BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Polis menerima maklumat wujudnya usaha pihak tertentu menakut-nakutkan pengundi di Permatang Pauh di sini bagi menghalang mereka keluar mengundi pada 26 Ogos ini.
Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Supritendan Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, maklumat itu diperoleh hasil daripada risikan dan pemerhatian pihaknya.
"Kita dapat tahu kumpulan-kumpulan itu cuba mengugut, menakutkan dan menghalang pengundi serta menggunakan kekerasan terhadap penduduk di kawasan itu daripada menunaikan hak mereka mengundi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan seperti itu melanggar peruntukan Seksyen 8 atau Seksyen 3(1) (n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.
"Bagaimanapun orang ramai tidak perlu berasa takut untuk keluar menunaikan kewajipan masing-masing pergi mengundi sebab kita (polis) akan memastikan keselamatan dan keadaan terkawal," katanya.
- Bernama
------------------------------------------------------------------------------------------
Macam-macam hal lah dengan Permatang pauh nihhh.....hmmm. tapi pengundi janganlah pulak patah semangat nak mengundi Tunaikan tanggungjawab anda dengan tenang. Pihak polis akan sentiasa pastikan semua terkawal.
-putrimalaysia-
--------------------------------------------------------------------------------------------
DYMM Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Najib Razak
-
SIARAN MEDIABAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANGJABATAN PERDANA MENTERI
MESYUARAT LEMBAGA PENGAMPUNAN BAGI WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA
LUMPUR, LABUAN DAN...
5 weeks ago
No comments:
Post a Comment