Friday, May 2, 2008

Parlimen punyer cerita.....

Perbahasan di Parlimen yang telah disiarkan melalui televisyen Rabu lalu putri fikir merupakan usaha murni yang diambil oleh RTM agar rakyat dapat melihat dengan mata kepala sendiri usaha pemimpin membina sebuah negara dan juga pemerintah yang cemerlang. Malangnya tidak salah putri katakan,ia nya seperti menjadi medan perbalahan mulut bagi sesetengah Ahli Parlimen. Masing-masing hendak menunjukkan mereka adalah yang terbaik. Malangnya lagi ada sesetengah YB YB ini yang mengeluarkan kata-kata agak tidak sopan dan tidak menggambarkan kematangan malahan seperti kebudak-budakan. Ia adalah sesuatu yang diluar jangkaan putri sebagai rakyat yang menganggap mereka yang masing-masing profesional ini sepatutnya bersikap wajar dan rasional.
Tambahan pula ianya ditayangkan secara live di hadapan jutaan rakyat. Adakah sikap seperti ini yang perlu diperlihatkan oleh rakyat. Perbalahan antara pemimpin, perbesar isu kecil dan remeh, malah ada yang mengejek-ngejek ketika persidangan yang berlabgsung seperti tidak menghormati dewan. Seharusnya mereka perlu lebih bersikap rasional, muafakat dan bersatu untuk mencapai matlamat dan satu keputusan wajar yang terbaik untuk rakyat dan negara. Kesempatan seperti ini sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka sebagai bukti apa yang dipilih rakyat tidak salah dan ketika inilah mahu menunjukkan dan mengotakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat semasa pilihanraya lepas.
Sebenarnya tanpa mereka sedari mereka seperti membuka pekung di dada sendiri.Sedarlah wahai pemimpin semua. Anda sedang diawasi oleh rakyat yang memilih anda....
-PutriMalaysia-

No comments: