Thursday, March 5, 2009

Rais: Kembalikan Akta Penyiaran Kepada Kementerian Penerangan

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menyarankan agar Akta Penyiaran 1984 diletakkan semula di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan.Beliau berkata ini bagi membolehkan menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek mempunyai kuasa untuk mentadbir lunas-lunas penerangan di negara ini dengan sempurna."Begitu banyak sajian media pada hari ini yang mengembangkan sesuatu isu itu dari segi sensasi tetapi tidak dari segi fakta dan nilai penerangan kepada masyarakat."Trend ini perlu dikawal dan pengawalannya tidak nampak dilaksanakan. Dalam konteks ini, sebagai seorang yang bertanggungjawab tentang Akta Penyiaran 1984, saya menyarankan supaya Menteri Penerangan diberi semula kuasa tersebut sesuai dengan kedudukan Kementerian dan juga tujuan-tujuan murni akta itu digubal," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Isu-Isu Semasa kepada pegawai-pegawai Kementerian Penerangan di sini.Akta itu telah dimansuhkan dan bidang kuasanya kemudian diletak di bawah Suruhanjaya Komunikasi.Rais berkata sekiranya akta itu masih berkuatkuasa hari ini, sebahagian daripada pergolakan yang berlaku di Perak akan dapat diatasi.Selain itu, beliau berkata sekumpulan peneliti dan pengkaji tentang kes-kes berkaitan Perlembagaan dan salah guna kuasa di bawah undang-undang perlu diwujudkan."Ini bukan kita menidakkan kuasa-kuasa antirasuah yang ada di bawah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan lain-lain agensi, itu adalah kuasa yang biasa. Maksud saya ialah apabila isu Perak ini wujud, kerajaan harus tampak mengambil tindakan segera dan rakyat melihat tindakan segera itulah yang kurang ada pada ketika ini," katanya.Kepada satu soalan, beliau berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pula perlu memainkan peranan dengan memberi penjelasan umum berhubung isu perundangan yang berlaku di Perak.Beliau juga berkata, semua pihak harus kembali kepada lunas-lunas sah dan sahih perundangan di negara ini bagi menangani kemelut perkembangan politik dan perlembagaan di Perak."Ini bermakna sikap menghormati undang-undang itu perlu tebal dan disertai dengan perbuatan."Ertinya ialah sebarang perkara yang dilaporkan kepada polis ataupun sudah menjadi isu dan melibatkan keselamatan dalam negara serta undang-undang, perlu disusul dengan tindakan rasmi jabatan-jabatan berkenaan," kata beliau.Rais berkata, pandangan umum sekarang ialah tiada sebarang tindakan susulan dilaksanakan walaupun terdapat banyak laporan polis dibuat."Isu ini juga perlu kita sampaikan kepada agensi berkenaan supaya tampak tindakan itu diambil, jika tidak, kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap rule of law atau sistem perundangan akan cair, dan ini tidak baik kepada negara kita," katanya.Ketika ditanya mengenai cadangan supaya imuniti Anggota Parlimen dikaji semula, Rais yang bersetuju dengan cadangan itu berkata, memang terdapat segolongan yang menggunakanya untuk menonjolkan ketokohan mereka.-- BERNAMA

2 comments:

Seri Pahang said...

hai putri malaysia... macam puteri umno jer ker memang puteri umno?

Putri Malaysia said...

x kesah la saya ni putri UMNO ke putri lindungan bulan ke, puteri buluh betung ke...yang penting kita sama-sama rakyat Malaysia kan?????Terima kasih drop by blog putri...