Sunday, April 18, 2010

Jangan kaitkan UMNO dengan isu arak calon PKR

18/04/2010 4:06pm

HULU SELANGOR 18 April - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan penglibatan UMNO dalam mengaitkan Datuk Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh UMNO dalang di sebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya UMNO.

"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.

"Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu. Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar UMNO membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut. - Bernama

********************************************************************************************

PUTRIMALAYSIA: JANGANLAH CEPAT MELATAH KALAU BETUL TUDUHAN ITU TIDAK BENAR..JANGAN MENUDUH MEMBABI BUTA SAJA..SETUJU DENGAN KATA-KATA DATUK HISHAMMUDDIN.

No comments: