Wednesday, April 30, 2008

PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KE-12


Berebut mahu tanya soalan No.1-

Dipetik dari Utusan Malaysia


PENGGAL pertama Parlimen ke-12 dibuka semalam dengan andaian dan ramalan yang persidangan kali ini menjanjikan suatu kelainan.


Ditambah dengan kehadiran semula 'orang lama' daripada parti pembangkang iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ramai menjangkakan sidang kali ini akan lebih panas dan bergegar.


Malah kehadiran muka-muka baru seperti ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut dinanti-nantikan - mereka diharap akan membawa perubahan dalam sidang dewan dengan membangkitkan isu-isu baru termasuk yang melibatkan golongan muda.


Justeru dengan pembukaan penggal pertama Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu, peluang kini terbuka luas untuk ahli-ahli Parlimen menonjolkan diri masing-masing menerusi cara mereka sendiri.


Dan pembangkang nampaknya telah mula menunjukkan 'taring' apabila membangkitkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa isu. Malangnya isu yang dibangkitkan itu sebenarnya agak remeh dan tidak perlu diperbesar-besarkan.


Ketua Whip pembangkang, Mohamed Azmin Ali, kelmarin membangkitkan mengenai soal undangan ke majlis perasmian persidangan serta isu kedudukan soalan lisan daripada wakil rakyat pembangkang yang didakwa tidak diberi layanan sewajarnya.


Misalnya isu Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menerima undangan rasmi untuk upacara pembukaan sidang Parlimen.


Mohamed Azmin juga mempertikaikan kenapa ahli Parlimen 'junior' seperti Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim diberi peluang pertama mengemukakan soalan lisan manakala soalan Wan Azizah diletakkan di nombor tiga.


Malah Mohamed Azmin juga mempersoalkan kenapa daripada 10 soalan pertama, hanya tiga soalan diberi kepada pembangkang iaitu Wan Azizah, Kit Siang dan Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli (Pas-Kuala Krai). Selebihnya adalah soalan wakil rakyat BN.


Parlimen adalah institusi yang dihormati, kewibawaannya tidak sepatutnya diremehkan dengan perkara-perkara sekecil itu.


Begitu juga mengenai turutan soalan lisan, turutan pertanyaan seharusnya mengikut kepentingan soalan bukannya individu.


"Jangan nilai individu, nilai soalan yang dikemukakan oleh individu itu," kata Razali ketika ditanya mengenai isu tersebut di lobi Parlimen semalam.


Menurut Razali, setiap wakil rakyat dikehendaki mengemukakan 15 soalan dan turutan soalan-soalan yang diserahkan itu ditentukan berdasarkan kepentingan isu-isu yang dibangkitkan tanpa mengira siapa yang bertanyakan soalan.


Sebelum ini pun semasa Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang, layanan yang diberikan kepadanya adalah sama dan soalan beliau tidak semestinya menjadi soalan pertama.


"Mana ada peruntukan yang menyatakan soalan pertama mestilah soalan daripada Ketua Pembangkang," jelas Razali sambil menyatakan soalannya menjadi soalan pertama kerana isu melibatkan kepentingan rakyat.


Razali antara lain mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri mengenai langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menambah baik kualiti kehidupan rakyat terutama dalam aspek peneguhan kuasa beli pengguna, keselamatan awam dan integrasi kaum.


Sementara soalan Wan Azizah pula mengenai komitmen kerajaan dalam melaksanakan sistem tender terbuka dan jenis serta justifikasi projek melebihi RM10 juta - sama ada dibuat secara rundingan atau tender tertutup.


Soalan daripada Kit Siang ialah soalan kelima iaitu beliau bertanyakan Perdana Menteri mengenai 10 pembaharuan yang akan dilakukan oleh kerajaan dalam tempoh 12 bulan untuk menunjukkan beliau sedar mengenai hajat rakyat dalam 'tsunami politik' pada 8 Mac lalu.


Satu lagi ialah soalan ketujuh daripada Dr. Mohd. Hatta yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah pakar kesihatan awam diiktiraf setaraf dengan pakar klinikal dari segi pembayaran elaun pakar.


Peranan ahli Parlimen di Dewan Rakyat adalah untuk menjaga kepentingan rakyat dengan membangkitkan isu yang melibatkan kebajikan mereka.

KISAH MB PERAK PULA...

Arah tukar serta-merta - MB Perak mahu Pengarah JAIP keluar pejabat 24 jam
Oleh : Utusan Malaysia

IPOH 29 April – Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar serta-merta dalam tempoh 24 jam oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan Pas.
Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dikatakan telah diarah keluar dari pejabatnya oleh Mohammad Nizar pagi ini.
Menurut sumber kerajaan negeri, arahan Menteri Besar berkenaan melanggar tradisi di negeri ini dan mendahului Sultan Perak yang bertanggungjawab penuh dalam hal ehwal Islam.
Difahamkan, Jamry telah dihubungi melalui telefon supaya mengosongkan pejabatnya.
Perselisihan Pengarah JAIP itu dengan Menteri Besar dikatakan ada kaitan dengan usaha kerajaan negeri menukar ahli-ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.
“Jamry diarah keluar tanpa diberi peluang menjelaskan apa-apa untuk membela dirinya,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini.
Jamry, 48, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai arahan itu, tetapi memaklumkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta di sini.
“Setakat ini, saya diminta supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.
“Kemungkinan saya akan mengeluarkan kenyataan selepas menghadap Sultan,” kata beliau.
Arahan Menteri Besar Perak supaya Jamry mengosongkan pejabatnya boleh mencetuskan kontroversi kerana hal ehwal agama Islam terletak di bawah bidang kuasa Sultan Perak yang menjadi Ketua Agama Islam negeri.
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pula merupakan Pengerusi MAIAMP.
MAIAMP sepatutnya mengadakan mesyuarat pada 15 Mei ini untuk membincangkan senarai baru jawatankuasa masjid di seluruh Perak yang dibuat dengan mengambil kira nasihat Istana Perak.
Jamry dilantik memegang jawatan Pengarah JAIP sejak tahun 2004. Sebelum itu, beliau ialah Pegawai Daerah Kuala Kangsar.
Sementara itu, Mohammad Nizar yang genap 43 hari menjadi Menteri Besar mendakwa pertukaran serta-merta Jamry itu adalah sesuatu yang ‘normal’ dari segi prosedur pentadbiran kerajaan negeri.
Menurut beliau, Jamry ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan penggantinya di JAIP akan diumumkan kemudian.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa Jamry diarah bertukar dalam tempoh 24 jam, Mohammad Nizar terdiam seketika.
Beliau kemudian sekali lagi menegaskan bahawa arahan pertukaran tersebut adalah sesuatu yang biasa dan tiada apa-apa yang negatif mengenainya.
“Sebelum ini juga terdapat beberapa pertukaran dan perpindahan beberapa pegawai kerajaan negeri, tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum.
“Bertukar atau naik pangkat dalam pentadbiran adalah perkara biasa. Kita ada Timbalan SUK (Setiausaha Kerajaan) ditukarkan... naik pangkat pergi ke ibu pejabat, ini biasa.
“Anda patut kemukakan soalan ini kepada Menteri Besar yang dulu bila dia masuk-masuk sahaja, dia malah menukarkan SUK... saya tidak,” katanya pada sidang media selepas satu majlis di Institut Tadbiran Islam Perak (Intim) di sini petang ini.
Mohammad Nizar turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dan Jamry hingga menyebabkan Jamry ditukarkan.
PutriMalaysia
Jika sebelum ini Selangor FM diminta berpindah serta merta kerana tidak mahu memenuhi permintaan MB Selangor satu lagi isu wujud di negeri taklukan baru pembangkang iaitu di Perak.
Baru sahaja dapat kuasa dah mula tunjukkan belang. Inilah yang boleh Putri katakan mengenai isu ini. MB Perak nampaknya sudah mula menunjukkan taring apabila mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury bertukar serta merta dalam tempoh 24 jam atas dakwaan tidak memberi kerjasama kepada kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS. Malahan arahan dibuat melalui panggilan telefon serta Datuk Jamry sendiri tidak diberikan peluang untuk membela dirinya.
Terang-terang ianya melanggar tradisi yang mana mendahului Sultan Perak yang bertanggungjawab penuh dalam hal ehwal Islam. Nampak sangat MB baru Perak hanya gilakan kuasa dan tak ambil tahu langsung perkara ini. Nampak sangat MB Perak sendiri tidak mahu khidmat seorang kakitangan kerajaan yang cuba melawan arus.
Sepatutnya, sebagai MB yang baru dilantik beliau harus tahu JAIP terletak sepenuhnya di bawah kuasa dan perundangan Sultan Perak. Malah beliau masih mempertahankan tindakannya dan berkata akan mengadap Sultan selepas membuat keputusan itu. Persoalannya mengapa sebelum membuat keputusan itu beliau sendiri tidak mendapatkan persetujuan Sultan Perak?. Relevankah tindakan ini???.Kalau dikira sama sahaja dengan tindakan yang diambil oleh MB Selangor.
-PutriMalaysia-

Wednesday, April 23, 2008

MASIHKAH ADA LAGI PERPADUAN?



MAKA KAMI RAKYAT MALAYSIA BERIKRAR

AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI

UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT

BERDASARKAN ATAS PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:-


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN


KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


KESOPANAN DAN KESUSILAAN


APA ITU RUKUN NEGARA

“……Falsafah atau ideologi yang menjadi panduan bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang baru, maju dan seterusnya memupuk semangat setiakawan dan kecemerlangan dalam hidup bermasyarakat demi perpaduan, kesejahteraan dan kestabilan agama,bangsa dan negara”

Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie



“Dalam pembinaan rukun negara soal perpaduan amat penting ….”
Petikan ucapan oleh: Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie

Masihkah lagi ideologi ini dipegang oleh rakyat Malaysia. Andainya hanya sekadar ucapan di bibir tanpa penghayatan tidak akan ada gunanya sesuatu ideologi itu. Putri yakin masih ada rakyat Malaysia di luar sana yang semakin melupakan Rukun Negara ini.


Besar impaknya Rukun Negara ini kepada perpaduan di Malaysia.Meskipun berbilang bangsa, lain budaya, berbilang bahasa, warna, loghat dan macam-macam lagilah namun andainya Rukun Negara ini tidak dihayati maka tidak lah perpaduan dapat dicapai dan tak mungkin kemerdekaan yang kita capai sejak tahun 1957 ini bertahan.


Prinsip rukun negara harus di hayati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia agar perpaduan yang dikecapi oleh negara selama ini akan kekal dan terus utuh.Putri masih ingat lagi semasa di zaman persekolahan setiap Hari perhimpunan sekolah Rukun Negara pasti akan dibacakan dengan penuh semangat. Walaupun ketika itu kita tidak memahami sangat apa relevannya membaca Rukun Negara tapi impaknya hanya dapat dikenalpasti bila usia meningkat dewasa. Tapi putri tak pasti adakah ianya berterusan sehingga kini.


Apa itu Perpaduan Nasional.Perpaduan Nasional merujuk kepada penyatuan pelbagai kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza menjadi satu entiti fizikal. Di sini Putri senaraikan antara kepentingan perpaduan Nasional:-


KEPENTINGAN PERPADUAN NASIONAL
*Kekalkan keamanan dan kestabilan negara
*Penyusunan pembangunan ekonomi,pendidikan dan sosial
*Merealisasikan wawasan 2020-wujudkan masyarakat bersatu-padu
*Wujudkan Masyarakat liberal dan bertolak ansur
Memetik ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia,

“ walaupun perpaduan masyarakat boleh dikatakan kukuh,namun terdapat pelbagai cabaran baru yang sedang dihadapi akibat perubahan yang dibawa oleh globalisasi dan arus permodenan negara”
Y.A.B.Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia

MAKA KESIMPULANNYA
Prinsip rukun negara harus di hayati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia agar perpaduan yang dikecapi oleh negara selama ini akan kekal dan terus utuh dalam membentuk sebuah negara maju. Dengan berpaksikan Prinsip Rukun Negara yang berteraskan perpaduan dan kejayaan yang kita miliki kini dan masa hadapan, ia akan membantu menjadikan bangsa Malaysia menjadi masyarakat “minda kelas pertama” dalam mempertahankan kemerdekaan, mengukuhkan perpaduan, memantapkan ekonomi, politik dan sosial kita ke arah sebuah negara maju yang :
“Cemerlang Gemilang Terbilang"


PutriMalaysia







Thursday, April 17, 2008

MUAFAKAT DEMI KELANGSUNGAN BANGSA


Oleh Utusan
Rabu, 16 April 2008
IDEA mengadakan permuafakatan antara UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rak- yat (PKR) pernah dibangkitkan sebelum ini tetapi ia tidak begitu menarik perhatian ketiga-tiga parti itu untuk menggerakkannya secara serius supaya menjadi kenyataan.

Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 bulan lepas, idea tersebut diperkatakan kembali apabila beberapa isu melibatkan agama Islam, raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan dan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dicabar secara terang-terangan.
Selain itu, kemenangan ramai calon bukan Melayu daripada parti pembangkang juga wajar direnungi oleh parti- parti yang mewakili orang Melayu seperti Pas dan UMNO - jangan sampai penguasaan mereka ini meruntuhkan kuasa politik Melayu.

Ini didorong oleh kebimbangan mengenai kepentingan orang Melayu di negeri-negeri yang didominasi oleh bukan Melayu seperti di Pulau Pinang berikutan langkah kerajaan pembangkang di situ untuk menghapuskan DEB yang akan menghakis hak mereka.
Timbul persoalan, apa akan jadi dengan kuasa politik Melayu apabila sudah ada pihak yang berani mencabar hak mereka yang sememangnya telah termaktub dalam Perlembagaan?
Justeru, sudah sampai masanya untuk pemimpin-pemimpin Melayu duduk dan membincangkan hak serta hala tuju orang Melayu supaya ia dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya.

Tiba masanya pemimpin-pemimpin Melayu yang berbeza fahaman politik me- ngetepikan ideologi dan kepentingan masing-masing serta bersama-sama memperjuangkan hak ketuanan Melayu yang kini dilihat semakin rapuh.
Persoalannya, apakah ia boleh dilakukan dan apakah ketiga-tiga parti yang berbeza fahaman politik sanggup untuk mengetepikan kepentingan masing-masing demi mempertahankan hak orang Melayu?

Bagi pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman, permuafakatan seumpama itu boleh diwujudkan jika semua pihak bersedia melupakan soal kepentingan parti, diri sendiri dan sanggup bertolak ansur.
''Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan terutama selepas pilihan raya umum lalu, pembangkang memenangi banyak kerusi dan kini menguasai lima negeri.

''Permuafakatan boleh wujud jika semua pihak boleh sepakat dan bersetuju bahawa tidak ada pihak yang mendominasi pihak satu lagi,'' katanya.
Itulah yang seharusnya dipersetujui oleh pemimpin Melayu. Permuafakatan harus disegerakan dan dilakukan secara ikhlas bukan bersyarat. Ia mestilah kekal dan bukan bersifat sementara, demi kepentingan orang Melayu.

Jangan sampai permuafakatan itu kemudiannya berlangsung sekerat jalan apabila ada pemimpin yang mula memperkatakan soal jawatan dan mahukan kuasa dan selain mahu menegakkan agenda parti masing-masing.
Orang Melayu tidak lagi boleh menutup mata dan menganggap seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Pemimpin-pemimpin Melayu mesti bersatu dan menjadi satu kumpulan pendesak yang kuat demi memastikan hak serta kepentingan orang Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan terus terpelihara.

Saranan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria baru- baru ini supaya permuafakatan itu diwujudkan agar isu-isu berkaitan orang Melayu tidak dipolitikkan ternyata telah mencetuskan usaha positif ke arah menyatukan orang Melayu.

Reaksi positif daripada Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memungkinkan muafakat yang dicadangkan itu menjadi kenyataan.
Salahuddin mengakui Pas pada dasarnya bersetuju dengan permuafakatan itu merupakan petanda positif ke arah merealisasikan usaha permuafakatan itu.

Begitu juga dengan Azmin yang mengakui pemuafakatan membawa maksud yang baik tetapi perlu berlandaskan prinsip keadilan sesama Melayu dan kaum-kaum lain supaya tidak wujud ju- rang antara Melayu dan bukan Melayu.

Permuafakatan yang dimaksudkan itu bukan bertujuan untuk menidakkan hak bukan Melayu apatah lagi bermusuhan dengan mereka. Sebaliknya ia lebih kepada usaha untuk menjadi satu pakatan yang kuat supaya jika ada pihak yang mempertikaikan hak orang Melayu, pemimpin Melayu boleh bangkit dan bersatu mempertahankannya.

Bagaimanapun adalah penting untuk pemimpin ketiga-tiga parti politik itu terlebih dahulu mendapatkan konsensus dan persefahaman sesama mereka mengenai usaha yang perlu dilaksanakan dalam menegakkan kepentingan Melayu agar ia tidak mudah diganggu oleh orang lain.

Dan jika ada yang cuba mempertikaikan mahupun memperlekehkan isu-isu tersebut, pemimpin daripada ketiga-tiga parti itu perlulah senada mempertahankan apa yang sememangnya menjadi hak orang Melayu.

Pemimpin-pemimpin Melayu perlu ada cara mereka sendiri dalam mempertahankan hak orang Melayu. Usaha itulah yang harus digerakkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO, Pas dan PKR sekarang demi survival orang Melayu.
Muafakat Membawa Berkat -putriMalaysia
Memang benar andainya semua bangsa Melayu tidak mengira fahaman politik apa pun bersatu maka bangsa Melayu akan lebih kuat. Sedih bila memikirkan bangsa melayu sekarang berpecah belah mengikut parti masing - masing.
Jika dulu isu melibatkan agama Islam, Raja-raja Berpelembagaan dan DEB tidak bisa dicabar nampaknya ianya semakin fragile dan amat membimbangkan. Maka seharusnya penyatuan hati anak-anak bangsa Melayu ini haruslah di satukan agar ketuanan Melayu akan terbela dan kita akan kekal menjadi tuan bagi tanah Malaysia yang kita cintai ini.

Tuesday, April 15, 2008

BILA BABI DIPOLITIKKAN

BILA BABI DIPOLITIKKAN

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145).

Umum tahu Selangor bakal menjadi negeri penternak babi moden atau Projek Modern Pig Farming malahan ada yang kurang ajar sanngup melabelkan Selangor sebagai Selangor Darul Khinzir. Tidakkah ianya kurang ajar?Mengapa khinzir yang mahu di ternak? Tidak ada kah haiwan lain yang lebih banyak manfaatnya yang ingin diternak. Mengapa haiwan yang diharamkan dalam Islam ini yang dipilih? Pembangkang (PAS) khususnya )yang selama ini berjuang untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang dulunya pernah mengeluarkan kata-kata “Badawi di Arab membela Unta , Badawi di Malaysia membela babi kini nampaknya telah berpaling arah dan membiarkan sahaja perkara ini dan nampaknya sangat bersetuju dengan alasan Isu babi seakan telah dipolitikkan oleh segelintir pihak yang nampaknya seakan-akan mahu melagakan kaum Cina dan Melayu.

“Terima Kasih sangat-sangat kerajaan negeri kerana menghadiahkan projek menternak babi moden kepada kami, memang ini yang kami mahukan “. Mungkin ini kata-kata rakyat Selangor yang memilih pembangkang pada pilihanraya ke 12 ). Sendiri pilih sendiri tanggunglah. Putri fakir perubahan inilah yang mereka mahukan daripada pimpinan baru .

Walaupun jika dilihat isu babi ini tidaklah besar mana pun namun ia membabitkan sensitiviti kaum. 2 kaum utama yang terlibat terang-terangan adalah kaum Cina dan Melayu. Kawasan yang telah dipersetujui menjadi kawasan penternakan babi moden ini majoritinya adalah kawasan yang penduduk Melayunya ramai. Mengapa tidak dipilih kawasan yang terpencil seperti di Sabah atau Sarawak yang umum ketahui amat sesuai dijadikan pusat penternakan babi moden ini.

Memang mudah bercakap tetapi adakah pelaksanaanya ini akan berjalan lancar seperti yang diharapkan. Bagaimana dengan pengangkutan khinzir ketempat jualan. Adakah akan diadakan secara tertutup ataupun terbuka.? Bukankah ianya menyusahkan pengguna lain yang bermotosikal dan pejalan kaki???. Alamatnya makin banyaklah lori-lori pengangkut babi ni di jalan –jalan di Selangor.

Memang putri akui setiap kaum mempunyai hak mereka tersendiri namun projek ini perlu difikirkan kerelevanannya. Tambahan pula bukan tidak ada inisiatif lain berkenaan isu babi ini? .Bukannya Negara kekurangan bekalan daging babi pun. Kan????Boleh saja kalau kita import sahaja daging babi dari Negara luar. Dan bukannya babi makanan ruji rakyat Malaysia pun.

Maka marilah kita bertoleransi. Jika perkara yang menyebabkan sensitiviti masyarakat , putri fikir kalau boleh elakkan.Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia . Inikah kerajaan baru yang kita mahukan????





Thursday, April 10, 2008

Alahai Tun.......

“ Sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada parti dan Negara, Tun Dr.Mahathir sepatutnya menggunakan pengalamannya itu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu terhadap UMNO ketika ini”-BERNAMA(Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob)

“ Teguran Tun Dr. Mahathir akan dijadikan bom jangka oleh pembangkang untuk menghancurkan UMNO kerana Tun Mahathir mengambil langkah menjahanamkan UMNO dari dalam dan pembangkang berusaha menghancurkan UMNO dari luar”-BERNAMA(Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Pelbagai ‘feedback’ timbul kesan daripada ke’berani’an Tun Mahathir ditambah lagi dengan anaknya Mukreez yang mengeluarkan kenyataan meminta Perdana Menteri Malaysia meninggalkan kerajaan dan UMNO khususnya. Ada yang menyokong, ada yang membantah, tak kurang juga ada yang mengambil dasar berkecuali. Tindakan ini seolah-olah kesalahan diletakkan di atas bahu PM seorang. Yang terbaru Umi Hafilda Ali , seorang pengikut setia Tun Dr Mahathir mencadangkan perhimpunan 100,000 ahli UMNO dalam program ‘Fikir-fikirkan Bersama Tun Mahathir’ bertempat di Putrajaya.

Keputusan PRU12 memang benar-benar memberikan tamparan yang hebat kepada kerajaan atau putri fikir merupakan gelombang tsunami dalam sejarah Pilihanraya dimana 5 buah negeri telah ditawan oleh pihak pembangkang termasuklah Wilayah Persekutuan. Putri fikir ini bukanlah masa yang sesuai untuk menunding jari tetapi ini lah sebenarnya masa untuk kita semua berbincang dan memikirkan bagaimana mahu mendapatkan kembali kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan PM dan kerajaan serta UMNO khususnya.

Putri terfikir, apa sebenarnya yang cuba dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir ini. Adakah ianya memberi kesan baik atau hanyalah ibarat menuang cuka pada luka yang dah berdarah? Jika kita imbau kembali, pada tahun 1987 telah berlaku krisis kepimpinan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah yang mana separuh daripada Kabinet beliau telah meletakkan jawatan sebagai memberi isyarat supaya beliau mengundur diri tetapi beliau tetap tidak meletakkan jawatan. Tahun 1999 pula , Mahathir yang sepatutnya bertanggungjawab bagi kekalahan besar pada PRU10 terus sahaja bertebal muka terhadap kritikan rakyat dan terus berhasrat untuk bertindak memulihkan UMNO. Maka adakah disebabkan ini Pak Lah mesti meletakkan jawatan? Jikalau tun sendiri tidak beralah pada ketika itu mengapa pula Pak Lah harus berundur sekarang.?

Pak Lah sebelum ini yang berdiam diri nampaknya telah memberikan isyarat. Dalam kenyataannya di sidang akhbar selepas Majlis Penerangan bersama Presiden UMNO. Beliau mengakui yang Tun Dr Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri memang mempunyai kekuatan dan pengaruh tetapi beliau menyifatkan tokoh veteran UMNO itu telah menyalahgunakan kekuatannya sehingga merugikan parti. Putri fikir tindakan ini menunjukkan kelemahan UMNO itu sendiri dan ketika ini pembangkang sedang bertepuk tangan dengan pergolakan yang berlaku di dalam UMNO sendiri dan dalam tempoh ini jugalah pihak pembangkang membina Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR, DAP dan PAS. Pokoknya anda sebagai rakyat dan bangsa Melayu sendiri khususnya pandai menilai mana intan mana permata.

PutriMalaysia

Tuesday, April 8, 2008

BOIKOT BARANGAN BELANDA........
dI SINI putri LIST KAN barangan belanda yang wajib diboikot....

Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall¡¦s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady¡¦s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Dumex -Susu Tepung
Nutricia -Susu Bayi
Sunsilk -Shampoo
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
sebahagian besar penaja Christian Albers
Syarikat yang mempunyai nama "contoh n.v."
Produk-produk Unilever











BERSIH KE BERSIH?

Belum pun reda kes perhimpunan haram di Batu Burok, Terengganu ,pihak pembangkang sekali lagi mencabar kredibiliti kerajaan dengan menganjurkan perhimpunan (yang kononnya) bersih pada 11 Nov lepas.

Teringat saya dengan kisah dua sahabat,sang monyet dan sang kancil yang suatu masa dulu sering di mainkan di televisyen yang mana monyet begitu menginginkan buah (cili) yang cantik rupanya tanpa mengetahui buah itu rasanya pedas sekali. Tetapi akibat daripada tidak mendengar kata sang kancil monyet pun terus menuju ke pokok tersebut dan makan buah yang disangkakannya sedap.Akhirnya dia yang berlari-lari kepedasan. Antara dialog yang paling saya ingat dalam kartun tu kancil berkata “jangan monyet” monyet pula menjawab “aku nak jugak,aku nak jugak, aku tak kira.
Kisah ini agak serupa dengan sikap parti pembangkang kita yang masih berdegil (begik, bak kata orang jawa) mengadakan perhimpunan haram (yang kononnya) ‘bersih’ ini tanpa permit daripada polis walaupun mereka tahu impak apabila membuat sesuatu tidak mengikut undang-undang.Jadi tidak salah rasanya kalau saya mengandaikan pihak pembangkang berrsikap seperti monyet dalam kartun tersebut.

Mereka juga bukannya tak sedar perkara-perkara begini akan cepat tersebar dan mampu menggugat kestabilan Negara di mana, maruah Negara terancam dek liputan media antarabangsa yang tidak tahu hujung pangkal yang mungkin akan memanipulasi cerita untuk menjatuhkan Negara yang kita cintai ini. Kebetulan pula tahun ini kita menyambut Kemerdekaan yang ke-50 dan media asing mesti mempertikaikan adakah Negara yang telah merdeka 50 tahun ini masih lagi tidak aman. Ini semua berlaku akibat kerakusan pihak pembangkang yang hanya ingin mendapatkan kepuasan politik tanpa berfikir impaknya kepada Negara. Lumrah apabila sesuatu yang buruk itu cepat benar tersebar daripada perkara yang baik bukan???

Sedang sibuk Malaysia menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2007 yang belum pun berakhir masa ni juga lah pihak pembangkang sibuk-sibuk nak buat hal dengan mengadakan demonstrasi yang umum ketahui impaknya besar kepada imej Malaysia di mata dunia. Kita sedia maklum sektor pelancongan mampu memberi pulangan yang besar kepada Negara sekaligus ekonomi Negara akan terus stabil. Jadi kita fikirkan, adakah sikap tidak ‘matured’ seperti ini yang mahu ditonjolkan oleh pihak pembangkang kepada pelancong-pelancong asing yang datang melancong dan perkhabaran ini semestinya akan dikhabarkan kepada saudara mereka dari serata dunia dan mereka akan takut datang lagi ke Malaysia kerana khuatir akan keselamatan mereka. Ini mampu memberi impak yamg besar kepada ekonomi Negara melalui sektor pelancongan yang memberi pulangan besar kepada Negara kita. Ekonomi akan merosot serta tidak stabil,pelabur-pelabur takut untuk melabur dan berurusniaga di sini dan akhirnya misi Malaysia ke arah Negara maju akan terkubur dan tiada lagilah Wawasan 2020 yang kita banggakan dan dambakan.

Itupun pihak pembangkang masih lagi menyalahkan pihak FRU kerana mereka berkata FRU lah yang menimbulkan kekecohan padahal kalau mereka tidak berhimpun pada hari tersebut tak adalah FRU datang untuk mententeramkan dan mengawal keadaan. Dalam salah satu berita yang saya terbaca dalam Harakah Daily 15 Nov 2007 penulisnya menyatakan keganasan anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mencacatkan wajah Malaysia di mata pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2007. Adakah ini benar?. Padahal hakikatnya pendemonstrasi inilah yang mencacatkan wajah Malaysia. Andainya tiada perhimpunan haram ,tiadalah FRU!!!!

Bukannya tiada cara yang lebih matang untuk menyelesaikan masalah ini. Pihak pembangkang sendiri ada kerusi di Parlimen. Mengapa tidak mereka menggunakan wakil mereka sahaja untuk menyampaikan apa yang mereka mahukan?.Dalam ucapan penggulungan kepimpinan UMNO lalu, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengingatkan bahawa rakyat Malaysia perlu menghormati undang-undang dan tidak menyalahkan pihak berkuasa dan polis apabila tindakan diambil kerana membelakangkan undang-undang yang sedia ada.”Kita ada pilihanraya, kalau ada apa nak buat, buatlah melalui pilihanraya. Politik ala demonstrasi jalanan yang berpotensi besar menjadi kekacauan awam bukanlah proses ‘kematangan politik’ malah ianya ‘kemusnahan politik’. Jangan sampai nanti kita sibuk berdemonstrasi kaum lain pula bertepuk tangan seperti melihat pertunjukan puppet menantikan saat pimpinan Melayu jatuh. Just think about it……………

PutriMalaysia




Thursday, April 3, 2008


1. 50 years of violations of the Malaysian Federal Constitution by UMNO controlled government
2. End Racism, End Islamic Extremism and End Malay Privileged on the 50th Year Golden Jubilee Mega Independence Celebration of Malaysia on 31st August 2007
3. Call for Affirmative Action for all poor Malaysians Especially the Ethnic Minority Indians


Berikut adalah tuntutan utama Hindu Right Action Force (HINDRAF)
Putri terkejut dengan tindakan Hindu Rights Action Force (HINDRAF), sebuah NGO kaum India yang menuntut mahu hak istimewa orang Melayu dihapuskan dan mendakwa kaum India dipinggirkan oleh kerajaan BN. Nampaknya pihak-pihak ini tidak serik-serik mahu menekan kerajaan dengan tuntutan yang semakin tak relevan.


Isu Agama, diskriminasi kaum dan perlembagaan yang sedia ada dimainkan oleh HINDRAF yang putri fikir terlalu sensitif untuk dibangkitkan dalam sebuah Negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Tidakkah mereka terfikir tuntutan ini hanya akan menambah lagi masalah dalam Negara Malaysia yang kita cintai ini????. Jika kaum India bangkit tidak mustahil kaum-kaum lain juga kan turut sama membuat tuntutan untuk membela kaum mereka juga. Mereka kena ingat apa kerakyatan mereka ??? Bukan rakyat Melayu, India, Cina tetapi rakyat Malaysia. Tidakkah mereka sedar imej Negara semakin tercalar dengan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang secara sukarela memburukkan nama Negara dengan tindakan semakin kurang bijak.


Di bawah Akta Hasutan rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan. Nampaknya HINDRAF tidak mengambil tahu langsung mengenai kewujudan akta ini yang terang-terang menekankan dilarang mengungkit isu-isu sensitif berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu.
Putri rasa HINDRAF tidak sepatutnya menimbulkan isu perkauman yang umum ketahui akan menyebabkan ketidakpuashatian semua kaum. Kalau dulu dasar pecah dan perintah memecahkan semua kaum-kaum utama di Malaysia dengan kegiatan ekonomi, kaum Melayu di tempatkan di luar Bandar dan menjalankan kegiatan bertani , Cina di lombong-lombong dan kaum India di ladang-ladang namun sekarang selepas penyusunan semula masyarakat kita semua diberi hak yang saksama dan tidak ada penindasan dan diskriminasi kaum berlaku. Semua rakyat sebenarnya diberi hak yang sama rata tanpa memikirkan bangsa,agama dan bahasa di Malaysia. Ini adalah tindakan kurang bijak pihak NGO yang nampaknya telah tersalah tuntut,.Jangan nak bangkitkan kembali peristiwa hitam 13 Mei.


Tidakkah mereka bersyukur mereka dapat hidup dengan aman, bebas dan merdeka serta tidak ditindas seperti di Negara-negara lain yang juga mempunyai pencampuran kaum?. Kalau dikira logiknya adakah hak keistimewaan orang Melayu merupakan punca ketidakseimbangan ekonomi.? Tak logik bukan. Tindakan ini sudah melampau. Sedarkah mereka bahawa nasib kaum India di Malaysia jauh lebih baik berbanding negara lain termasuk di Negara India sendiri.
Putri cabar HINDRAF supaya berhijrah dan tinggal di negara lain, yang mereka fikir lebih baik. Adakah nasib mereka akan lebih terbela. Dapatkah mereka sendiri pastikan????. Tindakan HINDRAF hanya akan mengundang gelombang kemarahan masyarakat bumiputera yang sudah begitu banyak beralah untuk atas nama kontrak sosial.


Sedarkah bahawa masih ramai orang Melayu dan bumiputera yang miskin terutama di luar bandar. Mereka setia menyokong kerajaan sejak merdeka lagi. Kalau diikutkan, mereka lagi berhak membuat pelbagai tuntutan.


Bagaikan terang lagi disuluh, HINDRAF menunjukkan sikap mengambil kesempatan dan mempropagandakan isu perkauman untuk kepentingan satu kaum sahaja. Tidakkah mereka sedar mereka tinggal di Negara yang mempunyai masyarakat majmuk???. Perjuangan Hindraf juga boleh mengundang kepada pepecahan dan sikap saling membenci antara kaum di Malaysia. Hentikanlah semua ini demi kemakmuran Negara.

Putrimalaysia

selamat melayari blog sayeee

hope u all will enjooy it and give a comment