Wednesday, May 14, 2008

Beras oh beras...

Kenaikan harga beras dunia memberi tekanan kepada harga padi dan beras dalam negara. Beras yang menjadi makanan ruji rakyat Asia mengalami kenaikan harga secara mendadak tahun ini ekoran stok yang berkurangan di seluruh dunia. Stok beras dunia dilaporkan merudum hampir 50% daripada rekod tertinggi 147.1 tan pada tahun 2001.Kerajaan mengambil langkah yang bijak dan cepat untuk menangani krisis kekurangan beras yang dilihat kian meruncing bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Antara tindakan yang diambil ialah memperkenalkan 5 langkah atau cara untuk mengawal harta beras.
1. Mengekalkan beras Super Tempatan 15 peratus sebagai beras yang dikawal harga di antara RM1.65/kg hingga RM1.80/kg mengikut zon
2. Menetapkan harga siling beras Super Spesial Tempatan 5 peratus pada RM2.80/kg dan beras Super Tempatan 10 peratus pada RM2.70/kg, berkuat kuasa 1 Jun 2008.
3. Mengapungkan harga beras import termasuk beras putih Thailand di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
4. Membenarkan pemindahan padi di antara negeri secara berperingkat.
5. Menaikkan harga minimum terjamin (GMP) daripada RM650/tan kepada RM750/tan
- Sumber : Berita Harian
Selain itu kebajikan pengguna dan pesawah juga dijaga bagi menangani masalah kekurangan bekalan. 'Teknologi pakej' yang tujuannya adalah untuk memperluaskan penggunaan teknologi membiak baka padi yang diusahakan oleh MARDI juga diperluaskan bagi meningkatkan pengeluran padi sebanyak 85% di negara ini. Dalam pada itu antara faktor beras berkurangan dan harganya mahal adalah:(Sumber : Utusan Malaysia)
  • Negara pengeksport beras hentikan eksport.
  • Negara berlumba-lumba menambah stok penimbal.
  • Stok beras dunia berkurangan
  • Pembelian beras berdasarkan spekulasi
  • Berlaku pengurangan tanah sawah padi
  • Permintaan yang semakin meningkat
Selain itu usaha kerajaan dalam memberikan subsidi bernilai RM725 juta untuk 500,000 tan beras import yang dibelanjakan kerajaan bagi mengekalkan harga runcit perlulah diikuti dengan satu pelan jangka panjang yang mampu membantu dalam menangani isu ini. Jika dahulu kita mengimport beras kerana ia lebih menguntungkan berbanding menanamnya sendiri namun dalam keadaan sekarang ia sudah tidak relevan lagi. Usaha murni kerajaan untuk menangani masalah ini perlulah dihargai oleh semua rakyat dan rakyat perlulah bersama-sama memberi sokongan yang padu untuk kesenangan bersama.
-PutriMalaysia-

Wednesday, May 7, 2008

PEMBANGKANG GEMAR TIMBUL ISU KAUM

Putri tertarik dengan sidang hari ini. Isu perkauman nampaknya tidak terlepas dalam persidangan kali ini. Puncanya, Karpal Singh yang dengan beraninya yang mempersoalkan peranan dan fungsi Istana Perak berhubung jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP).Nampaknya pembangkang gagal memahami sensitiviti orang Melayu dan berhati-hati dalam membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan kemarahan mana-mana pihak. Putri sedih dengan keadaan ini yang nampaknya semakin meruncing . Mereka semakin berani sedikit demi sedikit sebenarnya mempersoalkan keistimewaan orang Melayu. Memang secara automatiknya isu berkenaan raja-raja ini merupakan sentimen orang Melayu. Pembangkang pula nampaknya menggunakan isu ini dengan mengatakan ia bersifat perkauman dan menyatakan mereka bangsa Malaysia dan bukannya bangsa Melayu. Ini memang benar-benar mengganggu emosi seluruh kaum Melayu.



Dewan kecoh apabila MP Muar menyifatkan Karpal Singh sebagai derhaka kerana tindakannya itu dan Karpal nampaknya tidak setuju dengan bahasa yang ditujukan kepadanya. Sepatutnya Karpal fikir dahulu sebelum pandai mengeluarkan kenyataan. Kerana Pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.



Memang bingit sidang hari ini dengan isu perkauman . Bukan sahaja isu sultan , Isu bangsa Tamil yang dikatakan seperti ditinggalkan dalam pembangunan juga menarik minat sidang dan menjadi seperti medan pergaduhan. Putri harap janganlah isu perkauman ini dibincangkan kerana gusar andainya ianya semakin meruncing dan jadi medan pergaduhan hinggakan perbalahan antara kaum terjadi. Akhirnya apa pun tak dapat. Sepatutnya MP MP ini bersidang untuk menyelesaikan masalah bukannya menambahkan masalah.



-PutriMalaysia-
Putri lihat pembukaan sesi persidangan hari ini nampak lebih tenang berbanding hari-hari sebelumnya. Semua ahli Parlimen masing -masing seperti biasa tidak sabar memulakan sesi persidangan dan mengeluarkan hujah-hujah mereka yang diutarakan. Tetapi bak kata pepatah ku sangkakan panas berpanjangan, tetapi hujan ditengahari. Persidangan yang pada mulanya nampak tenang mula memperlihatkan kehangatannya dengan isu-isu yang dibangkitkan ditambah lagi dengan sikap ahli - ahli parlimen (kebanyakannya pembangkang)yang sesetengahya tidak memperlihatkan kematangan dan seperti tidak menghormati Dewan. Setakat setengah hari ini sebanyak 9 soalan berjaya dikemukakan dan nampaknya semuanya berjaya dijawab walaupun ada yang masih tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.



Antara perkataan "panas" yang terkeluar sepanjang separuh hari antaranya Ketuanan Menantu yang ditujukan kepada Khairy Jamaluddin yang dianggap keterlaluan. 6 Million Dolar Man yang ditujukan kepada Datuk Tajuddin - Pasir Salak.Bahasa sebegini tidak sepatutya dikeluarkan dalam dewan yang mulia ini.



Selain itu Karpal Singh, dari Bukit Gelugor pula dibahasakan sebagai penderhaka berkenaan isu nya mempersoalkan tugas Sultan. Dewan jadi gamat dan seperti tidak dapat dikawal oleh Yang Dipertua namun akhirnya dewan dapat dikawal semula.Putri fikir takat ini sajalah yang dapat putri coretkan separuh masa ini.



-PutriMalaysia-

Friday, May 2, 2008

Parlimen punyer cerita.....

Perbahasan di Parlimen yang telah disiarkan melalui televisyen Rabu lalu putri fikir merupakan usaha murni yang diambil oleh RTM agar rakyat dapat melihat dengan mata kepala sendiri usaha pemimpin membina sebuah negara dan juga pemerintah yang cemerlang. Malangnya tidak salah putri katakan,ia nya seperti menjadi medan perbalahan mulut bagi sesetengah Ahli Parlimen. Masing-masing hendak menunjukkan mereka adalah yang terbaik. Malangnya lagi ada sesetengah YB YB ini yang mengeluarkan kata-kata agak tidak sopan dan tidak menggambarkan kematangan malahan seperti kebudak-budakan. Ia adalah sesuatu yang diluar jangkaan putri sebagai rakyat yang menganggap mereka yang masing-masing profesional ini sepatutnya bersikap wajar dan rasional.
Tambahan pula ianya ditayangkan secara live di hadapan jutaan rakyat. Adakah sikap seperti ini yang perlu diperlihatkan oleh rakyat. Perbalahan antara pemimpin, perbesar isu kecil dan remeh, malah ada yang mengejek-ngejek ketika persidangan yang berlabgsung seperti tidak menghormati dewan. Seharusnya mereka perlu lebih bersikap rasional, muafakat dan bersatu untuk mencapai matlamat dan satu keputusan wajar yang terbaik untuk rakyat dan negara. Kesempatan seperti ini sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka sebagai bukti apa yang dipilih rakyat tidak salah dan ketika inilah mahu menunjukkan dan mengotakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat semasa pilihanraya lepas.
Sebenarnya tanpa mereka sedari mereka seperti membuka pekung di dada sendiri.Sedarlah wahai pemimpin semua. Anda sedang diawasi oleh rakyat yang memilih anda....
-PutriMalaysia-