Thursday, March 19, 2009

PPSMI: Hanya pakar sains dan metematik layak memberi pandangan

16 Mar 2009 12:23AM
Oleh Syed Shatir Asghrar Syed-Hassan
Dipetik dari KLpos

SEJAK akhir-akhir ini isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan di seluruh pelusuk negara. Selepas beberapa tahun ianya diperkenalkan hanya baru-baru ini timbul satu gerakan besar-besaran meminta kerajaan menghapuskan perlaksanaan dasar ini. Mungkin perasaan ketidakpuasan hati mereka sudah meluap-luap agaknya.

Apa-apa pun saya lebih suka melihat isu ini di luar konteks politik. Cuba kita lupakan sejenak siapa dan parti mana yang mengilhamkan dasar ini bagi mengelakkan bias dan bagi mendapatkan satu jawapan atau keputusan terbaik untuk masa depan generasi masa depan kita.

Sains dan matematik adalah ilmu asas yang perlu ada bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi. Bidang sains dan teknologi pula adalah satu bidang yang terpenting di dunia pada masa kini. Bidang yang perlu dikuasai oleh setiap negara.

Penguasaan sains dan teknologi dapat menjadikan sesebuah negara itu menjadi berkembang dan maju. Sains dan teknologi juga amat penting untuk penyelesaian masalah-masalah dunia seperti dalam pencarian sumber tenaga baru dan juga pencarian vaksin pencegah wabak.

Saya sebagai salah seoarang yang berkecimpung dalam bidang sains dan teknologi ini merasakan perlunya mata pelajaran sains dan matematik diajar dan dipelajari dalam bahasa Inggeris.
Saya dan mereka yang seangkatan dengan saya sudah merasai perit jerih untuk mengadaptasi pembelajaran dalam bahasa Inggeris di universiti sesudah mengenal sains dan matematik dalam bahasa Melayu di peringkat sekolah.

Sehingga tingkatan lima, dengan mudah saya memperolehi bacaan-bacaan dalam bahasa Melayu, tetapi apabila pergi ke alam universiti, semua rujukannya berbahasa Inggeris.
Tuhan saja yang tahu betapa kekok dan susahnya mengalami proses perubahan yang mengejut itu. Kalau boleh, saya tidak mahu melihat generasi masa depan mengalami nasib yang sama seperti mana yang saya alami.

Mengapa kita perlu PPSMI? Sains dan teknologi adalah cabang ilmu yang bergerak begitu pantas. Hampir setiap hari ada penemuan baru.

Penemuan-penemuan ini biasanya diistilahkan dalam bahasa Inggeris dan istilah tersebut amat mungkin tiada lagi tafsirannya dalam bahasa kita. Saintis-saintis kita kemudiannya akan mencari istilah sesuai untuk penemuan tersebut.

Ini sudah pasti mengambil masa. Dalam pada kita mencari istilah tersebut, orang lain sudah menjumpai penemuan yang lebih kehadapan. Kita masih mencari istilah yang sesuai. Selama-lamanya kita akan terkebelakang dalam hal ini.

Kita perlu akui bahawa untuk menguasai sesuatu cabang ilmu itu perlukan penguasaan yang tingi dalam bahasa ilmu itu. Sebagai contoh, untuk mendalami ilmu agama ke peringkat yang tinggi, kita memerlukan mereka yang boleh menguasai bahasa arab dengan baik.

Ini kerana banyak kitab-kitab ditulis dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan sains dan teknologi. Hakikat yang perlu diakui adalah bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu bagi sains dan teknologi pada masa kini.

Saintis-saintis negara lain sebenarnya menerima hakikat atas perkara ini. Bahasa inggeris diakui sebagai medium komunikasi saintis-saintis dunia. Saintis-saintis dari negara China dan Jepun juga sekarang ini berlumba-lumba mengusai bahasa inggeris.

Di zaman kegemilangan empayar Islam, memang benar dikatakan bahasa ilmu ketika itu adalah bahasa arab. Bangsa-bangsa lain sudah pasti harus mempelajari bahasa arab untuk menerokai ilmu tersebut. Walaubagaimanapun, masa telah berubah. Bahasa ilmu bertukar dari zaman ke zaman. Sekarang ini bahasa Inggeris menjadi bahasa ilmu untuk sains dan teknologi.

Tidak mustahil suatu hari nanti jika seseorang yang ingin mendalami ilmu pengajian Islam perlu menguasai bahasa Inggeris di samping bahasa Arab dengan mantap kerana semakin banyak rujukan dalam bidang ini ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ada mereka di luar sana berpendapat, kalau nak mahirkan bahasa Inggeris tidak semestinya belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kita boleh tambah masa pembelajaran untuk mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Bagi saya, mereka ini tidak faham hujung dan pangkal.

Suka saya tekankan, English for communication, Business English, English for Science and Technology dan banyak lagi English itu perlukan skil-skil yang berbeza. Kalau boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik belum tentu dapat memahami artikel-artikel dalam bidang sains dan teknologi.

Saya sudah acap kali bertemu bangsa Inggeris yang menanyakan tentang bidang yang saya ceburi. Bila saya memberi penjelasan, mereka akan kata: Can you please explain in simple English? Its too technical!

Kalau bangsa Inggeris sendiri tidak dapat memahami istilah-istilah sains dan teknlogi, apatah lagi kita yang menggunakan bahasa Melayu?

Sudah tentu caca marba jadinya kalau setiap satu hendak diterjemahkan. Di bawah ini saya sertakan contoh bahasa Inggeris yang digunakan dalam bidang saya.:

Catalytic oxidative dehydrogenation of light alkanes
Non-reducible complex metal oxide
Catalytic partial oxidation in a circulating fluidized-bed reactor
Irreducible mass-transport limitations
Flash-pyrolysis in a cyclone reactor

Saya akui saya tak mampu menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu yang boleh difahami. Ini hanya sebagai contoh. Banyak lagi istilah-istilah dalam bidang lain. Sains dan teknologi itu sendiri sangat luas.

Untuk memudahkan penterjemahan akhirnya dimelayukan saja istilah-istilah inggeris tersebut. Maka jadilah seperti perkataan-perkataan reformasi, dekadensi,informasi, farmasi, universiti, sosiologi dan banyak lagi. Mengapa tidak digunakan saja bahasa Inggeris kalau begitu?

Di sini saya ingin menekankan bahawa perlunya istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa inggeris didedahkan kepada anak-anak kita dari kecil.

Supaya nanti bila ke universirti tidak menjadi terkejut seperti mana yang saya alami. Akan hilangkah kemelayuan kita kalau belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris?

Saya rasa tidak mungkin sama sekali. Saintis-saintis berketurunan Cina atau Jepun di universiti-universiti terkemuka dunia masih tebal kecinaan dan kejepunan mereka walau mereka sudah mampu berbahasa inggeris lebih baik baik dari orang Inggeris sendiri.

Tiada cacat tiada celanya kecinaan dan kejepunan mereka. Saya boleh berkata begini kerana penyelia PhD saya dan rakan-rakan saya adalah berbangsa China.

Mereka sendiri akui perlunya menguasai bahasa Inggeris untuk menjadi saintis dan teknologis yang hebat. Mengapa kita tidak boleh menerima hakikat ini?

Ada seorang penulis blog kata bangsa Iran tak belajar dalam bahasa Inggeris pun boleh buat roket dan vaksin.

Saya rasa penulis ini terlalu banyak bersastera sampai terlupa akan hakikatnya bahawa ramai pelajar-pelajar dari Iran sedang menuntut di Universiti-universiti dalam negara kita dan lain-lain negara. Saya juga ada rakan dari Iran.

Dia sendiri akui susah nak belajar dalam bahasa Inggeris sebab dulu di Iran dia tak pernah guna bahasa Inggeris. Bagi yang lebih bijak akan menunjukkan hasil-hasil kajian bahawa kononnya PPSMI gagal.

Murid-murid tidak mampu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan mereka. Bunyinya semacam fakta-fakta ini cukup bijak dan sukar untuk ditangkis oleh mereka yang Pro-PPSMI. Mereka ini juga sebenarnya terlupa bahawa kajian ini dilakukan ke atas kanak-kanak sekolah.

Tujuan PPSMI bukanlah untuk meningkatkan keputusan UPSR kanak-kanak sekolah. Tujuannya amat jauh ke hadapan. Untuk meningkatkan penguasaan sains dan teknologi kita di masa akan datang.

Kajian-kajian ini tidak patut dijadikan rujukan. Sains dan matematik itu sendiri memang agak susah berbanding dengan mata pelajaran lain waima digunapakai bahasa Melayu sekalipun.

Kalau pengkaji menemubual kanak-kanak sekolah, sudah tentu mereka akan kata susah. Saya hairan dengan cara orang kita berfikir.

Terlalu pentingkan keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolah. Sebanarnya peperiksaan di sekolah itu tidak menjamin apa-apa pun masa depan anak-anak kita di masa depan.

Dah banyak saya saksikan pelajar cemerlang di peringkat sekolah tidak mampu menjadi pelajar cemerlang di universiti. Peringkat sekolah adalah lebih kepada peringkat latihan dan persediaan.
Kita patut gembira kalau semua pelajar dapat C dalam matapelajaran Sains di sekolah. Ini menujukkan adanya ruang untuk proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak itu.

Sepatutnya kita patut merasa risau kalau semua pelajar dapat A dalam subjek mereka. Ini menunjukkan silibus itu terlalu mudah dan tiadanya ruang mereka untuk menambahbaik. Kita patut berani belajar dari kegagalan.

Salah satu prinsip Leonardo da Vinci juga adalah belajar dari kegagalan. Lebih baik kanak-kanak ini merasa susah diperingkat awal dari bersusah di kemudian hari.

Sekiranya kajian ingin dilakukan ke atas keberkesanan PPSMI, saya cadangkan jangan jadikan pencapaian kanak-kanak sekolah sebagai satu parameter kajian. Sebaliknya tunggu mereka ini masuk universiti dan bergelumang dalam bidang sains dan teknologi di peringkat yang lebih tinggi.

Kalau dilihat balik, banyak yang menentang dasar PPSMI ini datangnya dari bukan yang berlatar belakangkan sains dan teknologi. Rata-rata adalah orang Arts.

Ini masalah sains dan teknologi!!!. Biarlah orang dalam bidang ini yang memberi pendapat. Perlu atau tidak perlunya sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Biarlah orang sains dan teknologi bertegang urat untuk mencari jawapan dalam masalah ini. Mereka lebih tahu dalam perkara ini.

Bagi mereka yang ingin memperjuangkan bahasa dan bangsa melayu, saya rasa banyak lagi yang boleh diperjuangkan. Mengapa tidak diperjuangkan penghapusan musik, filem dan program-program TV berbahasa Inggeris.

Kalau nak dibandingkan dengan PPSMI, musik, filem dan program-program TV Inggeris lebih banyak mudaratnya dan mampu mencemarkan budaya kemelayuan kita.

Kepada orang-orang politik pula, lebih baik duduk diam tunggu apa kata pakar-pakar sains dan teknologi kita.

Pihak pembangkang sudah tentu tak setuju sebab boleh jadi bahan politik mereka. Bagi pihak kerajaan pula, kalau sudah terlalu takut undi hilang, mungkin sanggup buat keputusan yang tak populis. Akhirnya generasi ke hadapan kita yang akan rugi. Sama-sama fikirkanlah…
*Penulis merupakan seorang pembaca KLpos.com yang sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang kejuruteraan kimia di Australia. Tulisan beliau dikirim melalui email untuk disiarkan dalam ruangan Minda Pembaca KLpos.com.
****************************************************************************************************************************************
Putri amat tetarik dengan apa yang ditulis oleh penulis ini. Pandangan yang amat berbeza daripada seorang yang mengambil jurusan yang relevan rasanya ngan isu PPSMI ni. Tapi pandangan beliau bukan datangnya bermotifkan politik tetapi neutral. Jadi putri kongsikan dengan pembaca blog putri...dan lepas tu fikirkanlah....sama ada PPSMI ni relevan atau tidak...

Tuesday, March 17, 2009

KARPAL DIDAKWA....

KARPAL Singh dibawa ke mahkamah hari ini atas tuduhan menghasut dalam satu sidang akhbar berkaitan Sultan Perak di pejabatnya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari lalu. Beliau didakwa di hadapan Hakim Mohamad Sakeri Mamat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - Foto Berita Harian
Putrimalaysia
Jangan anggap negara kita tak punya undang-undang. ini lah padahnya kalau tak reti nak jaga mulut. lain kali fikir dulu sebelum cakap.

Friday, March 13, 2009

Selangor masih belum siarkan senarai harta MB, Exco


13/03/2009 3:49pm
Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 13 Mac - Orang ramai masih belum dapat mengakses perisytiharan harta semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor menerusi laman web www.selangor.gov.my sehingga pukul 3 petang ini.
Walaupun pautan bertajuk Perisytihar Harta Y.B EXCO Selangor untuk mendapatkan maklumat tersebut dilihat telah wujud pada laman web berkenaan, namun ia didapati belum dapat diakses lagi.
Perisytiharan aset meliputi hartanah, saham dan sejumlah wang yang terlibat dalam urusan sejak tarikh rasmi angkat sumpah Exco dijadualkan akan dipaparkan kepada orang ramai mulai hari ini.
Tindakan itu sebagai menuruti titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa merasmikan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Selasa lalu. - Utusan

Mahkamah Rayuan putuskan Sivakumar boleh lantik peguam sendiri

13/03/2009 1:09pm
Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA 13 Mac - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar boleh melantik peguamnya sendiri untuk mewakilinya dalam dua kes saman yang dihadapinya dalam krisis kepimpinan negeri Perak.
Minggu lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exconya memfailkan saman pemula terhadap Sivakumar untuk menghalang beliau mengadakan sebarang persidangan DUN.
Sivakumar turut disaman oleh tiga ADUN bebas untuk membatalkan keputusan plaintif (Sivakumar) yang mengumumkan kerusi DUN yang diduduki mereka telah dikosongkan selain mereka bukan lagi ADUN yang sah serta tidak layak menghadiri sidang DUN. - Utusan

BN kekal kerusi Parlimen Pensiangan

13/03/2009 11:04am
KOTA KINABALU 13 Mac – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Pensiangan selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menerima rayuan Timbalan Menteri Pembangunan Luar bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup mengenepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini.Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini membatalkan kemenangan Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum Mac lalu.
Keputusan dibacakan hakim, Nik Hashim Nik Abd. Rahman. - Utusan
*************************************************************************************

Akhirnya ada juga tindakan....

Pembantu makmal didenda RM10,000 tulis komen hina sultan
13/03/2009 3:04pm
KUALA LUMPUR 13 Mac – Seorang pembantu makmal didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menulis komen yang menghina Sultan Perak dalam satu laman web pada Februari lalu.
Hakim, Rozana Ali Yusoff memerintahkan Azrin Md. Zain, 33, dipenjara lima bulan jika dia gagal menjelaskan denda tersebut.
Azrin adakah salah seorang daripada enam yang dituduh di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 hari ini dan yang pertama disabit di bawah seksyen itu. - Utusan
***************************************************
Pemilik kedai telefon bimbit didakwa hina Sultan Perak
13/03/2009 12:17pm
KOTA KINABALU 13 Mac – Seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Dalam pendakwaan kira-kira pukul 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Hakim, Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan tarikh 25 dan 26 Mei ini perbicaraan kes tersebut.
Tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit sebanyak RM5,000 bersama dua penjamin dari Ranau dan Kota Kinabalu. - Utusan
****************************************************************
Juru ukur didakwa hantar komen menghina Sultan Perak
13/03/2009 12:08pm
PETALING JAYA 13 Mac - Seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.
Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.
Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini. - Utusan
***********************************************************************************************************
Putrimalaysia...
Syabas dan tahniah puteri ucapkan diatas kejayaan mengesan dan juga mendakwa 6 pengkhianat yang tak tahu nak hormat institusi Raja. Lepas ni putri rasa akan ada lagi yang akan didakwa. jangan ingat kat Malaysia ni kita tak boleh nak kesan apa yang dah mereka buat. Tu lah..telajak perahu boleh di undur, telajak kata haaaa...lu pk la seniri.Tanggungla akibatnya. Sungguh kurang hajar mereka ni dan memang layak dihajar. Biar mereka rasa sikit dan respect dengan perlembagaan negara dan institusi Raja. Ni lah akibatnya kalu cakap ikut rasa je..badan binasa...Ini lah juga akibat nye kalau 5 Prinsip Rukun Negara tak dihayati...Sekali lagi putri ucapkan SYABAS dan TAHNIAH

Thursday, March 5, 2009

Rais: Kembalikan Akta Penyiaran Kepada Kementerian Penerangan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menyarankan agar Akta Penyiaran 1984 diletakkan semula di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan.Beliau berkata ini bagi membolehkan menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek mempunyai kuasa untuk mentadbir lunas-lunas penerangan di negara ini dengan sempurna."Begitu banyak sajian media pada hari ini yang mengembangkan sesuatu isu itu dari segi sensasi tetapi tidak dari segi fakta dan nilai penerangan kepada masyarakat."Trend ini perlu dikawal dan pengawalannya tidak nampak dilaksanakan. Dalam konteks ini, sebagai seorang yang bertanggungjawab tentang Akta Penyiaran 1984, saya menyarankan supaya Menteri Penerangan diberi semula kuasa tersebut sesuai dengan kedudukan Kementerian dan juga tujuan-tujuan murni akta itu digubal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Isu-Isu Semasa kepada pegawai-pegawai Kementerian Penerangan di sini.Akta itu telah dimansuhkan dan bidang kuasanya kemudian diletak di bawah Suruhanjaya Komunikasi.Rais berkata sekiranya akta itu masih berkuatkuasa hari ini, sebahagian daripada pergolakan yang berlaku di Perak akan dapat diatasi.Selain itu, beliau berkata sekumpulan peneliti dan pengkaji tentang kes-kes berkaitan Perlembagaan dan salah guna kuasa di bawah undang-undang perlu diwujudkan."Ini bukan kita menidakkan kuasa-kuasa antirasuah yang ada di bawah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan lain-lain agensi, itu adalah kuasa yang biasa. Maksud saya ialah apabila isu Perak ini wujud, kerajaan harus tampak mengambil tindakan segera dan rakyat melihat tindakan segera itulah yang kurang ada pada ketika ini," katanya.Kepada satu soalan, beliau berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pula perlu memainkan peranan dengan memberi penjelasan umum berhubung isu perundangan yang berlaku di Perak.Beliau juga berkata, semua pihak harus kembali kepada lunas-lunas sah dan sahih perundangan di negara ini bagi menangani kemelut perkembangan politik dan perlembagaan di Perak."Ini bermakna sikap menghormati undang-undang itu perlu tebal dan disertai dengan perbuatan."Ertinya ialah sebarang perkara yang dilaporkan kepada polis ataupun sudah menjadi isu dan melibatkan keselamatan dalam negara serta undang-undang, perlu disusul dengan tindakan rasmi jabatan-jabatan berkenaan," kata beliau.Rais berkata, pandangan umum sekarang ialah tiada sebarang tindakan susulan dilaksanakan walaupun terdapat banyak laporan polis dibuat."Isu ini juga perlu kita sampaikan kepada agensi berkenaan supaya tampak tindakan itu diambil, jika tidak, kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap rule of law atau sistem perundangan akan cair, dan ini tidak baik kepada negara kita," katanya.Ketika ditanya mengenai cadangan supaya imuniti Anggota Parlimen dikaji semula, Rais yang bersetuju dengan cadangan itu berkata, memang terdapat segolongan yang menggunakanya untuk menonjolkan ketokohan mereka.-- BERNAMA

Mukhriz Cadang Kompromi Dalam Kemelut Di Perak

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan agar kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya "tidak adil" kepada rakyat negeri itu.Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan."Buat masa ini seolah-olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat," katanya ketika ditemubual dalam program "Kerusi Panas" di Radio 24 petang ini.Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.
Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.Mukhriz berkata tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat "sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan" untuk mentadbir negara dengan berkesan."Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan.
Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak," katanya.Mukhriz berkata memandangkan kedua-dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang-undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah.Krisis politik Perak berlanjutan lebih sebulan apabila pakatan DAP, PKR dan PAS tidak dapat menerima bahawa kerajaan negeri itu diambil alih BN pada 6 Feb lalu ekoran tindakan empat wakil rakyatnya yang keluar parti.-- BERNAMA
**************************************************************************************
PutriMalaysia
Betul apa yang dikatakan Mukhriz. Rakyat Perak pun dah bosan bila isu nih nak setel......Ini akan memburukkan kepercayaan rakyat terhadap demokrasi di Malaysia. Adakah akan wujud kesepakatan yang boleh selesaikan kemelut politik di Perak. Sama-sama lah kita nantikan....

Kemelut Politik di Perak yang tak sudah-sudah

PENING-PENING......itu lah yang mungkin rakyat Malaysia khususnya rakyat Perak tentang hal yang berlaku di Perak. Situasi yang amat memalukan negara yang telah lebih cket 50 tahun merdeka. Dengan Bekas menterinya yang yang tak nak lepaskan jawatan, isu mohon derhaka kepada sultan lah,kerajaan Perak yang dikatakan tak sah (siap ada yang kata kerajaan haram lagi), tak nk pulangkan kunci Camry, Speaker gantung MB dan 6 Exconye dari menghadiri sidang Dun dan yang paling baru sekali sidang Dun bawah pokok tanpa pekenan Sultan (satu dunia tengok, buat malu je). Itu tak termasuk tindakan Karpal yang nak saman Sultan dan mengatakan Pemuda UMNO dengan istilah tak sepatutnya (celaka). Tak sayang mulut betul . Semuanya kerana rasakan dia ada immuniti bila becakap di dalam parlimen. Sudah tiba masanya kekebalan di Parlimen ini dikaji semula..... Nampak sangat mereka (Pakatan Rakyat) tak matuared. Ini lah jadinya bila emosi dan ketamakan menguasai diri.


Tidakkah mereka tahu negara luar akan memandang rendah kepada sistem perlembagaan di Malaysia. Seperti iainya diperlekeh-lekeh kan. Mereka boleh buat sesuka hati tanpa sekatan!!!!! melampau-melampau. Puteri tengok masih belum ada lagi tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak sepatutnya walaupun ratusan laporan polis telah dibuat berkenaan perkara ini. Puteri fikir perlu ada satu tindakan drastik yang perlu dilakukan agar kemelut politik Perak ini reda. Tidakkah mereka ini malu dengan apa yang mereka lakukan.
Sepatutnya pada ketika ini mereka perlu melaksanakan janji-janji yang dibuat ketika Pilihan raya dulu. Ini tidak..asik sangat berpolitik sampaikan kebajikan rakyat tak terbela. Takkan nk berpolitik sampai habis penggal. Ini semua rancangan jahat untuk menjatuhkan kerajaan. Puteri rasa rakyat ada yang sudah mula muak dengan semua kemelut politik ni. Banyak lagi benda yang perlu di fokuskan selain politik. Jadi cepat-cepatlah bertindak,jangan nasik dah jadi bubur baru la nk menyesal....

Monday, March 2, 2009

Kawalan pintu masuk bangunan Parlimen diperketatkan

KUALA LUMPUR 2 Mac - Kawalan di pintu masuk bangunan Parlimen telah diperketatkan bermula hari ini ekoran insiden Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh diserbu dan dikepung oleh orang awam, minggu lalu.
Tinjauan mendapati, laluan masuk untuk kereta Ahli Parlimen diasingkan daripada laluan kereta pihak media, pegawai bertugas dan pelawat.
Berbeza dengan sebelum ini, orang ramai dibenarkan memasuki pekarangan bangunan Parlimen sebelum mengambil pas di pintu masuk awam (pintu tujuh) untuk masuk ke dalam bangunan.
Bagaimanapun, sejak pagi ini, pengambilan pas media perlu dilakukan di balai pengawal di pintu masuk bangunan itu. - Utusan

Abdullah tetap serah kuasa

HUA HIN, Thailand 1 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau tetap berpegang pada rancangan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pemilihan UMNO akhir bulan ini.
“Itu adalah pelan yang telah dibuat dan kita perlu mengikut pelan tersebut,” katanya pada sidang akhbar bersama wartawan antarabangsa selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di sini hari ini.
Abdullah berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak serentak dengan penyerahan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini.
Perdana Menteri yang diminta mengulas khabar angin bahawa beliau tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada Najib selepas persidangan UMNO berkata, soal tersebut tidak timbul kerana persetujuan untuk peralihan kuasa telah pun dipersetujui.
Najib dijadual mengambil alih kepimpinan negara selepas Abdullah yang juga Presiden UMNO tidak berhasrat mempertahankan jawatannya.
Pak Lah berjaya Najib menjadi satu-satunya calon Presiden untuk pemilihan UMNO Mac ini dan secara tradisinya, Presiden UMNO akan memegang jawatan Perdana Menteri.
Setakat ini tiada tarikh rasmi penyerahan kuasa itu, tetapi beberapa portal berita termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia-Instinct.com melaporkan, Abdullah akan melepaskan jawatan Perdana Menteri secara rasmi pada 31 Mac.
Berdasarkan pelan peralihan kuasa yang disebut portal berita berkenaan, Najib kemudiannya akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada keesokannya, 1 April.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai jumlah peruntukan dalam bajet mini yang akan diumumkan nanti, Perdana Menteri berkata, ia lebih besar daripada pakej rangsangan sebelum ini.
“Saya tidak boleh menyatakan jumlah pakej tersebut. Tetapi ia lebih besar daripada pakej yang diumumkan pada November lalu.
“Jadi anda semua perlu tunggu kerana ia akan diumumkan pada 10 Mac ini,’’ jelasnya.