Monday, August 18, 2008

Beraninya Khaled.....

Khaled alukan-alukan UiTM ambil tindakan mahkamah

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau mengalu-alukan jika Universiti Teknologi MARA (UiTM) membawa isu mengenai kenyataannya supaya 10 peratus kuota diperuntukkan kepada penuntut bukan Bumiputera di institusi itu ke mahkamah.

Beliau berkata masyarakat Bumiputera, Melayu dan Malaysia sudah matang dalam perkara ini dan mereka tahu jika cadangan ini dilaksanakan, ia dapat membimbing komuniti itu ke arah globalisasi.

“Maknanya negara Malaysia akan dapat bersaing secara berkesan dengan masyarakat luar negara dan dunia akan datang memerlukan perkhidmatan yang mahir.

"Oleh itu setiap gunatenaga dalam negara mesti dipertingkatkan kemahiran mereka, saya rasa cadangan untuk keterbukaan daripada segi pendidikan adalah perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah yang akan menggunakan saluran undang-undang bagi mendesak Abdul Khalid memohon maaf di atas kenyataannya itu, selepas majlis perhimpunan bulanan kakitangan kerajaan negeri di sini hari ini.

Mengenai dakwaan penyokong PKR bertindak ganas memukul dua orang jurugambar media semasa pada hari penamaan calon di Permatang Pauh, Sabtu lalu, Abdul Khalid berkata itu satu perkara aneh kerana walaupun jumlah penyokong PKR melebihi tiga kali ganda penyokong BN pada hari itu tetapi mereka dilihat begitu tertib.

Dalam kejadian itu, jurugambar Kumpulan The New Straits Times (M) Press (NSTP), Mohd Sairen Nafis,26, dan Halim Berber dari HBL Press News, Perancis mendakwa mereka dipukul oleh penyokong PKR semasa menjalankan tugas pada hari itu.

Sairen yang dilaporkan cedera di pinggang juga mendakwa kamera beliau bernilai RM15,000 dirampas oleh penyokong PKR.

Abdul Khalid berkata, PKR sentiasa rapat dengan media termasuk juga Anwar kerana peranannya terutama jurugambar dalam melaporkan kegiatan parti itu.

“Saya kurang percaya kalau benar-benarlah mereka ini penyokong Keadilan dan Pakatan Rakyat sudah tentulah mereka tidak melakukan perkara yang tak sebaik ini. Kalau berlaku, saya sendiri akan cuba mencari jalan nak mencari mereka yang melakukan perkara ini,” katanya.

Katanya selalunya jurugambar atau paparazzi dipukul kerana mereka mengambil gambar sesuatu kejadian yang ingin disorokkan kepada pengetahuan ramai tetapi dalam keadaan ini tidak ada apa yang hendak disembunyikan. — Bernama

-------------------------------------------------------------------------------------
Bersatu kita pelajar UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita… jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa

Kita… jangan mudah terleka
kemajuan, keamanan yang ada

Kita… berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara

Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah pelajar berwawasan

UNTUK NEGARAKU.

Ini adalah bait-bait lirik lagu wawasan setia pelajar yang satu masa dulu pernah putri nyanyikan sewaktu konvokesyen.Sebagai alumni pelajar UiTM Putri agak terkilan dengan tindakan Menteri Besar selangor tentang isu buka 10% kuota kepada bukan bumiputera.

Hanya Universiti inilah yang ada untuk kaum bumiputera kita. Kenapa pula itu pun nak di rampas sedangkan beliau sendiri adalah kaum Melayu. Putri tak faham dengan apa yang cuba dilakukan. Bukankah banyak lagi IPTA dan IPTS yang lain yang banyak bagi peluang kepada bukan bumiputera untuk belajar. Rasanya tak perlulah putri nak listkan di sini. Takut tak muat pulak ruang blog yang kecik ni....

Pulak dah,sekarang MB Selangor ni dengan beraninya bagi green light kepada UiTM untuk ambil tindakan mahkamah dan masih tetap dengan pendiriannnya berhubung isu itu. Sudahlah YB hentikanlah. Tindakan ini hanya merugikan bangsa sendiri tau.Jadi balik lah ke pangkal jalan.

No comments: