Thursday, April 22, 2010

Pemimpin Pas tak kisah Zaid miliki kuda lumba

Pemimpin Pas tak kisah Zaid miliki kuda lumba

KUALA LUMPUR 21 April - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim tidak melakukan sebarang kesalahan dengan mengakui memiliki seekor kuda lumba.

Jelas Mahfuz, memiliki kuda merupakan satu perkara biasa buat mereka yang berkemampuan.

Katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga memiliki seekor kuda.

Walaupun Zaid mengakui memiliki seekor kuda lumba ketika ditemui pemberita selepas sesi ceramah di Ampang Pecah, Hulu Selangor semalam, Mahfuz dilihat mengeluarkan kenyataan selamat dengan hanya merujuk 'kuda', bukannya 'kuda lumba'.

"Apa masalahnya memiliki kuda? Rasulullah SAW sendiri juga pernah menunggang kuda sebagai satu aktiviti riadah baginda.

"Yang menjadi persoalan ialah apakah tujuan penggunaan kuda itu?" katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2010 di sini hari ini.

Zaid yang menjadi sasaran para penulis blog dengan dilabel sebagai kaki judi selama ini telah mengakui bahawa beliau memang memiliki seekor kuda lumba, namun mendakwa tidak pernah bertaruh dalam perlumbaan kuda.

Baru-baru ini, laman blog Pisau.net mendakwa Zaid memiliki seekor kuda lumba yang diberi nama 'Kelantan' dan semua maklumat terperinci mengenai aktiviti lumba kuda Zaid boleh diperoleh di laman web www.BloodHorse.com, www.stephengray racing.com dan www.stallions.com.au.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, sebagai seorang manusia, Zaid juga tidak lari daripada masalah peribadi dan melakukan kesilapan.

"Ini bukannya isu. Beliau (Zaid) harus diberi peluang kerana apa yang lepas itu sudah berlalu dan beliau mengakui sudah bertaubat atas perbuatannya selama ini," tegasnya.

************************************************************************************

PUTRI BERANI KERAT JARI, KALAU LAH ISU ARAK DAN KUDA LUMBA INI MELIBATKAN PEMIMPIN BN, MESTI LAGI DASYAT PEMBANGKANG HENTAM....PAS SEBAGAI SEBUAH PARTI ISLAM NAMPAKNYA SEPERTI "BUAT-BUAT TAK NAMPAK" APA YANG BERLAKU...POLITIK PUNYA PASAL,SEMUA PUN BOLEH LA.....MUNGKIN ITU KATA PAS...LOGIK KE ADA KUDA LUMBA TAPI TAK GUNAKAN UNTUK BERJUDI.....RASA MACAM TAK PERCAYA JE..TAKKAN LA SAJE SUKE2 ADA KUDA LAK...HEHEH....PELIK BIN AJAIB.....APE-APE PUN KITA SAMA-SAMA LA PIKIRKAN...

No comments: