Thursday, May 13, 2010

Zulkifli sedih Pas sekongkol dengan DAP


KUALA LUMPUR 12 Mei - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sedih dengan sikap Pas yang sanggup bersekongkol dengan DAP untuk terus mempermainkan isu kalimah Allah sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu walaupun larangan mengenainya telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Menurut Zulkifli, beliau sedih kerana Pas yang dahulunya terkenal jelas memperjuangkan Islam dan menjadi harapan sebahagian orang Melayu untuk membawa agenda perjuangan mendaulatkan negara Islam, sanggup bersekongkol dengan DAP melibatkan perkara seperti itu.
"Sudahlah semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor calon yang pernah mempertikaikan pelaksanaan enakmen hudud, qisas dan takzir diberi sokongan penuh oleh kepimpinan Pas.
"Persoalannya, apa hendak jadi dengan Pas? Saya menyeru kepada ahli Pas di peringkat akar umbi, pendakwah dan pejuang Islam, ulama dan ilmuwan yang masih bersama Pas, marilah selamatkan Pas daripada terus hanyut dalam buaian mimpi yang akan menghancurkan parti itu," katanya.
-utusanonline-

1 comment:

kerajinan perca said...

met kenal dari indonesia