Wednesday, May 14, 2008

Beras oh beras...

Kenaikan harga beras dunia memberi tekanan kepada harga padi dan beras dalam negara. Beras yang menjadi makanan ruji rakyat Asia mengalami kenaikan harga secara mendadak tahun ini ekoran stok yang berkurangan di seluruh dunia. Stok beras dunia dilaporkan merudum hampir 50% daripada rekod tertinggi 147.1 tan pada tahun 2001.Kerajaan mengambil langkah yang bijak dan cepat untuk menangani krisis kekurangan beras yang dilihat kian meruncing bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Antara tindakan yang diambil ialah memperkenalkan 5 langkah atau cara untuk mengawal harta beras.
1. Mengekalkan beras Super Tempatan 15 peratus sebagai beras yang dikawal harga di antara RM1.65/kg hingga RM1.80/kg mengikut zon
2. Menetapkan harga siling beras Super Spesial Tempatan 5 peratus pada RM2.80/kg dan beras Super Tempatan 10 peratus pada RM2.70/kg, berkuat kuasa 1 Jun 2008.
3. Mengapungkan harga beras import termasuk beras putih Thailand di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
4. Membenarkan pemindahan padi di antara negeri secara berperingkat.
5. Menaikkan harga minimum terjamin (GMP) daripada RM650/tan kepada RM750/tan
- Sumber : Berita Harian
Selain itu kebajikan pengguna dan pesawah juga dijaga bagi menangani masalah kekurangan bekalan. 'Teknologi pakej' yang tujuannya adalah untuk memperluaskan penggunaan teknologi membiak baka padi yang diusahakan oleh MARDI juga diperluaskan bagi meningkatkan pengeluran padi sebanyak 85% di negara ini. Dalam pada itu antara faktor beras berkurangan dan harganya mahal adalah:(Sumber : Utusan Malaysia)
  • Negara pengeksport beras hentikan eksport.
  • Negara berlumba-lumba menambah stok penimbal.
  • Stok beras dunia berkurangan
  • Pembelian beras berdasarkan spekulasi
  • Berlaku pengurangan tanah sawah padi
  • Permintaan yang semakin meningkat
Selain itu usaha kerajaan dalam memberikan subsidi bernilai RM725 juta untuk 500,000 tan beras import yang dibelanjakan kerajaan bagi mengekalkan harga runcit perlulah diikuti dengan satu pelan jangka panjang yang mampu membantu dalam menangani isu ini. Jika dahulu kita mengimport beras kerana ia lebih menguntungkan berbanding menanamnya sendiri namun dalam keadaan sekarang ia sudah tidak relevan lagi. Usaha murni kerajaan untuk menangani masalah ini perlulah dihargai oleh semua rakyat dan rakyat perlulah bersama-sama memberi sokongan yang padu untuk kesenangan bersama.
-PutriMalaysia-

No comments: