Tuesday, April 20, 2010

SEBARKAN PADA SEMUA....

"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan (memakan makanan) yang baik-baik yang telah dihalalkan Allah (memakannya) dan janganlah kamu melampaui batas (dengan makan berlebihan). Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas" (Al-Maidah : 87)

1. Sejak beberapa hari yang lalu, kita sudah lihat bukti-bukti menunjukkan calon PKR-PAS-DAP di Hulu Selangor, Zaid Ibrahim terlibat dalam 3 skandal besar : Arak, Judi dan Rasuah.

2. Arak : Pengakuan Zaid Ibrahim sendiri beliau minum arak.

http://agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

3. Judi : Pembongkaran kisah judi lumba kuda Zaid Ibrahim (Kuda bernama 'Kelantan' yang berharga $132,000.00)

http://www.stephengrayracing.com/News.aspx?c=297

4. Rasuah : Zaid Ibrahim dijatuhi hukuman kerana terlibat dalam politik wang tahun 2005

http://www.theedgemalaysia.com/political-news/163812-pkr-names-zaid-for-hulu-selangor-race.html

5. Kesan Arak :

Selain daripada mendapat masalah kesihatan yang teruk seperti penyakit jantung, kanser usus dan lain-lain masalah kesihatan, ia juga mempengaruhi psikologi kita. Perubahan personality, kemurungan, berkelakuan agresif dan berkemungkinan bunuh diri akan berlaku jika kita berada di bawah pengaruh arak ini.

6. Kesan Judi :

Sementara itu, judi juga memberi kesan yang sangat buruk kepada masyrakat. Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Judi juga boleh menyebabkan rasuah.

7. Kesan Rasuah :

Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat. Perasuah adalah mereka yang tidak berintegriti.Pemimpin akan menjadi lemah kerana setiap kali berlakunya rasuah, pemimpin mungkin akan menggunakan wang hasil cukai rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah. Seterusnya menyebabkan pentadbiran kawasan akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa.

8. Begitulah kesan-kesan arak, judi dan rasuah terhadap masyarakat akibat memilih pemimpin tidak bermoral.

9. Ketika hendak memilih memimpin, pilihlah pemimpin yang berakhlak baik. Sesungguhnya arak, judi dan rasuah adalah parasit yang boleh membunuh jiwa umat Islam. Dosanya pula sangat besar di sisi Allah.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah kepada kedua-duanya ada dosa besar (mudarat) dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 219)

*fatimahzuhri*

No comments: