Monday, April 19, 2010

DAHULU ZAID IBRAHIM BENCI DAN TOLAK PAS, SEKARANG DEMI PAKATAN HARAM PAS SANGGUP BERKAWAN DENGAN ZAID IBRAHIM


Dahulunya, Zaid adalah orang yang kuat hentam dan bangkang PAS. PAS tu bawa hukum hudud yang dah lapuk... Zaid pulak saman Kerajaan Kelantan.

Hari ini, PRK Hulu Selangor, PAS lah yang beriya-iya sangat nak bantu Zaid dan PKR. Demi Pakatan Haram, PAS sanggup tolak tepi apa yang dah dibuat Zaid ke atas PAS. Presiden PAS, Haji Hadi Awang sanggup panggil petugas-petugas PAS untuk bagi penerangan mengenai Zaid ini.

Bukan itu sahaja, Haji Hadi Awang sanggup mempertahankan Zaid dari kaki botol dengan menyatakan Zaid sudah berubah. Nampaknya tak sia-sia Zaid berkawan dengan PAS, sampai boleh mengampunkan dosa Zaid.

Dalam persidangan UMNO, Zaid Ibrahim lantang membidas PAS sebagai parti yang banyak berdosa kerana pelbagai tafsiran baru telah diwujudkan PAS demi kepentingan politik mereka.

‘‘PAS adalah parti yang ganas dan terbukti apabila menuduh orang Islam lain sebagai kafir dan menggubal rang undang-undang hudud yang menekan wanita”.

Zaid Ibrahim menjelaskan sikap PAS ini sama dengan parti-parti yang bertopengkan agama lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di india yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah.

PAS juga tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan.

‘‘Orang Kelantan yang memilih PAS kerana hendak mencuba kepimpinan ulama yang hipokrit dan sibuk mengaut kekayaan menerusi hasil penjualan balak”.

‘‘Kita kini agak bimbang untuk mengambil tindakan terhadap PAS kerana takut ia dianggap sebagai satu cubaan menentang Islam. Cara terbaik untuk berhadapan dengan PAS ialah dengan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 atau mengharamkan terus parti itu.

‘‘Orang kata tindakan ini akan menyebabkan negara huru-hara, tetapi saya jamin benar kalau kita terus biarkan PAS, Melayu akan hancur dan orang Islam akan lemah,” ujar Zaid.


No comments: