK KESEJAHTERAAN .........



KEMPEN PKR

VS
KEMPEN BN







HARI INI MASUK HARI KELIMA HARI BERKEMPEN DI PRK HULU SELANGOR. PERANG POSTER ANTARA PKR DAN BN NAMPAKNYA SEMAKIN HANGAT...KALAU DIPERHATIKAN RATA-RATA PENDEKATAN BN NAMPAKNYA TIDAK TERLALU EKTREME SEPERTI PEMBANGKANG YANG MANA BANYAK MENGGUNAKAN PENDEKATAN LEBIH EKSTREME...

"EKSTREME"NYA POSTER PEMBANGKANG..SE"EKSTREME" ITU JUGALAH PERANGAI-PERANGAI PUAK-PUAK PEMBANGKANG INI MENJALANKAN KEMPEN MEREKA. GANAS DAN BERBAUR FITNAH SERTA NAMPAKNYA HANYA JAGA ANWAR SAJA...

SYABAS KEPADA BN KERANA MASIH LAGI MENGEKALKAN ADAB WALAUPUN DALAM PERJUANGAN..BUKAN MACAM PEMBANGKANG YANG ADAPNYA ENTAH KEMANA...

KEPADA SEMUA PENGUNDI HULU SELANGOR,BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK ANDA......



PANDANGAN TUN M.TERHADAP ANWAR...

Orang semakin sedar siapa Anwar

KUALA LUMPUR 20 April - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, para pemimpin yang mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin menyedari dan memahami peribadi sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Jika 'dibaca' dari luar, kata bekas Perdana Menteri itu, mereka tidak mengenali siapa Anwar tetapi apabila mendekatinya baru mereka tahu siapa sebenarnya beliau.

Katanya, Anwar bukan seorang yang ikhlas kerana kadang kala beliau membuat perkara yang tidak secocok dengan dakwaannya.

"Proses untuk menyedari siapa Anwar akan mengambil masa yang lama sebagai contoh, Dr. Chandra Muzaffar ialah pengikut kuat Anwar satu masa dahulu tetapi bertindak keluar daripada PKR.

"Kini Anwar menyaman Chandra berjuta-juta ringgit sementara salah seorang peguamnya, Zainur Zakaria juga telah bertindak meninggalkan Anwar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada Multaqa Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad Bersama Guru-guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran dan Warga Perkim Peringkat Zon Tengah.

Dr. Mahathir mengulas tindakan bekas doktor peribadi Anwar, Datuk Dr. Halili Rahmat yang juga pengasas PKR mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO semalam.

Beliau juga mempersoalkan perjuangan sebenar Anwar sama ada berjuang untuk negara atau untuk menjadi Perdana Menteri.

Ditanya mengenai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim yang ditohmahkan sebagai peminum arak, Dr. Mahathir berkata, terpulang kepada penilaian pengundi terhadapnya.

"Saya dahulu kena macam-macam, kononnya saya ada seorang isteri di Singapura dan itulah orang politik dan orang yang mendengar itu perlu membuat penilaian sendiri," ujarnya.

Mengenai dakwaan MIC hanya boneka kepada UMNO, Dr. Mahathir berkata, jika begitu keadaannya, sudah pasti Presiden parti itu, Datuk Seri S. Samy Vellu telah lama meninggalkan Barisan Nasional.

http://www.utusan.com.my

SELEPAS MENGAKU MINUM SEKARANG KUDA PULA.......

"TAK PAYAH SUSAH-SUSAH NAK CARIK BUKTI, SEMUA AKAN SAYA BONGKAR SENDIRI"...MUNGKIN ITULAH PERKATAAN YANG LAHIR DARI MULUT CALON PRK HULU SELANGOR. SETELAH MEMBUAT KENYATAAN BAHAWA BELIAU MINUM ARAK, HARI INI BELIAU SENDIRI TELAH MENGAKU BAHAWA BELIAU BERJUDI .....MUNGKIN LEPAS NI ADA LAGI PENDEDAHAN YANG DIBUAT BELIAU SENDIRI....KITA NANTIKAN....DAN MASIHKAH ADA SOKONGAN BAGI "FREETHINKER" INI?...KITA SAMA-SAMA TUNGGU....HANYA YANG BIJAK DAPAT MEMBUAT PILIHAN YANG BAIK.....

Tuesday, April 20, 2010

SEBARKAN PADA SEMUA....

"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan (memakan makanan) yang baik-baik yang telah dihalalkan Allah (memakannya) dan janganlah kamu melampaui batas (dengan makan berlebihan). Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas" (Al-Maidah : 87)

1. Sejak beberapa hari yang lalu, kita sudah lihat bukti-bukti menunjukkan calon PKR-PAS-DAP di Hulu Selangor, Zaid Ibrahim terlibat dalam 3 skandal besar : Arak, Judi dan Rasuah.

2. Arak : Pengakuan Zaid Ibrahim sendiri beliau minum arak.

http://agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

3. Judi : Pembongkaran kisah judi lumba kuda Zaid Ibrahim (Kuda bernama 'Kelantan' yang berharga $132,000.00)

http://www.stephengrayracing.com/News.aspx?c=297

4. Rasuah : Zaid Ibrahim dijatuhi hukuman kerana terlibat dalam politik wang tahun 2005

http://www.theedgemalaysia.com/political-news/163812-pkr-names-zaid-for-hulu-selangor-race.html

5. Kesan Arak :

Selain daripada mendapat masalah kesihatan yang teruk seperti penyakit jantung, kanser usus dan lain-lain masalah kesihatan, ia juga mempengaruhi psikologi kita. Perubahan personality, kemurungan, berkelakuan agresif dan berkemungkinan bunuh diri akan berlaku jika kita berada di bawah pengaruh arak ini.

6. Kesan Judi :

Sementara itu, judi juga memberi kesan yang sangat buruk kepada masyrakat. Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Judi juga boleh menyebabkan rasuah.

7. Kesan Rasuah :

Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah mereka yang tidak berintegriti.Pemimpin akan menjadi lemah kerana setiap kali berlakunya rasuah, pemimpin mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah. Seterusnya menyebabkan pentadbiran kawasan akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa.

8. Begitulah kesan-kesan arak, judi dan rasuah terhadap masyarakat akibat memilih pemimpin tidak bermoral.

9. Ketika hendak memilih memimpin, pilihlah pemimpin yang berakhlak baik. Sesungguhnya arak, judi dan rasuah adalah parasit yang boleh membunuh jiwa umat Islam. Dosanya pula sangat besar di sisi Allah.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah kepada kedua-duanya ada dosa besar (mudarat) dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 219)

*fatimahzuhri*

P/S KPD AHLI PKR: MEREKA DAH KELUAR..ANDA BILA LAGI......


ANWAR: LELAKI SERIBU WAJAH ....3


ANWAR: LELAKI SERIBU WAJAH ....2


ANWAR: LELAKI SERIBU WAJAH ....1


PAKATAN RAKYAT: TIADA HARAPAN UNTUK RAKYAT

LAGI PEMIMPIN PKR KELUAR PARTI

LOMPAT JGN TAK LOMPAT.LOMPAT KEARAH KEBAIKAN...HUHU

Ketua Penerangan Wanita PKR Suraya Sulaiman dan Roshanita Mohd Bashir, Timbalan Ketua Wanita Cabang Bagan Serai telah mengumumkan keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim dan PKR.


HULU SELANGOR 20 April – Moral Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus tercalar apabila dua pemimpin Wanita Perak mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO berkuat kuasa serta-merta.

http://www.utusan.com.my


PKR: PAKAT KELUAR RAMAI2....

Semakin hari semakin ramai kawan rapat penasihat parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkannya.

Berikut senarai PEMIMPIN & TOKOH yang telah meninggalkan PKR kerana mengetahui keadaan sebenar PKR dan Pakatan Rakyat itu sendiri...

Orang Kuat/ Tokoh Reformis

1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
18. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
19. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR
Abdul Manap Shahardin
20.
Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat


Kerusi Parlimen
  1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
  2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
  3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
  4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN
  1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
  2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
  3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
  4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
  5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
  6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
  7. ADUN Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu

DAN RAMAI LAGI YANG TIDAK DAPAT DISENARAIKAN DI SINI.......

PUTRIMALAYSIA: AKAN RAMAI LAGI YANG YANG AKAN KELUAR DARIPADA PKR....NANTIKAN SAJA....

BUKTI ANWAR SUDAH HILANG SOKONGAN


MELAKA 19 April - Sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat semakin merosot apabila ramai ahli dan pemimpin parti itu bertindak meninggalkan parti tersebut sejak kebelakangan ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, mereka bertindak demikian selepas merasakan perjuangan Anwar dalam PKR semata-mata hanya untuk kepentingan individu.

Menurutnya, niat sebenar Anwar itu terbukti selepas memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Ramai ahli PKR termasuk dari kalangan anak watan Hulu Selangor mahu menjadi calon tetapi mereka ditolak mentah- mentah oleh Anwar.

"Selain kecewa dengan pemilihan Zaid itu, mereka juga tidak nampak bekas Ahli Parlimen Kota Bharu tersebut sebagai pilihan yang baik untuk mewakili pakatan pembangkang di Hulu Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pemantapan Kepimpinan anjuran kerajaan negeri dan Yayasan Pembangunan Insan di sini hari ini.

Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar dan lima anggota AMK Selangor mengumumkan keluar daripada PKR.

Hari ini pula, Datuk Dr. Halili Rahmat yang merupakan salah seorang pemimpin dan juga bekas doktor peribadi Anwar Ibrahim mengisytiharkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Dr. Halili, 58, yang turut bersama-sama Anwar mengasaskan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) pada tahun 1999 mengambil keputusan itu selepas beliau mendapati PKR bukan lagi sebuah parti politik berasaskan perjuangan.

Mohd. Ali turut menafikan dakwaan Anwar kononnya senario yang melanda PKR itu disebabkan oleh tindakan provokasi daripada UMNO.

''Anwar kata banyak pemimpin dan ahli PKR keluar parti sebab UMNO jolok, tetapi kita tidak campur hal ehwal pembangkang.

''Kalau kita ada suruh pun mereka keluar parti, mungkin seorang atau dua yang terpengaruh tetapi ramai yang meninggalkan PKR bukan seorang dua, bilangan mereka terlalu ramai," katanya.

******************************************************************************

PUTRIMALAYSIA: SETIAP KALI AHLI PKR KELUAR DARIPADA PARTI , PASTI UMNO LAH YANG AKAN DIPERSALAHKAN...NAMUN SUDAH TERANG LAGI BERSULUH , SEBENARNYA SOKONGAN TERHADAP ANWAR SUDAH SEMAKIN HILANG....MEREKA TELAH SEDAR SEBENARNYA PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH ANWAR INI SEBENARNYA BERSIFAT DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN BUKANNYA PERJUANGAN PARTI SEPERTI APA YANG LANTANG DIPERKATAKANNYA..PUTRI HARAP RAMAI LAGI YANG AKAN KELUAR PARTI KELENTONG RAKYAT INI....

4 jadi 3...3 jadi 2....

Dua calon Bebas V.S. Chandran, Johan Md. Diah tarik diri

  • Kurang tiga jam sebelum tempoh akhir menarik diri tamat, persaingan merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini, menjadi dua penjuru apabila calon Bebas, V.S Chandran dan Johan Md. Diah menarik diri.
  • Mereka menyerahkan borang penarikan diri kepada Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan.
  • Dengan penarikan diri itu, pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan dan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
http://www.utusan.com.my

*************************************************************************************

Dengan penarikan diri 2 orang calon tersebut nampaknya hanya BN dan PKR sahaja yang bertanding di PRK. Peluang BN untuk menang nampaknya lebih cerah untuk menang namun jentera-jentera pilihanraya perlu meneruskan perjuangan dan jangan mudah berasa selesa dengan keadaan ini.....

Monday, April 19, 2010

DAHULU ZAID IBRAHIM BENCI DAN TOLAK PAS, SEKARANG DEMI PAKATAN HARAM PAS SANGGUP BERKAWAN DENGAN ZAID IBRAHIM


Dahulunya, Zaid adalah orang yang kuat hentam dan bangkang PAS. PAS tu bawa hukum hudud yang dah lapuk... Zaid pulak saman Kerajaan Kelantan.

Hari ini, PRK Hulu Selangor, PAS lah yang beriya-iya sangat nak bantu Zaid dan PKR. Demi Pakatan Haram, PAS sanggup tolak tepi apa yang dah dibuat Zaid ke atas PAS. Presiden PAS, Haji Hadi Awang sanggup panggil petugas-petugas PAS untuk bagi penerangan mengenai Zaid ini.

Bukan itu sahaja, Haji Hadi Awang sanggup mempertahankan Zaid dari kaki botol dengan menyatakan Zaid sudah berubah. Nampaknya tak sia-sia Zaid berkawan dengan PAS, sampai boleh mengampunkan dosa Zaid.

Dalam persidangan UMNO, Zaid Ibrahim lantang membidas PAS sebagai parti yang banyak berdosa kerana pelbagai tafsiran baru telah diwujudkan PAS demi kepentingan politik mereka.

‘‘PAS adalah parti yang ganas dan terbukti apabila menuduh orang Islam lain sebagai kafir dan menggubal rang undang-undang hudud yang menekan wanita”.

Zaid Ibrahim menjelaskan sikap PAS ini sama dengan parti-parti yang bertopengkan agama lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di india yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah.

PAS juga tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan.

‘‘Orang Kelantan yang memilih PAS kerana hendak mencuba kepimpinan ulama yang hipokrit dan sibuk mengaut kekayaan menerusi hasil penjualan balak”.

‘‘Kita kini agak bimbang untuk mengambil tindakan terhadap PAS kerana takut ia dianggap sebagai satu cubaan menentang Islam. Cara terbaik untuk berhadapan dengan PAS ialah dengan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau mengharamkan terus parti itu.

‘‘Orang kata tindakan ini akan menyebabkan negara huru-hara, tetapi saya jamin benar kalau kita terus biarkan PAS, Melayu akan hancur dan orang Islam akan lemah,” ujar Zaid.


4 penjuru jadi 3 penjuru.....

Calon Bebas, V.S. Chandran tarik diri daripada PRK Hulu Selangor hari ini dan menyokong calon BN Kamalanathan. Kini pertandingan tiga penjuru. Seorang ahli parlimen pkr akan keluar parti,nantikan pengumuman beliau.-sumber http://www.pisau.net

Berita Hulu Selangor: Jangan mudah terpedaya taktik pembangkang

HULU SELANGOR 18 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi di Hulu Selangor supaya jangan mudah percaya dan terpengaruh dengan taktik pembangkang yang kini semakin ligat memburuk-burukkan kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang yang kian tertekan dengan pelbagai masalah dalaman mula menjaja pelbagai tuduhan buruk termasuk menuduh beliau mengamalkan sikap perkauman.

Selain itu, jelas beliau, pembangkang juga menuduh kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) berlaku zalim kepada rakyat sedangkan semua kejayaan yang dikecapi oleh rakyat negara ini sejak merdeka adalah hasil bantuan dan perancangan kerajaan.

"Kalau kerajaan zalim tidak mungkin tahap kemiskinan penduduk negara ini dapat dikurangkan sehingga hanya tiga peratus sahaja sekarang berbanding lebih 60 peratus rakyat yang miskin selepas merdeka.

"Malah kerajaan telah menetapkan komitmen untuk membasmi kemiskinan secara total pada tahun ini tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina, India serta kaum-kaum lain, jadi apa kejamnya?

"Kita juga tidak menghalang mana-mana kaum untuk memiliki kekayaan dan kalau itu (kezaliman) berlaku tidak mungkin kaum Cina dapat menguasai bidang ekonomi. Apa yang kerajaan buat ialah membantu kaum yang masih ketinggalan secara adil," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian semasa men menghadiri Program Mesra Rakyat di bilik gerakan BN, di Hulu Yam Bahru, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memberitahu dalam bidang pendidikan misalnya, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dan menyediakan pelbagai bantuan bagi melahirkan generasi modal insan yang terpelajar.

Malah, jelasnya, hasil pentadbiran terancang kerajaan BN sejak kemerdekaan 52 tahun lalu, telah ramai pakar dan ilmuan tempatan lahir hasil daripada kemajuan bidang pendidikan yang dibangunkan secara inklusif.

"Mereka ini (pakar dan ilmuan) kemudiannya menyumbang buah fikiran dan tenaga untuk membangunkan negara yang mana hasilnya kita dapat lihat pada hari ini, di mana kemakmuran ekonomi, politik serta sosial jauh lebih baik berbanding negara membangun yang lain," katanya.

Mengenai tuduhan jahat pembangkang kononnya kerajaan bertanggungjawab membunuh Teoh Beng Hock dan sengaja mereka isu bagi mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat, Muhyiddin menjelaskan kerajaan tidak pernah terbabit dalam isu tersebut.

Menurutnya, dalam isu Beng Hock, pembangkang sengaja mencari kepentingan politik apabila awal-awal lagi menuduh kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab sedangkan siasatan belum lagi dijalankan pada ketika itu.

"Tunggulah kerana kes ini berada di mahkamah dan nanti kita lihat sama ada Beng Hock ini sengaja terjun atau dibunuh. Sebagai seorang bapa saya juga sedih dengan kematian mendiang tetapi ia tidak bermakna kita perlu mempolitikkan isu ini.

"Dalam kes liwat Anwar pula, bukan kerajaan yang bertanggungjawab. Kes ini disiasat selepas mangsa Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mengatakan dia diliwat. Jadi apa kaitan dengan kerajaan kerana dalam kes ini pengadu mahukan keadilan dan bukan BN yang bawa ke mahkamah,"tegasnya.

Terdahulu, dalam Program Mesra Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh, Rawang, Timbalan Perdana Menteri meluluskan peruntukan RM200,000 bagi membaik pulih tandas dan juga padang sekolah tersebut.

Selain itu, beliau turut menyerahkan 20 unit komputer bagi kegunaan kelab komputer sekolah tersebut dalam usaha melahirkan pelajar yang celik teknologi maklumat.

CERITANYA.....6

hik..hik..hik...kelakar pun ade bile baca katun ni.......

PELUANG BN TAWAN HULU SELANGOR CERAH


MANIFESTO OMONGAN KOSONG PEMBANGKANG

" Pakcik berasa tertipu pilih pembangkang pada PRU 2008" Kali ini pakcik sedar dan akan memilih pemimpin yang benar-benar mampu membawa perubahan di kawasan tempat tinggal pakcik"- utusan


Ini hanya satu daripada ribuan keluhan penduduk yang merasa tertipu dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pembangkang pada PRU 2008. Ini menunjukkan peluang amat cerah bagi BN untuk merampas Hulu Selangor.

Seorang demi seorang keluar daripada Parti Pakatan Rapuh. Pendedahan demi pendedahan dibuat membongkar sedikit demi sedikit kelemahan pembangkang...Mana pergi janji-janji manifesto yang lalu...Hanya omongan kosong saja.....

Isu yang dibawa oleh pambangkang kali ini adalah lebih bersifat nasional yang mana isu APCO dan , 1Malaysia dengan One Israel dan yang terbaru dakwaan bahawa SPR mengalihkan nama 13,400 pengundi ke kaawsan lain. Tukang kempen Pakatan Rapuh nampaknya perlu bekerja keras membersihkan isu calon mereka sebelum dapat serang calon BN dalam kempen dengan pendedahan calon PKR di Hulu Selangor yang mengaku minum arak.

Isu MB Selangor sendiri juga masih belum selesai bila dikatakan terlibat dengan Rasuah isu berkaitan lembu dan baiki kereta. Kalau dulu kes Elizabeth Wong dengan gambar "panas" nya, kini isu Zaid pula yang telah pun buat kenyataan yang benar beliau meminum arak...jelas terbukti isu moral memang tidak dipentingkan dalam Pakatan Rapuh ini...

Maka amat jelas nampaknya Pakatan Rapuh akan berkubur di Hulu Selangor sekaligus di Negeri Selangor. Tetapi kerajaan BN jangan terlalu selesa.Perjuangan perlu diteruskan juga...bersesuaian dengan moto 1Malaysia: Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan...