Monday, April 19, 2010

PELUANG BN TAWAN HULU SELANGOR CERAH


MANIFESTO OMONGAN KOSONG PEMBANGKANG

" Pakcik berasa tertipu pilih pembangkang pada PRU 2008" Kali ini pakcik sedar dan akan memilih pemimpin yang benar-benar mampu membawa perubahan di kawasan tempat tinggal pakcik"- utusan


Ini hanya satu daripada ribuan keluhan penduduk yang merasa tertipu dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pembangkang pada PRU 2008. Ini menunjukkan peluang amat cerah bagi BN untuk merampas Hulu Selangor.

Seorang demi seorang keluar daripada Parti Pakatan Rapuh. Pendedahan demi pendedahan dibuat membongkar sedikit demi sedikit kelemahan pembangkang...Mana pergi janji-janji manifesto yang lalu...Hanya omongan kosong saja.....

Isu yang dibawa oleh pambangkang kali ini adalah lebih bersifat nasional yang mana isu APCO dan , 1Malaysia dengan One Israel dan yang terbaru dakwaan bahawa SPR mengalihkan nama 13,400 pengundi ke kaawsan lain. Tukang kempen Pakatan Rapuh nampaknya perlu bekerja keras membersihkan isu calon mereka sebelum dapat serang calon BN dalam kempen dengan pendedahan calon PKR di Hulu Selangor yang mengaku minum arak.

Isu MB Selangor sendiri juga masih belum selesai bila dikatakan terlibat dengan Rasuah isu berkaitan lembu dan baiki kereta. Kalau dulu kes Elizabeth Wong dengan gambar "panas" nya, kini isu Zaid pula yang telah pun buat kenyataan yang benar beliau meminum arak...jelas terbukti isu moral memang tidak dipentingkan dalam Pakatan Rapuh ini...

Maka amat jelas nampaknya Pakatan Rapuh akan berkubur di Hulu Selangor sekaligus di Negeri Selangor. Tetapi kerajaan BN jangan terlalu selesa.Perjuangan perlu diteruskan juga...bersesuaian dengan moto 1Malaysia: Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan...


No comments: