Thursday, April 3, 2008


1. 50 years of violations of the Malaysian Federal Constitution by UMNO controlled government
2. End Racism, End Islamic Extremism and End Malay Privileged on the 50th Year Golden Jubilee Mega Independence Celebration of Malaysia on 31st August 2007
3. Call for Affirmative Action for all poor Malaysians Especially the Ethnic Minority Indians


Berikut adalah tuntutan utama Hindu Right Action Force (HINDRAF)
Putri terkejut dengan tindakan Hindu Rights Action Force (HINDRAF), sebuah NGO kaum India yang menuntut mahu hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan mendakwa kaum India dipinggirkan oleh kerajaan BN. Nampaknya pihak-pihak ini tidak serik-serik mahu menekan kerajaan dengan tuntutan yang semakin tak relevan.


Isu Agama, diskriminasi kaum dan perlembagaan yang sedia ada dimainkan oleh HINDRAF yang putri fikir terlalu sensitif untuk dibangkitkan dalam sebuah Negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Tidakkah mereka terfikir tuntutan ini hanya akan menambah lagi masalah dalam Negara Malaysia yang kita cintai ini????. Jika kaum India bangkit tidak mustahil kaum-kaum lain juga kan turut sama membuat tuntutan untuk membela kaum mereka juga. Mereka kena ingat apa kerakyatan mereka ??? Bukan rakyat Melayu, India, Cina tetapi rakyat Malaysia. Tidakkah mereka sedar imej Negara semakin tercalar dengan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang secara sukarela memburukkan nama Negara dengan tindakan semakin kurang bijak.


Di bawah Akta Hasutan rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan. Nampaknya HINDRAF tidak mengambil tahu langsung mengenai kewujudan akta ini yang terang-terang menekankan dilarang mengungkit isu-isu sensitif berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu.
Putri rasa HINDRAF tidak sepatutnya menimbulkan isu perkauman yang umum ketahui akan menyebabkan ketidakpuashatian semua kaum. Kalau dulu dasar pecah dan perintah memecahkan semua kaum-kaum utama di Malaysia dengan kegiatan ekonomi, kaum Melayu di tempatkan di luar Bandar dan menjalankan kegiatan bertani , Cina di lombong-lombong dan kaum India di ladang-ladang namun sekarang selepas penyusunan semula masyarakat kita semua diberi hak yang saksama dan tidak ada penindasan dan diskriminasi kaum berlaku. Semua rakyat sebenarnya diberi hak yang sama rata tanpa memikirkan bangsa,agama dan bahasa di Malaysia. Ini adalah tindakan kurang bijak pihak NGO yang nampaknya telah tersalah tuntut,.Jangan nak bangkitkan kembali peristiwa hitam 13 Mei.


Tidakkah mereka bersyukur mereka dapat hidup dengan aman, bebas dan merdeka serta tidak ditindas seperti di Negara-negara lain yang juga mempunyai pencampuran kaum?. Kalau dikira logiknya adakah hak keistimewaan orang Melayu merupakan punca ketidakseimbangan ekonomi.? Tak logik bukan. Tindakan ini sudah melampau. Sedarkah mereka bahawa nasib kaum India di Malaysia jauh lebih baik berbanding negara lain termasuk di Negara India sendiri.
Putri cabar HINDRAF supaya berhijrah dan tinggal di negara lain, yang mereka fikir lebih baik. Adakah nasib mereka akan lebih terbela. Dapatkah mereka sendiri pastikan????. Tindakan HINDRAF hanya akan mengundang gelombang kemarahan masyarakat bumiputera yang sudah begitu banyak beralah untuk atas nama kontrak sosial.


Sedarkah bahawa masih ramai orang Melayu dan bumiputera yang miskin terutama di luar bandar. Mereka setia menyokong kerajaan sejak merdeka lagi. Kalau diikutkan, mereka lagi berhak membuat pelbagai tuntutan.


Bagaikan terang lagi disuluh, HINDRAF menunjukkan sikap mengambil kesempatan dan mempropagandakan isu perkauman untuk kepentingan satu kaum sahaja. Tidakkah mereka sedar mereka tinggal di Negara yang mempunyai masyarakat majmuk???. Perjuangan Hindraf juga boleh mengundang kepada pepecahan dan sikap saling membenci antara kaum di Malaysia. Hentikanlah semua ini demi kemakmuran Negara.

Putrimalaysia

No comments: