Wednesday, October 29, 2008

Tunda beli Eurocopter

Oleh NIZAM YATIM (utusan online)

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC725 sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, keputusan itu akan membolehkan perbelanjaan pembelian yang keseluruhannya bernilai RM1.67 bilion disalurkan untuk projek lain yang boleh memberi faedah secara langsung kepada rakyat tanpa kerajaan membuat sebarang pinjaman baru.

“Keputusan telah dibuat pada Mesyuarat Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan saya pada 13 Oktober lalu supaya Eurocopter tidak dibeli pada waktu ini sebab kita memerlukan peruntukan ini untuk membiayai banyak projek lain yang boleh memberi kesan berganda kepada rakyat.

1 comment:

Idealis Malaysia said...

sALAM pERJUANGAN

Amat bersetuju sekali akan pertimbangans emula kontak beli heli tu... yelah dah jadi isu hrp gov dpt bertindak dgn bijak...

i try utk layari link blog di kiri blog puteri ni tapi tak dpt di capai mungkin kerana alamatnya tak ada www atau tak ada .com

anyway hope to share link dgn blog u... salam perkenalan