Friday, March 13, 2009

Akhirnya ada juga tindakan....

Pembantu makmal didenda RM10,000 tulis komen hina sultan
13/03/2009 3:04pm
KUALA LUMPUR 13 Mac – Seorang pembantu makmal didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menulis komen yang menghina Sultan Perak dalam satu laman web pada Februari lalu.
Hakim, Rozana Ali Yusoff memerintahkan Azrin Md. Zain, 33, dipenjara lima bulan jika dia gagal menjelaskan denda tersebut.
Azrin adakah salah seorang daripada enam yang dituduh di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 hari ini dan yang pertama disabit di bawah seksyen itu. - Utusan
***************************************************
Pemilik kedai telefon bimbit didakwa hina Sultan Perak
13/03/2009 12:17pm
KOTA KINABALU 13 Mac – Seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Dalam pendakwaan kira-kira pukul 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Hakim, Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan tarikh 25 dan 26 Mei ini perbicaraan kes tersebut.
Tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit sebanyak RM5,000 bersama dua penjamin dari Ranau dan Kota Kinabalu. - Utusan
****************************************************************
Juru ukur didakwa hantar komen menghina Sultan Perak
13/03/2009 12:08pm
PETALING JAYA 13 Mac - Seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.
Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.
Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini. - Utusan
***********************************************************************************************************
Putrimalaysia...
Syabas dan tahniah puteri ucapkan diatas kejayaan mengesan dan juga mendakwa 6 pengkhianat yang tak tahu nak hormat institusi Raja. Lepas ni putri rasa akan ada lagi yang akan didakwa. jangan ingat kat Malaysia ni kita tak boleh nak kesan apa yang dah mereka buat. Tu lah..telajak perahu boleh di undur, telajak kata haaaa...lu pk la seniri.Tanggungla akibatnya. Sungguh kurang hajar mereka ni dan memang layak dihajar. Biar mereka rasa sikit dan respect dengan perlembagaan negara dan institusi Raja. Ni lah akibatnya kalu cakap ikut rasa je..badan binasa...Ini lah juga akibat nye kalau 5 Prinsip Rukun Negara tak dihayati...Sekali lagi putri ucapkan SYABAS dan TAHNIAH

No comments: