Monday, May 3, 2010

TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH...

TAHNIAH DIA ATAS KEMENANGAN BN DI HULU SELANGOR....

Sunday, April 25, 2010

SELAMAT MENGUNDI........

SELAMAT MENGUNDI KEPADA WARGA HULU SELANGOR..BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK.....

Saturday, April 24, 2010

INGKAR TITAH SULTAN...

Hassan Ali salah guna masjid

HULU SELANGOR 23 April - Keghairahan pembangkang menjadikan masjid sebagai medan berpolitik walaupun berulang kali ditegah pihak berkuasa menerima natijahnya hari ini.

Semuanya bermula apabila Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang bertindak sebagai khatib semasa membaca 'khutbah' politik di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa terlupa membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang merupakan rukun khutbah solat Jumaat.

Akibatnya, kira-kira 3,000 jemaah yang hadir ke masjid itu bagi menunaikan solat Jumaat yang merupakan kewajipan bagi lelaki Islam bertukar kepada hanya sembahyang Zuhur sahaja kerana 'khatib' tidak menuruti rukun solat Jumaat.

Bagaimanapun, jemaah hanya bersembahyang dua rakaat sebagaimana solat Jumaat biasa.

Hassan dalam khutbah politiknya itu menyeru pengundi di Hulu Selangor supaya tidak mudah terkeliru dengan fahaman politik Barisan Nasional (BN) yang dakwanya cenderung menyokong kuasa Barat.

Dakwanya, banyak kesilapan dilakukan oleh kerajaan BN yang hanya bertindak mengejar keduniaan dan bukannya mengikut sunah Rasulullah.

"Rakyat kini berada di persimpangan jalan, mereka perlu memilih satu jalan selamat iaitu laluan hijau yang masih suci bersih.

"Manakala jalan membawa perubahan sejak 52 tahun kemerdekaan negara perlu ditinggalkan demi mendapat keberkatan Allah kepada umatnya.

"Kemajuan pembangunan di bawah Kerajaan Pusat hanya mengundang bala dan maksiat besar termasuk peningkatan kadar anak luar nikah," katanya di sini hari ini.

Tambah Hassan, pengundi perlu memilih barisan kepimpinan Pas yang dakwanya diberkati Allah dan perlu menolak jalan berliku yang penuh noda serta dosa di bawah kepimpinan Kerajaan Pusat.

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masjid dan surau di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik.

Baginda juga melarang institusi tersebut dijadikan tempat bagi mengadakan demonstrasi negatif.

Menurut baginda, masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat, serta mengeratkan silaturahim dan bukannya berpolitik.

Sementara itu, Dewan Muslimat Pas turut mengambil peluang menyebarkan pelbagai risalah dan video cekera padat (VCD) yang kononnya didakwa sebagai fatwa tokoh ulama terkemuka, Dr. Yusuf Al-Qaradawi di masjid yang sama.

Semua risalah itu diselit di cermin kereta para jemaah sama ada yang diletakkan di dalam pekarangan masjid mahu pun di luar masjid.

PutriMalaysia: bila dah terdesak sanggup lingkar titah sultan....apa nak jadi dengan pembangkang ni...

PRK HS: TDM kata jangan pilih orang mabuk

YBK SAMAN MB SELANGOR...

YBK tuntut ganti rugi Khalid, Exco kerana fitnah

2010/04/24

Plaintif dakwa MB Selangor buat tuduhan dalam akhbar

SHAH ALAM: Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) memfailkan saman ganti rugi yang tidak dinilaikan, terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim dan seorang Exco kerajaan Selangor, Yaakob Sapari, di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam, kerana didakwa memfitnah yayasan itu dalam satu kenyataan media pada Februari lalu.
Menurut writ saman yang difailkan tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua, YBK adalah plaintif pertama, manakala Permodalan YBK Sdn Bhd dan pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom adalah plaintif kedua dan ketiga. Saman yang difailkan itu adalah tindakan mahkamah yang ketiga difailkan YBK terhadap kerajaan Selangor.

Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif antara lain mendakwa Abdul Khalid dan Yaakob membuat kenyataan berunsur fitnah antaranya aset YBK bernilai RM100 juta dicagar kepada bank dan YBK digunakan untuk kepentingan peribadi.

Plaintif mendakwa, satu laporan akhbar Suara Keadilan edisi 2, melaporkan kenyataan media yang dibuat defendan pertama, Abdul Khalid pada 24 Februari 2010, bertajuk 'Maklumat Terbaharu Mengenai YBK' yang antara lain menyatakan pada 8 Mac 1995, kerajaan negeri terdahulu meluluskan tanah seluas 2,165 ekar kepada plaintif kedua dan melantik dua pemaju, Shah Alam Properties Berhad dan Syarikat Tenaga Ehsan Sdn Bhd, untuk memajukan tanah berkenaan.

Kenyataan akhbar itu juga mendakwa, data terkini yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan PYBK bukan dimiliki sepenuhnya plaintif pertama dan plaintif pertama hanya memiliki 12,500 unit saham dalam PYBK (plaintif kedua).
Kenyataan akhbar itu juga menyebut saham lain dimiliki Prihatin Ehsan Sdn Bhd (6,200 unit saham) dan Fajar Synergy Sdn Bhd (6,250 unit saham) dan mendakwa plaintif ketiga sebagai salah seorang pengarah Prihatin Ehsan Holding.

Ia juga menyebut Pengarah PYBK adalah seorang bernama Kamarudin Ahmad dan plaintif ketiga serta seorang lagi individu yang bernama Mohd Tamin Mohd Yusof, selain PYBK membuat gadaian tanah kepada bank yang bernilai RM100juta.

********************************************************************************

KEMBALIKAN SELANGOR KEPADA BN......


  • 363 BEKAS PENEROKA FELDA SUNGAI BUAYA TERIMA PAMPASAN RM50,000 SELEPAS 15 TAHUN
  • PERSIMPANGAN BERTINGKAT SUNGAI BUAYA RM85JUTA DI LEBUH RAYA UTARA-SELATAN DIBINA TAHUN DEPAN.
  • HULU SELANGOR DAERAH PERTAMA E-KIOSK.
UNDILAH BN DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA...KEMBALIKAN SELANGOR KEPADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL. PENDUDUK HULU SELANGOR PERLU BUAT PERUBAHAN DENGAN MEMENANGKAN CALON BN .P.KAMALANATHAN....BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK....

BILA DAH TERDESAK SANGGUP MENIPU......

KAIN rentang yang dipasang di pekan Kuala Kubu Bharu kononnya akan diadakan debat perdana antara Najib  dan Anwar  di Stadium Kuala Kubu Bharu, malam ini.

KAIN rentang yang dipasang di pekan Kuala Kubu Bharu kononnya akan diadakan debat perdana antara Najib dan Anwar di Stadium Kuala Kubu Bharu, malam ini.

KUALA KUBU BHARU: Pembangkang yang ketandusan isu untuk dijaja pada saat akhir pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, esok memasang kain rentang kononnya ada debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.

Tindakan itu adalah taktik jahat pembangkang yang mahu mengadakan cerita kononnya Perdana Menteri tidak sanggup untuk berdebat dengan Anwar.-BHARIAN.COM

PUTRIMALAYSIA: KALAU DAH TERDESAK...MENIPU PUN DIA SANGGUP......