Monday, May 10, 2010

Tuduh UMNO Rasis : Tidak Berasas

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa , perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman rasis Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.
Beliau juga mendakwa UMNO mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyatSelain itu beliau juga mendakwa isu perkauman yang dimainkan oleh Umno kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.
UMNO rasis???? putri rasa dakwaan ini sangatlah tidak berasas. Agaknya pembangkang dah tak ada isu nk di sampaikan dalam ceramah kot. Itu yang keluar idea yang tak berasas ni. Selama Malaysia duduk dibawah pemerintahan kerajaan BN yang mana UMNO adalah salah satu parti dibawahnya selain MIC dan MCA rasa putri elok je. Aman damai. Sebenarnya Pakatan Rakyat sendirilah yang timbulkan isu perkauman dengan sengaja mengapi-apikan sesama kaum...tepuk dada tanya hati...

No comments: