Wednesday, September 17, 2008

DOLAK DALIH DSAI.....

16 September telah berlalu tanpa berlakunya pertukaran kerajaan. Agaknya mana lah Anwar nak menyorok. Angan-angannya nak tubuh kerajaan baru tak tercapai. Malah banyak pulak berdalih berhubung hasrat Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru.
Sekarang nak kemukakan pula empat syarat kononnya bagi memastikan peralihan kuasa itu berlaku secara damai. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, syarat berkenaan juga bertujuan memastikan Barisan Nasional (BN) tidak mensabotaj keinginan rakyat dengan mencetuskan ketegangan kaum.
Empat syarat itu ialah:
  • Kerajaan BN memberi jaminan tidak akan menghindar atau menghalang Ahli Parlimennya untuk bertindak bebas mengikut hak Perlembagaan dan kesedaran masing-masing;
  • Kerajaan BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Rakyat atau mana-mana 82 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedia ada;

  • Kerajaan BN tidak akan mengisytiharkan darurat atau menggunakan kuasa polis atau menggantung Perlembagaan atau membubarkan Parlimen sebagai maklum balas terhadap hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan baru; dan
  • Kerajaan BN tidak akan melakukan sekatan jalan raya bagi menghalang Ahli Parlimen memasuki Parlimen atau institusi kerajaan lain.
Syarat itu terkandung dalam surat Pakatan Rakyat kepada Abdullah yang dihantar tiga Ahli Parlimen pembangkang - Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Johari Abdul (PKR-Kubang Pasu) dan Anthony Loke Siew Fook (DAP-Rasah) ke Pejabat Perdana Menteri, kelmarin.
Apa lagi la Anwar ni. Buat rakyat jadi pening.Apa nak dia buat sebenarnya.Kita sebagai rakyat tunggu jela apa lagi sandiwara DSAI lepas ni.
-putrimalaysia-

4 comments:

waritarakyat said...

Hai.. Putri Malaysia!

Bagi saya lupakan saja mat jenin tu. Apa yang dia cakap tu hanya sendiwara. Kita perlu mengorak langkah untuk mencapai wawasan negara. Tak perlu buang masa melayannya. Kita tumpukan soal pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

kulaan said...

16 Sept berlalu tanpa apa-apa perubahan pemerintah hanya tinggal janji....
sekarang ini ramai orang kita terutama yang Beragama Islam sudah tidak tahu apakah makna mereka seorang muslim Islam atau hanya kepercayaan saja sehingga peminpin Pas sendiri pun sudah hanyut dengan mimpi kekayaan duniawi.
Sekarang musuh Islam atau Kafiq Laknat(DAP) belajaq tentang sejarah Islam.Jika kita tanya orang muda-mudi Islam tentang sejarah para rasul-rasul atau pejuang Islam tidak ramai yang tahu tetapi tentang artis mereka tahu.
Berapa ramai muda mudi melayu kita yang betul2 menjadi ahli sesuatu parti politik atau hanya pak turut.
Inilah keadaan sebenar bangsa Melayu yang hanya keseronakan seperti pesta,konsert atau demotrasi jalanan tanpa mengerti tujuan sebenar perosak bangsa melalui acuh zionis dan sekutunya.

kulaan said...

Cerita la tentang keburukan Anwar pun tidak memberi kesan kepada penyokong PR kerana mereka dah kena "Nasi Kangkang" sehingga kebenaran di depan mata pun sudah tiada sehingga Pak Aji dalam Pas pun ikut sama

Muhamad Affandi Abd Malik said...

puteriku sayang..
orang dah muak dengan politik korup umno..sebab tu kita kena banyak membaca,menganalisa dan dengar cakap-cakap orang yang intelek.kadang-kadang kesian tengok bloger2 pro kerajaan ni..sangat-sanat bank-kurap idea..dolah badawi bawak MP umno p jalan-jalan kat taiwan..takde sidang parlimen..macam mane nak buat undi tak percaya sayang...mesti tak tau perlembagaan ni..takpe2..blaja k..kalau macam ni la orang yang sokong kerajaan..takde ilmu..main sedap cakap je..jadi la macam pak2 menteri bagi jawapan merapu dalam tv..baca prof aziz bari punye ulasan k..jgn baca prof dolah badawi punya statement..