Monday, May 10, 2010

Imej PDRM perlu dibersihkan...

Pembangkang sengaja memburukkan imej PDRM dengan mengeluarkan kenyataan - kenyataan yang bersifat demikian dalam kebanyakan blog-blog nereka yang sempat putri baca.

Dalam isu terbaru pembangkang menggunakan isu kereta Ketua Polis Selangor dicuri sebagai kayu pengukur bahawa indeks jenayah di negara ini tidak menunjukkan penurunan seperti yang telah diumumkan.

Namun begitu satu kes seperti ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur bagi menunjukkan indeks jenayah tidak berkurangan seperti yang dikatakan kerana ianya hanyalah satu kes jika dibandingkan dengan banyak lagi kes yang berjaya diselesaikan oleh pihak PDRM.
Pembangkang sekarang nampaknya banyak menghentam PDRM dengan timbulnya kes-kes seperti Aminulrashid dan beberapa kes lain.
Walau apa pun harus diingat, jika PDRM tidak menjaga keselamatan negara masakan negara kita amana seperti sekarang. Bukan mudah menjadikan negara bebas jenayah. Banyak perkara yang perlu dititik beratkan. pembangkang tidak seharusnya menunding jari menyalahkan PDRM semata-mata. Buat keluarga arwah Aminulrashid, takziah diucapkan. Biarlah kes diselesaikan dahulu barulah boleh dibuat penilaian..

No comments: