Tuesday, January 5, 2010

HARGA GULA NAIK????

Kenaikan harga gula dijadikan isu oleh pembangkang yang cuba meniupkan api kemarahan dikalangan rakyat sebagai membebankan rakyat. Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu sentiasa memantau harga-harga barang di pasaran kerana peniaga yang degil akan menaikkan harga sesuka hati walaupun Kerajaan telah menetapkan harga siling untuk satu-satu barang. KPDNKK juga perlu selalu mengambil tindakan kepada peniaga/pemborong/ pengilang yang masih degil. Tindakan Kementerian Kesihatan adalah wajar kerana menganjurkan kempen kesihatan (mengurangkan pengambilan gula) bagi menurunkan peratus pesakit diabetis dikalangan rakyat Malaysia. Kurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.....

No comments: