Wednesday, April 23, 2008

MASIHKAH ADA LAGI PERPADUAN?



MAKA KAMI RAKYAT MALAYSIA BERIKRAR

AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI

UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT

BERDASARKAN ATAS PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:-


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN


KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


KESOPANAN DAN KESUSILAAN


APA ITU RUKUN NEGARA

“……Falsafah atau ideologi yang menjadi panduan bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang baru, maju dan seterusnya memupuk semangat setiakawan dan kecemerlangan dalam hidup bermasyarakat demi perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan agama,bangsa dan negara”

Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie



“Dalam pembinaan rukun negara soal perpaduan amat penting ….”
Petikan ucapan oleh: Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie

Masihkah lagi ideologi ini dipegang oleh rakyat Malaysia. Andainya hanya sekadar ucapan di bibir tanpa penghayatan tidak akan ada gunanya sesuatu ideologi itu. Putri yakin masih ada rakyat Malaysia di luar sana yang semakin melupakan Rukun Negara ini.


Besar impaknya Rukun Negara ini kepada perpaduan di Malaysia.Meskipun berbilang bangsa, lain budaya, berbilang bahasa, warna, loghat dan macam-macam lagilah namun andainya Rukun Negara ini tidak dihayati maka tidak lah perpaduan dapat dicapai dan tak mungkin kemerdekaan yang kita capai sejak tahun 1957 ini bertahan.


Prinsip rukun negara harus di hayati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia agar perpaduan yang dikecapi oleh negara selama ini akan kekal dan terus utuh.Putri masih ingat lagi semasa di zaman persekolahan setiap Hari perhimpunan sekolah Rukun Negara pasti akan dibacakan dengan penuh semangat. Walaupun ketika itu kita tidak memahami sangat apa relevannya membaca Rukun Negara tapi impaknya hanya dapat dikenalpasti bila usia meningkat dewasa. Tapi putri tak pasti adakah ianya berterusan sehingga kini.


Apa itu Perpaduan Nasional.Perpaduan Nasional merujuk kepada penyatuan pelbagai kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza menjadi satu entiti fizikal. Di sini Putri senaraikan antara kepentingan perpaduan Nasional:-


KEPENTINGAN PERPADUAN NASIONAL
*Kekalkan keamanan dan kestabilan negara
*Penyusunan pembangunan ekonomi,pendidikan dan sosial
*Merealisasikan wawasan 2020-wujudkan masyarakat bersatu-padu
*Wujudkan Masyarakat liberal dan bertolak ansur
Memetik ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia,

“ walaupun perpaduan masyarakat boleh dikatakan kukuh,namun terdapat pelbagai cabaran baru yang sedang dihadapi akibat perubahan yang dibawa oleh globalisasi dan arus permodenan negara”
Y.A.B.Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

MAKA KESIMPULANNYA
Prinsip rukun negara harus di hayati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia agar perpaduan yang dikecapi oleh negara selama ini akan kekal dan terus utuh dalam membentuk sebuah negara maju. Dengan berpaksikan Prinsip Rukun Negara yang berteraskan perpaduan dan kejayaan yang kita miliki kini dan masa hadapan, ia akan membantu menjadikan bangsa Malaysia menjadi masyarakat “minda kelas pertama” dalam mempertahankan kemerdekaan, mengukuhkan perpaduan, memantapkan ekonomi, politik dan sosial kita ke arah sebuah negara maju yang :
“Cemerlang Gemilang Terbilang"


PutriMalaysia







2 comments:

Letting the time pass me by said...

BN pun tak bagi ahlinya menerima undangan DAP untuk menjadi Pengarah kat PDC, macamana nak ade perpaduan?

Cukuplah perbezaan ideologi semasa Pilihanraya, tetapi lepas pilihanraya, kenala utamakan kepentingan Rakyat... Bagila priority sikit kepada rakyat...

Kenapa perlu sistem demokrasi yang merugikan rakyat?

Putri Malaysia said...

Apa yang penting perpaduan memang penting.tidak dapat dinafikan.jgnlah jadikan isu perpaduan ini isu politik.cukup-cukuplah.