Tuesday, April 8, 2008

BERSIH KE BERSIH?

Belum pun reda kes perhimpunan haram di Batu Burok, Terengganu ,pihak pembangkang sekali lagi mencabar kredibiliti kerajaan dengan menganjurkan perhimpunan (yang kononnya) bersih pada 11 Nov lepas.

Teringat saya dengan kisah dua sahabat,sang monyet dan sang kancil yang suatu masa dulu sering di mainkan di televisyen yang mana monyet begitu menginginkan buah (cili) yang cantik rupanya tanpa mengetahui buah itu rasanya pedas sekali. Tetapi akibat daripada tidak mendengar kata sang kancil monyet pun terus menuju ke pokok tersebut dan makan buah yang disangkakannya sedap.Akhirnya dia yang berlari-lari kepedasan. Antara dialog yang paling saya ingat dalam kartun tu kancil berkata “jangan monyet” monyet pula menjawab “aku nak jugak,aku nak jugak, aku tak kira.
Kisah ini agak serupa dengan sikap parti pembangkang kita yang masih berdegil (begik, bak kata orang jawa) mengadakan perhimpunan haram (yang kononnya) ‘bersih’ ini tanpa permit daripada polis walaupun mereka tahu impak apabila membuat sesuatu tidak mengikut undang-undang.Jadi tidak salah rasanya kalau saya mengandaikan pihak pembangkang berrsikap seperti monyet dalam kartun tersebut.

Mereka juga bukannya tak sedar perkara-perkara begini akan cepat tersebar dan mampu menggugat kestabilan Negara di mana, maruah Negara terancam dek liputan media antarabangsa yang tidak tahu hujung pangkal yang mungkin akan memanipulasi cerita untuk menjatuhkan Negara yang kita cintai ini. Kebetulan pula tahun ini kita menyambut Kemerdekaan yang ke-50 dan media asing mesti mempertikaikan adakah Negara yang telah merdeka 50 tahun ini masih lagi tidak aman. Ini semua berlaku akibat kerakusan pihak pembangkang yang hanya ingin mendapatkan kepuasan politik tanpa berfikir impaknya kepada Negara. Lumrah apabila sesuatu yang buruk itu cepat benar tersebar daripada perkara yang baik bukan???

Sedang sibuk Malaysia menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2007 yang belum pun berakhir masa ni juga lah pihak pembangkang sibuk-sibuk nak buat hal dengan mengadakan demonstrasi yang umum ketahui impaknya besar kepada imej Malaysia di mata dunia. Kita sedia maklum sektor pelancongan mampu memberi pulangan yang besar kepada Negara sekaligus ekonomi Negara akan terus stabil. Jadi kita fikirkan, adakah sikap tidak ‘matured’ seperti ini yang mahu ditonjolkan oleh pihak pembangkang kepada pelancong-pelancong asing yang datang melancong dan perkhabaran ini semestinya akan dikhabarkan kepada saudara mereka dari serata dunia dan mereka akan takut datang lagi ke Malaysia kerana khuatir akan keselamatan mereka. Ini mampu memberi impak yamg besar kepada ekonomi Negara melalui sektor pelancongan yang memberi pulangan besar kepada Negara kita. Ekonomi akan merosot serta tidak stabil,pelabur-pelabur takut untuk melabur dan berurusniaga di sini dan akhirnya misi Malaysia ke arah Negara maju akan terkubur dan tiada lagilah Wawasan 2020 yang kita banggakan dan dambakan.

Itupun pihak pembangkang masih lagi menyalahkan pihak FRU kerana mereka berkata FRU lah yang menimbulkan kekecohan padahal kalau mereka tidak berhimpun pada hari tersebut tak adalah FRU datang untuk mententeramkan dan mengawal keadaan. Dalam salah satu berita yang saya terbaca dalam Harakah Daily 15 Nov 2007 penulisnya menyatakan keganasan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mencacatkan wajah Malaysia di mata pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Adakah ini benar?. Padahal hakikatnya pendemonstrasi inilah yang mencacatkan wajah Malaysia. Andainya tiada perhimpunan haram ,tiadalah FRU!!!!

Bukannya tiada cara yang lebih matang untuk menyelesaikan masalah ini. Pihak pembangkang sendiri ada kerusi di Parlimen. Mengapa tidak mereka menggunakan wakil mereka sahaja untuk menyampaikan apa yang mereka mahukan?.Dalam ucapan penggulungan kepimpinan UMNO lalu, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengingatkan bahawa rakyat Malaysia perlu menghormati undang-undang dan tidak menyalahkan pihak berkuasa dan polis apabila tindakan diambil kerana membelakangkan undang-undang yang sedia ada.”Kita ada pilihanraya, kalau ada apa nak buat, buatlah melalui pilihanraya. Politik ala demonstrasi jalanan yang berpotensi besar menjadi kekacauan awam bukanlah proses ‘kematangan politik’ malah ianya ‘kemusnahan politik’. Jangan sampai nanti kita sibuk berdemonstrasi kaum lain pula bertepuk tangan seperti melihat pertunjukan puppet menantikan saat pimpinan Melayu jatuh. Just think about it……………

PutriMalaysia




No comments: