Wednesday, June 18, 2008

Sekadar pendapat...

Nampaknya pelbagai usaha yang sesetengahnya boleh diterima oleh rakyat dan tidak kurang juga yang tidak dapat diterima oleh rakyat berhubung tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung kesan kenaikan harga minyak yang membawa kepada pelbagai isu-isu lain yang mampu dimainkan oleh pihak pembangkang.
Apa yang putri nak bincangkan di sini adalah mengenai pembayaran gaji dua kali sebulan yang dikatakan akan berkuat kuasa pada bulan Ogos ini. Pihak kerajaan harus mengkaji semula cadangan tersebut kerana dilihat ia tidak disenangi oleh kakitangan awam. Ada yang mengganggap tindakan itu hanya membawa lebih kesusahan daripada kesenangan.
Mengikut kaedah ini, separuh gaji pertama akan dibayar pada pertengahan bulan manakala separuh lagi gaji kedua akan diberi pada akhir bulan. Segala potongan termasuklah cukai pendapatan dan KWSP akan dibuat pada akhir bulan.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam pembayaran gaji dua kali sebulan itu diputuskan kerajaan bagi membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dengan lebih berkesan lagi berikutan kenaikan harga minyak dan barangan makanan.
Nampaknya beberapa perkara perlu diperhalusi agar tindakan ini tidak mendatangkan berang kakitangan awam. Apa-apa pun kita tungglah apa yang bakal terjadi. Pokoknya semua pihak harus menerima dengan hati terbuka dan berfikiran rasional agar apa yang dilakukan ini akan membantu dan bukannya lebih membebankan.
-putriMalaysia-

2 comments:

Pemuda Malaysia said...

salam...

saya berpendapat pelaksanaan dua kali bayaran gaji tidak dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh kakitangan awam.

saya merujuk kepada kakitangan awam yang bergaji kecil dan sederhana. mereka akan mengalami kesulitan untuk membayar bermacam-macam jenis hutang kerana bank tidak akan memberi kemudahan untuk memecahkan pembayaran hutang dua kali sebulan.

selain itu, langkah kerajaan ini dilihat akan menguntungkan pihak perbankan kerana setiap kali kerajaan membayar gaji kakitangan awam, pihak bank akan mengenakan charge kepada kerajaan dan kerajaan terpaksa membayar dua kali charge perkhidmatan kepada bank yang mengendalikan pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

kerajaan juga akan dianggap melakukan pembaziran kerana terpaksa mengeluarkan dua kali 'payment slip' kepada kakitangan awam.

boleh diterima tak pendapat saya ni?

Putri Malaysia said...

w.salam

terima kasih diatas komen yang diberikan oleh pemudaMalaysia.Ini lah yang putri katakan.kerajaan harus mengkaji semula tindakan ini dan diharap apa yang bakal terjadi dapat diterima dengan hati terbuka oleh semua kakitangan awam....