Thursday, April 10, 2008

Alahai Tun.......

“ Sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada parti dan Negara, Tun Dr.Mahathir sepatutnya menggunakan pengalamannya itu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap UMNO ketika ini”-BERNAMA(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob)

“ Teguran Tun Dr. Mahathir akan dijadikan bom jangka oleh pembangkang untuk menghancurkan UMNO kerana Tun Mahathir mengambil langkah menjahanamkan UMNO dari dalam dan pembangkang berusaha menghancurkan UMNO dari luar”-BERNAMA(Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Pelbagai ‘feedback’ timbul kesan daripada ke’berani’an Tun Mahathir ditambah lagi dengan anaknya Mukreez yang mengeluarkan kenyataan meminta Perdana Menteri Malaysia meninggalkan kerajaan dan UMNO khususnya. Ada yang menyokong, ada yang membantah, tak kurang juga ada yang mengambil dasar berkecuali. Tindakan ini seolah-olah kesalahan diletakkan di atas bahu PM seorang. Yang terbaru Umi Hafilda Ali , seorang pengikut setia Tun Dr Mahathir mencadangkan perhimpunan 100,000 ahli UMNO dalam program ‘Fikir-fikirkan Bersama Tun Mahathir’ bertempat di Putrajaya.

Keputusan PRU12 memang benar-benar memberikan tamparan yang hebat kepada kerajaan atau putri fikir merupakan gelombang tsunami dalam sejarah Pilihanraya dimana 5 buah negeri telah ditawan oleh pihak pembangkang termasuklah Wilayah Persekutuan. Putri fikir ini bukanlah masa yang sesuai untuk menunding jari tetapi ini lah sebenarnya masa untuk kita semua berbincang dan memikirkan bagaimana mahu mendapatkan kembali kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan PM dan kerajaan serta UMNO khususnya.

Putri terfikir, apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir ini. Adakah ianya memberi kesan baik atau hanyalah ibarat menuang cuka pada luka yang dah berdarah? Jika kita imbau kembali, pada tahun 1987 telah berlaku krisis kepimpinan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah yang mana separuh daripada Kabinet beliau telah meletakkan jawatan sebagai memberi isyarat supaya beliau mengundur diri tetapi beliau tetap tidak meletakkan jawatan. Tahun 1999 pula , Mahathir yang sepatutnya bertanggungjawab bagi kekalahan besar pada PRU10 terus sahaja bertebal muka terhadap kritikan rakyat dan terus berhasrat untuk bertindak memulihkan UMNO. Maka adakah disebabkan ini Pak Lah mesti meletakkan jawatan? Jikalau tun sendiri tidak beralah pada ketika itu mengapa pula Pak Lah harus berundur sekarang.?

Pak Lah sebelum ini yang berdiam diri nampaknya telah memberikan isyarat. Dalam kenyataannya di sidang akhbar selepas Majlis Penerangan bersama Presiden UMNO. Beliau mengakui yang Tun Dr Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri memang mempunyai kekuatan dan pengaruh tetapi beliau menyifatkan tokoh veteran UMNO itu telah menyalahgunakan kekuatannya sehingga merugikan parti. Putri fikir tindakan ini menunjukkan kelemahan UMNO itu sendiri dan ketika ini pembangkang sedang bertepuk tangan dengan pergolakan yang berlaku di dalam UMNO sendiri dan dalam tempoh ini jugalah pihak pembangkang membina Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, DAP dan PAS. Pokoknya anda sebagai rakyat dan bangsa Melayu sendiri khususnya pandai menilai mana intan mana permata.

PutriMalaysia

No comments: