Tuesday, September 9, 2008

MENGHITUNG HARI......(16 SEPTEMBER) GIMMICK PKR

Tinggal TUJUH hari lagi menjelang 16 September 2008, tarikh yang amat dinanti-nantikan dan dikira penting kerana diramalkan bakal merubah landskap politik negara ini dengan gimmick yang mengatakan kerajaan BN akan tumbang dan diganti dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.
Pada hari itu adalah hari yang disasarkan oleh Penasihat Umum PKR, Anwar Ibrahim kerajaan BN pimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak akan tumbang dan hancur.
Serentak itu juga jawatan Perdana Menteri akan berubah tangan kepada Anwar. Anwar akan membentuk kerajaan baru - kerajaan Pakatan Rakyat dan sekaligus akan menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri ke-6.

Sudah pasti mereka yang bertungkus lumus bersama Anwar termasuk yang berkempen di pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu akan dilantik menjadi anggota Kabinet atau sekurang-kurangnya turut merasai tempias nikmat 16 September!
Di mana-mana saja orang ramai bercakap mengenai perubahan itu. Seolah penantian ketibaan 16 September membawa perubahan yang pasti. Penantiannya seperti penantian 1 Syawal yang akan dirayakan dengan penuh hikmah dan makna sebagai menandakan kemenangan manusia Muslim dalam perang melawan nafsu.Apakah semua ini akan berlaku???
Ada pendapat yang pro kontra mengenai 16 September. Ada yang menpercayai melampau terhadapnya menyebabkan mereka kini hanya duduk membilang saat, minit dan hari saja sampai mengabaikan kerja rutin lain.

Keyakinan mereka kepada teori yang dipersembahkan bagaimana perubahan dan kejatuhan itu berlaku cukup tinggi dan sukar untuk dirasionalkan lagi. Ada setengah menanti dengan pelbagai azam, termasuk memegang pisau cukur untuk membotakkan kepala sebaik saja fajar 16 September muncul.
Antara perkara yang tidak memungkinkan perkara ini terjadi adalah:-
Pertama dari segi teknikal. Pada tarikh berkenaan, Parlimen tidak akan bersidang jadi bagaimana perubahan (menjatuhkan) kerajaan berlaku kerana tidak ada persidangan pada hari itu, hanya Parlimen saja boleh melakukan apa-apa perubahan termasuk untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Apa-apa tindakan termasuk undi tidak percaya akan dilakukan di Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong akan menerima keputusan Parlimen dulu sebelum memberi perkenaan melantik sesiapa untuk menjadi PM setelah ianya dipersetujui oleh ahli Parlimen.
Kedua dari segi politik. Adalah tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. Adalah mustahil ahli parlimen MCA dan MIC meninggalkan BN kerana Presiden MCA, MIC dan Gerakan telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan akan terus bersama BN. Presiden MCA sendiri mengatakan bahawa UMNO, MIC dan MCA telah bersama-sama membentuk Parti Perikatan dan tidak ada sebab mengapa mereka mesti meninggalkan BN.
Ketiga dari segi moraliti dan integriti. Adalah tidak bermoral andainya sesebuah kerajaan diambil alih melalui cara yang tidak bermoral.Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan.
Maka dapatlah kita simpulkan bahawa kenyataan DSAI untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September adalah satu pembohongan dan tidak akan berlaku. Ia hanyalah omongan kosong dan satu pembohongan besar yang tidak berasas dan merupakan populist statement bagi mempengaruhi rakyat jelata. Adalah diyakini BN akan terus menerajui kerajaan pada 16 September itu nanti.
-Putrimalaysia-

1 comment:

Mia Hinata said...

InsyaALLAh kerajaan tidak akan berubah, org sabah swk msh yakin dengan BN, dengan kepimpinan yang sedia ada. Teori kerajaan baru tidak akan diterima, hari ini dia mentadbir, esok dia terus jual hak org melayu bumiputera. Bukan tuduhan, tapi rujuk negeri pulau pinang. Yang paling sensitif..UITM dia nak "jual". Aku tak mahu kepim[pinan begini. Pemimpin adil pemimpin ku sembah, Pemimipin zalim pemimpin ku sanggah.